Pelakon, Fasha Sandha menerusi akaun instagramnya meluahkan rasa lega apabila suami sentiasa memuji masakanya walaupun simple dan kos penyediaan yang murah.
Fasha yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Aidil yang juga pelakon kerap memuatnaik video masakan kerana menurutnya, Aidil hanya akan makan di rumah dan tidak suka makan di kedai.
Kos memasak bawah RM20 ni boleh makan utk 8 orang. Syukur sbb dapat suami yang tak macam2. Tekak dia pun sama ja, dia kata kering2 pun boleh makan. Tak wajib berkuah utk dia. Senang keja isteri. Masak simple2 ja pun dia kata sedap (amik hati kot).
Ads
Apapun kita semua kena bersyukur. Yang penting, nak bagitau pekasam tu daripada kesayanganku @chentasuci, Pekasam Paling Sedap di dunia.
Hanya kerana ingin membeli iPhone 14, sepasang suami isteri sanggup menjual bayi mereka yang berusia 8 bulan.
Menurut laporan India Times, pasangan dari North 24 West Bengal dipercayai membeli telefon pintar untuk merakam video dan gambar semasa mengembara ke seluruh India dan memuat naik ke ‘reels’ Instagram (IG).
Susulan itu, tindakan suami isteri itu dikecam sehingga pihak berkuasa memulakan siasatan berhubung urus niaga tersebut dan wanita yang membeli bayi berkenaan.
Menurut sumber, wanita yang dikenali sebagai ‘Sathi’ telah ditahan polis, manakala bapa bayi itu, Jaydev Ghosh, masih belum dapat dikesan, dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk mengesannya.
Bagaimanapun, tingkah laku pelik pasangan itu disedari oleh jiran selepas anak mereka dilaporkan hilang, namun suami isteri itu tidak kelihatan risau atau cemas.
Apa yang lebih membuat jiran curiga apabila keluarga Ghosh tiba-tiba dapat membeli iPhone 14 yang mahal, yang berharga sekitar 100,000 rupee (RM5,529).
Perkara ini mengejutkan jiran tetangga kerana sebelum ini mereka sekeluarga mengalami masalah kewangan.
Tambah mendukacitakan jiran terdekat apabila pasangan itu mengakui menukar bayi kesayangan mereka untuk mendapatkan wang bagi membeli iPhone 14.
Bukan hanya sekali percubaan, malah pasangan itu sebelum ini pernah mencuba menjual anak perempuannya yang berusia tujuh tahun itu
Pihak polis segera menahan pasangan serta wanita yang membeli bayi tersebut
“Selepas menjual bayi lelaki itu, Jaydev cuba menjual anak perempuannya pula pada tengah malam Sabtu.
“Kami memaklumkan kepada polis sebaik sahaja mengetahuinya dan polis sudah menahan Jaydev,” kata ahli majlis tempatan Tarak Guha.
Difahamkan, Jaydev dan isterinya, serta wanita yang membeli anak mereka, kini menghadapi pertuduhan berat mengenai pemerdagangan manusia.
Dalam pada itu, laporan mengatakan bahawa pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan sebarang maklumat lain berhubung situasi itu.
Rezeki anak yatim! Siapa sangka si kembar yang dilahirkan pada 31 Mac lalu tanpa sempat merasa kasih sayang seorang ibu kini menjadi perhatian pihak Istana Kelantan selepas tular kisah Medina Safiya dan Medina Sofiya sebelum ini.
Kisah Safiya dan Sofiya menjadi perhatian kerana ramai yang bersimpati dengan nasib kembar ini yang kini hanya menumpang kasih dengan ayah dan ahli keluarga sebelah ibu dan ayahnya selepas kehilangan ibu akibat komplikasi ketika bersalin.
Betullah orang kata, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Cuma kita tak tahu sejauh mana rezeki yang lain pula Allah janjikan.
Namun apa yang membuatkan Safiya dan Sofiya menjadi perhatian kerana ayahnya sentiasa memuat naik perkembangan terbaru si kembar ini.
Syazwan Najmi Zulkarni, 23, tanpa rasa kekok boleh menjaga dengan baik amanah isterinya walaupun tiada pengalaman. Lagi buatkan ramai kagum kerana dua-dua cukup rapat.
Dalam perkongsian terbaru Syazwan Najmi, dia cukup terharu kerana Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson sudi turun padang melawat dan bermesra dengan anak kembarnya.
Daulat Tuanku
Kami hamba rakyat tuanku pacar yang hina ini menjunjung ampun mengucapkan ribuan terima kasih kepada ; Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Almarhum Sultan Ismail Petra dan isteri Yang Berbahagia Cik Puan Sofie Louise Johansson di atas kunjungan kasih hamba rakyat,bertemu anak hamba iaitu Medina Safiya dan Medina Sofiya
Safiya dan Sofiya disayangi ramai
Menerusi ruangan komen pada posting yang dikongsikan oleh Syazwan Najmi, ramai yang gembira melihat rezeki anak kembarnya. Di sebalik ujian mereka kehilangan seorang ibu, Allah gantikan mereka dengan kasih sayang dari orang ramai.
Walaupun tanpa ikatan persaudaraan, semua yang mengikuti kisah si kembar ini sayang pada mereka.
Mengimbau kembali kisah si kembar yang mirip arwah ibunya, Siti Nur Nasuha Shafie, selepas dilahirkan mereka tak sempat merasa pelukan seorang ibu kerana waktu itu ibunya mengalami komplikasi dalaman dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Setelah dua minggu bertarung nyawa, pada 14 April akhirnya Allah ambil selama-lamanya ibu muda ini. Ketika dilahirkan Safiya dan Sofiya dikategorikan bayi pra matang dan terpaksa diletakkan dalam jagaan pihak hospital.
Kini perkembangan mereka cukup membuatkan sesiapa sahaja terhibur kerana dah semakin montel dan banyak akal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Saat tahu diri hamil sehinggalah nak melahirkan, ibu akan melalui beberapa fasa yang tak sama dengan ibu hamil yang lain. Mungkin bagi orang lain cabarannya pula berbeza. Sebab itu orang kata, ibu hamil yang akan melahirkan anak pengorbanannya tak boleh dibayar dengan wang ringgit.
Lagi-lagi bagi ibu yang baru pertama kali melalui proses kelahiran dan tiada pengalaman, ia adalah saat yang paling takut. Sama ada bersalin normal atau czer kedua-dua prosedur ini tetap mempertaruhkan nyawa si ibu.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Lukya Betaria Sinaga, kisah yang berlaku di Indonesia ini benar-benar sedih. Mana taknya bayi yang lahir meninggal dunia dan keesokannya si ibu pula menyusul.
Lukya Betaria Sinaga memberitahu adik iparnya telah ‘dipaksa’ bersalin secara normal sedangkan mengikut perancangan awal, dia perlu melahirkan secara czer.
Asalnya kena czer, tapi dipaksa bersalin normal
Menurutnya kisah sedih yang menimpa adik iparnya ketika melahirkan bayi di salah sebuah pusat perubatan di Indonesia sesuatu yang tak dijangka. Pada awalnya, adik iparnya (mangsa) dikatakan akan melahirkan bayi melalui kaedah czer tetapi entah bagaimana ketika hari bersalin, jururawat telah memaksa bakal ibu itu melahirkan secara normal.
Walaupun tujuan kami ke sana untuk menjalani pembedahan, tetapi mereka melarang dan memaksa adik ipar melahirkan secara normal sehingga adik ipar kehabisan tenaga.
Tambah Lukya, dia sendiri tidak pasti sama ada keputusan tersebut diarahkan oleh doktor ataupun tidak. Dia yang tidak sampai hati mendengar suara wanita itu meraung kesakitan telah meminta kebenaran untuk masuk ke bilik tersebut tetapi dilarang oleh pihak hospital.
Saya bertanya kepada jururawat, doktor dekat mana? Tapi dia sibuk bercakap dengan telefon, tak tahu dengan siapa. Lebih sedih lagi, adik ipar saya menangis kesakitan, tapi dia dimarahi sebab mereka kata nanti tenaga habis.
Bayi dan ibu tak dapat diselamatkan
Sekitar jam 5 petang, petugas kesihatan telah memberikan induce kepada mangsa bertujuan untuk mempercepatkan proses kelahiran tetapi malangnya gagal. Panik dengan situasi itu, mereka membuat keputusan untuk melakukan pembedahan ke atas mangsa namun usaha mereka sia-sia kerana semuanya sudah terlambat.
Bayi malang yang tidak berdosa sudah tidak dapat diselamatkan sementara si ibu masih menanggung kesakitan yang teramat sangat. Namun siapa sangka, keesokan harinya si ibu pula telah pergi buat selama-lamanya.
Saya tidak menerimanya sehingga saya membantah dengan jururawat dan doktor. Tetapi mereka menutup telinga dan mereka cuba menghalau saya.
Wanita ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan layanan doktor dan petugas kesihatan terbabit. Menurutnya, mereka merupakan insan yang sepatutnya membantu menyelamatkan nyawa orang ramai tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Lukya berharap agar orang ramai mengambil iktibar dengan apa yang berlaku ini.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
JPN menafikan dakwaan mengenai operasi khas tukar alamat MyKad. Ketahui penjelasan rasmi, tanggungjawab pemilik MyKad serta bayaran RM10 untuk pertukaran alamat.