Daun pegaga memberi banyak khasiat untuk para ibu berpantang. Daun pegaga dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan, melancarkan dan meningkatan pengeluaran susu badan, melancarkan peredaran darah dan banyak lagi khasiatnya.
Paling menarik, pegaga juga dapat membantu menjadikan wanita awet muda. Pasti semua tertanya apakah resipi yang sesuai untuk dimasak dengan menggunakan daun pegaga.
Daun pegaga ini merupakan ulam yang diamalkan oleh nenek moyang kita dari dahulu lagi. Para ibu janganlah berasa amalan- amalan tradisional semasa berpantang itu menyusahkan dan ketinggalan zaman.
Jom kita lihat resipi mudah daun pegaga untuk ibu berpantang yang dikongsikan oleh kumpulan Facebook Resepi Makanan Pantang!
PEGAGA MASAK LEMAK LADA HITAM
Bahan- bahan:
– 200gm daun pegaga
– 1/3 cawan santan pekat
– 1 sudu makan ikan bilis
– 2 ulas bawang putih dihiris
– 1 ulas bawang merah dihiris
– 1 batang serai dititik
– 1 sudu lada hitam ditumbuk halus
– Gula dan dan garam secukupnya
Cara penyediaan:
1. Cuci daun pegaga dan ketepikan.
2. Panaskan santan bersama ½ cawan air.
3. Kemudian, masukkan bawang yang telah dihiris dan serai yang telah dititik.
4. Masukkan juga ikan bilis dan lada hitam yang telah ditumbuk halus. Kacau sebati.
5. Masukkan daun pegaga, kacau sebati dan perasakan garam dan gula secukupnya.
6. Angkat dan dihidang, dan sedia untuk dinikmati.
Info chef: Boleh tambah lada hitam yang tidak ditumbuk jika mahu. Lada hitam sangat elok diambil oleh ibu berpantang kerana dapat membantu memanaskan badan dan mengeluarkan angin dalam badan.
Mudah bukan resipi ini? Para ibu berpantang bolehlah mencuba resepi ini di rumah ataupun minta suami masakkan. Hidangkan dengan nasi panas, pasti berselera.
Nak menu lengkap bolehlah dimakan bersama ikan atau ayam bakar. Memang sedap! Selamat mencuba dan memberi manfaat buat ibu berpantang.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Tercari-cari resipi untuk dicuba di bulan puasa ini, apa kata anda cuba Filipino Fruit Cocktail yang unik, sedap lagi berlemak. Gabungan buah-buahan campuran, susu pekat dan whip krim yang cukup sedap.
Malah resipinya juga amat mudah dan senang untuk dicuba. Dengan penggunaan bahan yang ringkas, percubaan anda pasti memuaskan hati. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Pn Syuhada Che Din.
Hari ni nak share resepi dessert, senang gila nak buat dan gerenti sedap.
FILIPINO FRUIT COCKTAIL
Bahan-bahan:
Whipping cream
Mix fruit cocktail
Susu pekat
Boleh tambah nata de coco dan fresh fruit
Sediakan bekas, masukkan fruit cocktail. Air buang ye.
Masukkan susu pekat. Ikutlah nak manis mana. Cik Tom letak 1 sudu besar.
Tuang whipping cream.
Kasi gaul sekata. Lepastu masukkan dalam peti ais kasi sejuk. Baru boleh makan.
Sumpah sedap. Creamy dan berlemak!
p/s: Lagi best kalau ada nata de coco atau buah-buahan segar. Sesuai ni untuk dessert berbuka puasa. Selamat mencuba korang.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
6 bulan dan ke atas. Macam air putih je sebenarnya rasa dia.
Macam mana nak buat?
Ada 3 cara, ambil 1 – 3 biji kembang semangkuk;
i – Rendam dalam 1 liter air putih 30 minit
ii – Rendam dalam 1 liter air putih semalaman
iii – i – Rendam dalam 250ml air panas 10 minit, kemudian tambahkan sehingga cukup 1 liter air
Cara nak minum?
Minum macam air putih biasa je. Anak dahaga, kita bagi air. Kerapkan bagi air kembang semangkuk bila anak tak sihat, sama macam kita kerap bagi anak air putih.
Anak tak suka serdak dan warna coklat tu?
Tapis dan campur madu sikit. Tak nampak macam air kosong, tapi air madu. Mungkin anak akan suka.
Boleh makan je jeli kembang semangkuk?
Boleh je makan.
Berapa lama tahan air ni?
Buat untuk 1 hari je dulu, ikut kuantiti air banyak mana anak kita minum.
Boleh simpan dalam peti sejuk?
Kalau anak batuk, kahak, selsema, radang sinus, saya tak galakkan ambil air dari peti sejuk atau ais. Boleh simpan dalam peti sejuk, tapi bila anak nak minum, pastikan air di suhu bilik.
Nak beli kat mana?
Pasaraya kedai runcit, cari bahagian rempah ratus bijirin.
Ramai yang dah try, dan menjadi. Korang yang belum try boleh cuba k.
Tapi macam biasalah. Nak menjadi ikhtiar apapun, ikhtiar elak makanan tinggi proses kena buat dulu.
Ramai ibu bapa masih tak tahu sebenarnya anak-anak di bawah umur 17 tahun boleh menikmati tambang KTM Komuter secara percuma menerusi program Kad RailLife.