guna

Pembuka selera ketika makan nasi putih adalah sambal belacan. Kalau sedap sambalnya, maka bertambahlah kita makan. Sambal belacan sesedap ni, kalau dipadankan dengan lauk ringkas seperti ikan atau ayam goreng pun dah cukup untuk buat kecur liur.

Salah satu versi sambal belacan yang diminati ramai adalah yang berasal dari Kelantan. Biarpun pedas, tapi nikmat. Resipi sambal belacan versi ini dikongsikan oleh Afy AL Habibi di laman Facebooknya.

Resipi Sambal Belacan Kelantan, Sepinggan Nasi Tak Cukup! Nak Buat, Tak Sampai 5 Minit

Nampak sambal belacan kedai Siam cikgu lalu tak ni?
Kalau nampak silalah komen.
Pertama kali cikgu post resepi sebelum tidur kat sini. Aha. Macam dah tak boleh tunggu pagi esok. Mata tak mengantuk sebab gembira siang tadi boleh buat sambal belacan macam makan dekat kedai Siam tu. Cikgu suka makan sambalnya sebab ngamm kalau oder nasi goreng atau set panas mesti mintak sambal belacan lebih cicah timun. Serius memang jadi.

Nah resepinya. Simpan baik-baik. Esok bangun pagi-pagi terus buat okay😆

Resipi Lain: [Resipi Kuah Lodeh Tersedap Tapi Senang Nak Buat, Ini Rahsianya!]

IKLAN

SAMBAL BELACAN KELANTAN

Bahan-bahan dalam gambar:
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang merah (saiz besar)
– 1/4 nisse kecil/ sedikit gula melaka
– 1 labu kecil bawang putih jeruk
– 2 inci belacan

* Kali ini bawang dan belacan cikgu tak bakar untuk mencipta kelainan rasa seperti makan di kedai Siam*

Resipi Sambal Belacan Kelantan, Sepinggan Nasi Tak Cukup! Nak Buat, Tak Sampai 5 Minit

IKLAN

Cara membuat:
Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 sudu besar gula
– secubit dua ajino
– sedikit air

*Kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*

Resipi Lain: [Paprik Ayam Simple, Makan Dengan Nasi Panas-Panas. Tak Perlu Lauk Lain Dah!]

Resipi Sambal Belacan Kelantan, Sepinggan Nasi Tak Cukup! Nak Buat, Tak Sampai 5 Minit

IKLAN

Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat.

Dah siap!
Senang sangat. Lima minit tak sampai.

Resipi Sambal Belacan Kelantan, Sepinggan Nasi Tak Cukup! Nak Buat, Tak Sampai 5 Minit

Padankan dengan gulai nanas ikan kering versi Kelantan.
Aduhh memang terbaik.
Nak resepi gulai nanas tu boleh jengah dekat wall cikgu ye.
Selamat mencuba.

Resipi Sambal Belacan Kelantan, Sepinggan Nasi Tak Cukup! Nak Buat, Tak Sampai 5 Minit

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI