Susah sekalipun seorang ibu, kasih sayangnya pada anak-anak tidak pernah pudar. Betullah orang kata, demi anak ibu sanggup korbankan apa saja. Melihat anak membesar dengan sihat dan sempurna, impian semua ibu bapa.

Andai takdir yang Allah tetapkan, jika sampai ajal anak terlebih dahulu dari ibu bapa, siapa kita nak menidakkannya. Seperti perkongsian di Facebook Abam Botak yang menjalankan khidmat sukarelawan menguruskan jenazah di daerah Sandakan, pemergian anak usia 2 tahun akibat Covid benar-benar menyentuh hati.

Hanya Air Mata & Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid

Anak adalah anugerah Allah paling besar dalam kehidupan sebagai suami dan isteri.
Meskipun susah macam mana kehidupan. Ibu bapa akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan kehidupan anak-anak tidak sesusah dan sesukar kehidupan mereka.

Hari ini terdapat dua kes kematian Covid-19 dalam daerah Sandakan, salah satunya kami hantar ke daerah Ranau.

Hanya Air Mata & Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid
Hanya linangan air mata ibu yang mengiringi jenazah anak usia 2 tahun dari kejauhan

Paling menyedihkan satu lagi kematian Covid-19 kanak-kanak perempuan yang baru berusia dua tahun.

Arwah merupakan anak kedua daripada dua orang adik beradik yang sulung baru berusia lapan tahun. Kini ibunya sedang mengandung anak ketiga yang kandungannya berusia lima bulan.

IKLAN

Bayangkan dalam keadaan mengandung anak ketiga, anak kedua pula pergi meninggal ibu dan ayahnya. Diuji dengan kematian akibat Covid-19, sungguh sangat menyedihkan. Ayahnya hanya bekerja sebagai penombak sawit dan lebih mendukacitakan, kini si ayah sudah tidak mempunyai pekerjaan kerana dikuarantin.

Hanya Air Mata & Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid

Dan ayahnya juga tidak sempat melihat anaknya dikebumikan buat kali terakhir akibat dikuarantin. Selama berada di Sandakan. Ibunyalah yang sentiasa berada di hospital menanti dengan setia jika ada perkembangan baik anaknya.

Namun ajalnya telah ditetapkan oleh Allah SWT. Dia telah pergi meninggalkan kita semua.
Bercucuran air mata sang ibu melihat anaknya diusung ke dalam kereta jenazah dan sepanjang jalan ke tanah perkuburan di Kg Paris 2, Kinabatangan. Tanpa suami dan anak sulungnya di sisi.

IKLAN

Ya Allah sungguh besar ujian ini. Semoga perpisahan ini ada pertemuannya semula. Semasa hendak pulang ke Sandakan, si ibu ada bertanya berapa kos bayaran. Saya katakan maaflah kak kami tidak menerima apa-apa bayaran. Biarlah Allah saja yang membayarnya.

Hanya Air Mata & Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid

Terus akak tu menangis. Bayangkanlah dengan suami dan dia tiada pekerjaan. Sudah tentu mereka kekurangan wang. Masa itu masih sanggupkah kita bebankan mereka lagi?

Sebelum balik saya sempat hulurkan sedikit wang untuk bekalan mereka sebulan dua. Semoga sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka. Ya Allah saksikanlah dan permudahkan!

IKLAN

#wakafuntuksandakan

Kredit: Abam Botak

ARTIKEL MENARIK [“Rindu Tiada Penghujungnya. Genap Setahun Abi Pergi, Mama Tak Kuat Bila Anak Tanya”]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Elaklah Guna Kuasa “Ketam Batu’ & ‘Jeritan Petir’. Tak Bagus Pada Psikologi Anak]

Hanya Air Mata & Doa Ibu Iringi Pengebumian Anak 2 Tahun Meninggal Kerana Covid

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI