Ditinggalkan sendirian oleh bapanya di sebuah pondok di ladang kelapa sawit Rapak Baru, Pantu di Sri Aman menyebabkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hilang tanpa jejak sejak Rabu yang lalu.
Menurut laporan Harian Metro, kanak-kanak yang dikenali sebagai Patrcik Igih Mohd Taufik itu mengikut datuk dan bapanya yang mengiringi kaki tangan Sarawak Forestry Corporation (SFC) melakukan kerja pemasangan papan tanda pada pokok di dalam hutan bersebelahan ladang kelapa sawit itu.
Disebabkan laluan pendakian menuju ke tempat pemasangan papan tanda itu agak tinggi, Patrcik ditinggalkan di pondok kecil dengan hanya berbekalkan sebotol susu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, jarak antara pondok dengan tempat pemasangan papan tanda itu dianggarkan kira-kira satu kilometer.
“Pada pendakian pertama, datuk dan bapa kanak-kanak itu membawa satu papan tanda dan selepas sampai ke destinasi, mereka turun semula untuk mengambil satu lagi papan tanda.
“Ketika itulah datuknya menyedari kanak-kanak itu tiada lagi di pondok berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan dalam laporan akhbar berkenaan.
Beliau berkata, empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerah ke lokasi selepas pihaknya menerima maklumat kejadian itu daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman pada 2.33 petang.
Ads
Nampak kanak-kanak berjalan sendiri ke parkir motor bapanya
“Sebaik tiba di lokasi, ada saksi mendakwa ternampak kanak-kanak itu berjalan sendirian ke tempat parkir motosikal bapanya.
“Penduduk kampung yang kebetulan menuai padi di lokasi yang sama juga mendakwa turut ternampak kanak-kanak berjalan ke arah sama yang jaraknya kira-kira 200 meter dari pondok tempat dia ditinggalkan oleh bapanya,” katanya.
Berikutan itu, katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sebaik maklumat diperolehi daripada beberapa saksi.
“Bomba dan polis turut dibantu penduduk kampung untuk menjalankan pencarian di kawasan sekitar ladang sawit itu,” katanya.
Ads
Operasi mencari dan menyelamat masih buntu
OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak tersebut yang bermula sejak Rabu, masih buntu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi hari kedua, pada Khamis membabitkan unit anjing pengesan (K9).
Katanya, Selain 10 anggota bomba, operasi dibantu 11 anggota polis, lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), 14 anggota Jabatan Relawan Malaysia (RELA), lapan kakitangan Jabatan Hutan Sarawak (JHS), tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) serta 30 penduduk kampung.
“Operasi SAR hari ini bermula jam 9 pagi di dalam kawasan ladang sawit, sungai dan di cerun bukit dan dipecahkan kepada lima pasukan pada radius kira-kira enam kilometer keliling.
Ads
“Sepanjang pencarian, belum ada tanda-tanda kanak-kanak itu dikesan. Berikutan itu operasi tangguhkan pada jam 6 petang dan akan disambung semula esok” katanya dalam kenyataan pada Khamis Malam.
Laporan polis berhubung kehilangan kanak-kanak itu dibuat ahli keluarganya dan bomba menerima maklumat itu pada 2.33 petang sebelum gerakan SAR diaktifkan.
Sama-samalah kita mendoakan semoga misi mencari dan menyelamat adik Patrcik berhasil dan si kecil ini ditemui dengan selamat.
Didikan asas anak-anak kita sememangnya bermula dari rumah. Di rumahlah anak di didik dengan adab, rasa belas kasihan, emosi dan spiritual, kasih sayang yang kuat dan sebagainya. Ia perlu dipupuk sejak kecil lagi, barulah jati diri anak makin terbina dengan kuat.
Memilih untuk menempatkan anak dengan bersekolah di rumah sahaja mungkin bukan satu tindakan bijak satu ketika dahulu. Hal ini kerana sekolah bukan hanya membekalkan anak dengan ilmu akademik bahkan juga membuatkan anak terus dididik dengan nilai berdikari, sosial sesama rakan malah membuatkan anak terus matang dengan proses membuat keputusan sendiri dan sebagainya. Inilah pembelajaran yang sudah semestinya tidak mampu dilakukan oleh ibu bapa di rumah. Sama sekali tidak.
Pun begitu, PKPP yang berlangsung sehingga hujung tahun ini sebenarnya membuatkan ibu bapa terus-terusan risau mengenai keselamatan anak dek penangan pandemik Covid-19 yang mengancam satu dunia. Sekolah teramatlah penting, namun pendidikan asas kehidupan dari rumah juga perlu selari.
Jika anda memilih untuk menghadkan waktu anak ke sekolah, jangan biarkan anak terus leka bermain di rumah sebaliknya ambil tanggungjawab guru-guru untuk membimbang anak kita agar tidak tersasar. Paling penting jadikan waktu ini untuk mendidik minda anak-anak kita untuk terus berjaya. Tip yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Razif ini pastinya dapat membantu.
Ni fakta yang mak ayah WAJIB tahu bila anak tak dapat ke sekolah.
Ada bermacam jenis NILAI & KEPANDAIAN lagi yang mak ayah boleh ajar anak walaupun anak tak boleh ke sekolah.
Pertama kita kena tahu di sekolah tu kebanyakannya yang diasah cuma Intelligence Quotient ( IQ ) sedangkan nak jadikan anak kita berjaya dalam hidup dia bukan cuma perlu asah IQ semata, anak kita juga perlu hebat Spiritual Quotient (SQ) dan Emotional Quotient (EQ).
Haaa..di rumah lah tempat kita boleh asah EQ dan SQ tu. Memang EQ dan SQ tu luas dan susah nak diukur sebab tu ramai mak ayah ambil ringan benda ni padahal 90% faktor kejayaan anak dalam hidupnya bergantung pada benda ni.
Ada beberapa perkara yang sekolah sendiri pun tak mampu nak ‘measure’ dan nilai. Ini beberapa perkara mak ayah WAJIB ajar dan ambil berat pada anak walaupun ianya tak boleh nak diukur oleh sistem yang ada di sekolah anak anak :
+ Resilience – Ajar anak kita untuk ada daya tahan ketika menghadapi ujian hidup
+ Faith – Ajar anak kita untuk mempunyai Belief system yang kuat dan betul
+ Kindness – Ajar anak kita buat kebaikan setiap hari
+ Diligence – Ajar anak kita ketekunan dalam setiap perkara di dalam hidupnya
+ Grit – Ajar anak kita untuk memiliki daya juang yang tinggi untuk bertahan dalam hidupnya
+ Compassion – Ajar anak kita untuk mempunyai belas kasihan kepada diri sendiri dan orang lain di sekelilingnya
+ Sense of humor – Tunjukkan kepada anak kita kebolehan melihat sesuatu daripada sudut yang menyeronokkan
+ Manners – Ajar anak kita untuk beradab dan tahu untuk ‘behave’ di depan orang lain terutamanya orang yang lebih tua
+ Fortitude – Ajar anak kita untuk tabah dan kuat semangat bila berhadapan dengan ujian berat dalam hidupnya
Mungkin inilah masanya Allah nak kita ambil kembali tanggungjawab mendidik anak kita kerana mungkin didikan kita di rumah lah sumber dan rahsia kejayaan anak kita suatu hari nanti di dalam hidupnya. Save ilmu ni ya kerana suatu hari nanti insyaAllah ianya akan sangat berguna untuk kita didik anak anak kita.
Dr Taufiq Razif
EPISOD 3 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : HOME SCHOOLING
Adakah impak pada anak-anak yang belajar dari rumah? Pasti ada diantara ibu dan bapa di luar sana yang mungkin sedang merancang untuk anak-anak belajar dari rumah.
Saksikan Episod ke 3 dengan topik Home Schooling di Journey Bersama Jovianina pada 9 September Ogos 2020, jam 9 malam.
Kerajaan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sejak Januari 2020, tapi mesti ramai yang keliru dan kurang arif macam mana nak pilih car seat yang sesuai untuk anak dengan harga yang mampu milik.
Pelbagai insentif diberikan kepada ibu ayah supaya mengambil hal ini secara serius, justeru ini beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan oleh ibu ayah semasa membuat pemilihan car seat untuk si kecil tersayang.
Jenis car seat mengikut umur, berat dan ketinggian
Berdasarkan garis panduan kerusi keselamatan yang dikeluarkan MIROS, kanak-kanak yang memiliki ketinggian kurang 135 cm diwajibkan menggunakan car seat semasa berada di dalam kenderaan dan harus diletakkan di bahagian belakang tempat duduk kereta.
Oleh itu, penting bagi ibu bapa untuk memilih car seat mengikut kesesuaian umur, berat dan ketinggian anak seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).
Berada dalam kategori umur 0 sehingga 18 bulan. Ketinggian kurang daripada 83 cm dengan berat antara 9 hingga 13 kg.
Berada dalam kategori umur 15 bulan sehingga 4 tahun. Ketinggian melebihi 71 cm dengan berat antara 9 hingga 18 kg.
Berada dalam kategori umur 4 sehingga 7 tahun. Ketinggian melebihi 100 cm dengan berat antara 15 hingga 25 kg.
Berada dalam kategori umur 6 tahun ke atas. Ketinggian sehingga 135 cm dengan berat antara 25 hingga 36 kg.
Pastikan car seat yang anda bakal beli mempunyai cop kelulusan ECER44/04 atau ECER129 dan terbaharu, car seat akan didatangkan dengan label QR MIROS bagi menambah baik taraf keselamatan bagi produk CRS baru di Malaysia.
Ada beberapa jenis car seat yang anda perlu belajar dan tahu sedikit sebanyak mengenai sebelum membeli. Jika anda beruntung, penjual akan menerangkannya dengan baik kepada anda. Namun jika sebaliknya, anda mungkin akan menerima input yang salah mengenai car seat yang sesuai dengan anak anda.
Rear-facing car seat adalah yang terbaik untuk bayi dan kanak-kanak sehingga berumur sekurang-kurangnya 2 tahun. Namun, anda dinasihatkan untuk terus menggunakan rear-facing car seat sehingga anak anda mencapai berat dan tinggi maksimum yang dibenarkan oleh pengeluar kerusi kereta berkenaan.
Terdapat tiga jenis car seat yang boleh digunakan secara rear-facing iaitu infant car seat, convertible seat dan all in one seat.
Hanya boleh dipasang menghadap ke belakang. Boleh menampung berat sehingga 13kg (bergantung kepada model kerusi). Oleh itu, sesuai untuk tahun pertama kelahiran. Kerusi jenis ini kecil dan mudah dibawa keluar masuk kenderaan. Kebanyakannya merupakan sebahagian daripada stroller travel system. Oleh itu, mudah untuk anda mengeluarkan car seat jenis ini dan terus meletakkannya di atas stroller tanpa mengejutkan bayi yang sedang tidur.
Apabila bayi mencapai berat atau tinggi maksima yang disarankan pengeluar, anda dinasihati untuk menggunakan convertible car seat atau all-in-one car seat dan masih boleh menggunakannya secara rear-facing.
Boleh dipasang menghadap ke belakang atau ke hadapan. Boleh menampung berat yang lebih berbanding infant car seat. Oleh kerana itu, kerusi jenis convertible car seat membenarkan anda meletakkkan anak anda dalam posisi menghadap ke belakang untuk jangkamasa yang lebih lama. Selain itu, apabila anak anda semakin membesar, anda masih boleh menggunakannya dengan meletakkannya menghadap ke hadapan. Bergantung kepada berat anak anda, kerusi jenis ini boleh digunakan sehingga anak anda berumur lebih kurang 4 tahun.
Kerusi jenis ini lebih besar dan berat berbanding infant car seat. Ia tidak mudah untuk dibawa keluar masuk kenderaan. Oleh itu, anda mungkin perlu mengganggu tidur anak anda setiap kali ingin membawanya keluar atau meletakkannya ke dalam kereta anda.
Boleh dipasang menghadap ke belakang atau menghadap ke hadapan. Selain itu, ia boleh juga digunakan sebagai booster seat. Oleh itu, ia boleh digunakan sehingga umur anak anda lebih besar berbanding convertible car seat. Seperti juga convertible car seat, all -in-one car seat membenarkan anda meletakkkan anak anda dalam posisi menghadap ke belakang untuk jangkamasa yang lebih lama.
Saiz all-in-one car seat kebiasaannya lebih besar berbanding kedua-dua jenis kerusi di atas. Oleh itu, sebelum membeli kerusi jenis ini, anda perlu memastikan yang ianya muat untuk kereta anda, terutamanya apabila dipasang menghadap ke belakang kerana posisi menghadap ke belakang memakan lebih ruang berbanding posisi menghadap ke hadapan.
Forward facing car seat mempunyai sistem harness dan tether. Tether ialah tali keselamatan panjang berklip yang terletak di bahagian atas belakang forward-facing car seat. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara pemasangan car seat menggunakan tether atau ISOFIX.
Penggunaannya bukan sahaja menghadkan pegerakan kerusi, tetapi yang lebih penting, ia mengurangkan jarak bahagian kepala kanak-kanak daripada tercampak ke hadapan sebanyak 6-8 inci jika perlanggaran berlaku. Ini mengurangkan risiko kepala kanak-kanak daripada terhantuk ke tempat duduk hadapan, sekaligus mengurangkan risiko kecederaan serius pada bahagian kepala.
Terdapat tiga jenis car seat yang boleh digunakan menghadap ke hadapan iaitu combination seat, convertible seat dan all-in-one seat.
Sistem 5 poin harness digunakan untuk kanak-kanak yang lebih kecil bergantung kepada berat badan yang ditetapkan oleh pengeluar. Apabila kanak-kanak membesar, harness tidak digunakan lagi dan kerusi ini berfungsi sebagai booster seat.
Bagi convertible dan all-in-one car seat, boleh rujuk di atas.
Digunakan untuk memastikan posisi tali pinggang keledar bersesuaian dengan saiz badan kanak-kanak. Kebiasaannya, digunakan oleh kanak-kanak yang mencapai ketinggian sehingga 135cm. Secara amnya, kanak-kanak boleh menggunakan booster seat jika:
Kajian daripada MIROS mendapati kedudukan kanak-kanak mengadap ke belakang di dalam kereta adalah lima kali atau 500 peratus lebih selamat daripada mengadap ke hadapan. Terdapat dua faktor penting yang menyebabkan kedudukan ini lebih selamat iaitu:
Kanak-kanak berumur bawah 6 tahun mempunyai struktur tulang yang belum matang. Saraf tunjang manusia dilindungi oleh tulang belakang. Berbeza dengan orang dewasa, tulang belakang bayi dan kanak-kanak disambung oleh cartilage atau rawan.
Ia menjadikan tulang belakang mereka lebih fleksibel dan membolehkannya meregang sehingga 2 inci. Namun, regangan sebanyak 1/4 inci sahaja sudah cukup untuk mencederakan saraf tunjang dan menyebabkan lumpuh atau kematian.
Secara umumnya, 25 peratus daripada jumlah berat badan bayi terletak di bahagian kepala berbanding hanya 6 peratus bagi orang dewasa. Ini menjadikan tekanan (force) yang menarik kepala bayi ke hadapan di dalam kemalangan adalah empat kali ganda lebih daripada orang dewasa. Ditambah pula dengan struktur tulang yang tidak matang dan fleksibel, sudah tentu bayi dan kanak-kanak jauh lebih berisiko untuk mendapat kecederaan serius atau maut berbanding orang dewasa.
Apabila kemalangan berlaku, semua penumpang akan tercampak ke hadapan. Dalam keadaan mengadap ke hadapan dan memakai tali pinggang keledar atau harness, pergerakan badan akan dihentikan oleh tali pinggang atau harness tersebut. Namun, kepala tidak dihentikan, malah terus tertarik ke belakang sebelum tercampak ke hadapan hingga dagu menyentuh dada. Kecederaan hasil pergerakan ini dipanggil whiplash injury.
Jika kemalangan berlaku, bayi dan kanak-kanak yang diletakkan mengadap ke belakang akan bergerak ke arah car seat mereka. Ini membolehkan car seat tersebut menyerap tekanan hasil hentakan dari badan kanak-kanak tersebut secara sekata. Kedudukan seperti ini juga akan menyebabkan kepala, leher dan badan kanak-kanak tersebut bergerak serentak di dalam satu garisan, sekaligus mengelakkan whiplash injury daripada berlaku.
Setelah mengetahui umur, berat dan ketinggian anak anda serta mengkaji jenis car seat yang sesuai, kini tiba masanya untuk anda membeli car seat terbaik mengikut kemampuan.
Apabila kemalangan berlaku, semua penumpang akan tercampak ke hadapan. Dalam keadaan mengadap ke hadapan dan memakai tali pinggang keledar atau harness, pergerakan badan akan dihentikan oleh tali pinggang atau harness tersebut. Namun, kepala tidak dihentikan, malah terus tertarik ke belakang sebelum tercampak ke hadapan hingga dagu menyentuh dada. Kecederaan hasil pergerakan ini dipanggil whiplash injury.
Jika kemalangan berlaku, bayi dan kanak-kanak yang diletakkan mengadap ke belakang akan bergerak ke arah car seat mereka. Ini membolehkan car seat tersebut menyerap tekanan hasil hentakan dari badan kanak-kanak tersebut secara sekata. Kedudukan seperti ini juga akan menyebabkan kepala, leher dan badan kanak-kanak tersebut bergerak serentak di dalam satu garisan, sekaligus mengelakkan whiplash injury daripada berlaku.
Setelah mengetahui umur, berat dan ketinggian anak anda serta mengkaji jenis car seat yang sesuai, kini tiba masanya untuk anda membeli car seat terbaik mengikut kemampuan.
Kesilapan besar yang berlaku apabila ibu bapa yang membeli car seat di atas talian tetapi apabila sampai barangnya, saiz dan berat pula tidak sesuai dengan badan anak jadi terpaksa beli yang baru. Oleh itu, lebih baik membeli dengan membawa anak sekali ke kedai supaya anda boleh lihat mereka duduk di dalam car seat dan pantau kesesuaiannya dengan tubuh badan mereka.
Jenis kereta anda juga memainkan peranan. Selalunya konsultan car seat yang berpengalaman akan bertanyakan mengenai kenderaan yang anda pakai dan mereka akan berikan pilihan car seat yang sesuai untuk digunakan dalam kereta anda.
Jika kereta besar, mereka akan beri pilihan car seat yang lebih tebal dan lebar. Manakala untuk kereta kecil, mereka akan berikan pilihan yang lebih kecil dan bersesuaian.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, soal keselamatan anak anda tidak boleh diambil ringan. Penggunaan car seat dengan cara yang betul adalah langkah terbaik untuk memastikan anak-anak anda selamat di dalam kereta.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru je beli beras tapi dah ada kutu beras? Kadang rasa geram nampak ia merayap. Biasanya bila beras dah ada kutu beras, nasi yang kita tanak nanti jadi tidak berapa sedap dan mudah basi.
Jadi, bagaimana nak pastikan kutu beras ini tak lagi menjadi masalah buat ibu-ibu. Berikut ada cara yang paling mudah dan boleh dicuba seperti dikongsikaan oleh seorang pengguna TikTok @nz.pgs. telah berkongsi cara dan tips untuk menghalau kutu beras ini.
Tip halau kutu beras
Jika dibiarkan kutu beras ini penuh dalam beras, lama kelamaan kualiti beras jadi cepat rosak. Jadi kalau boleh buat cara ini seawal mungkin ye. Berikut antara langkah menghalau kutu beras.
Beras ada kutu ups!! Jangan buang, ikut tips cara saya ni. Moga beri manfaat pada semua para emak!
Letak bawang putih dalam beras dan benamkan. Boleh juga letak atas permukaan beras dan biarkan seharian. Contohnya, kalau buat masa pagi, petangnya dah boleh periksa dan confirm semua beras kutu hilang.
Kutu beras dikatakan tidak suka pada bau-bauan. Jadi bahan-bahan yang beraroma seperti bawang putih juga boleh digunakan untuk menghalau serangga ini.
Selain daripada menggunakan bawang putih, pastikan beras yang disimpan haruslah diletakkan pada tempat yang bersih dan kering ye!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...