Penyanyi Ameer Sofazr meluahkan rasa syukurnya selepas menimang cahaya mata pertama selepas lebih lima tahun berkahwin. Biarpun berdepan detik sukar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun segalanya dipermudahkan.
Katanya menerusi Astro Gempak, dia bersyukur dan cukup terharu apabila sudah mempunyai zuriat dari darah daging sendiri. Satu tanggungjawab baru buatnya.
Pun begitu kata Ameer, sehingga kini dia masih tidak dapat berjumpa isteri dan hanya sempat melihat anaknya disebabkan prosedur PKPB. Namun katanya dia akur dengan standard operasi prosedur sepanjang PKPB yang membataskannya untuk bertemu dengan isteri dan anaknya.
“Buat masa sekarang saya hanya dibenarkan iqamat tanpa pegang baby. Tapi dapatlah sentuh baby sikit saja. Memang terharu sangat-sangat apabila kita ada waris atau zuriat dari darah daging kita sendiri,” katanya berkongsi.
Ads
Kata Ameer lagi, isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif telah dimasukkan ke wad lima hari lebih awal untuk pemantauan doktor ekoran diabetes ketika hamil (GDM).
“Isteri saya dimasukkan ke hospital lima hari lebih awal. Tambah pula bukaan lambat sebab anak pertama.
“Doktor juga terpaksa ‘induce’ sebanyak tiga kali sebelum isteri saya dimasukkan ke dalam bilik bersalin. Selama sembilan jam dia menunggu dan akhirnya pada pukul 7.40 malam 27 Oktober lalu lahirlah puteri sulung kami.
“Suami langsung tak dibenarkan untuk berjumpa dengan isteri jadi saya sangat risau dengan keadaan dia.
Ads
“Malah, saya juga tidak dapat bersemuka untuk memberikan kata-kata semangat kepadanya. Yang mampu hanyalah panggilan video dan doa banyak-banyak agar dipermudahkan segala urusan,” katanya.
Dalam pada itu, Ameer turut mendoakan pasangan yang belum dikurniakan zuriat agar jangan berputus asa dan yakinlah dengan percaturan Allah. Biarkan apa orang kata dan teruskan berdoa pada Allah. Begitu kongsinya.
Ads
“Bagi yang belum dikurniakan zuriat lagi janganlah berputus asa atau patah semangat kerana perancangan Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Biarkan apa orang nak cakap, yang penting kita sebagai suami isteri kena sabar dan saling memahami,” katanya kepada Gempak.
Ameer dan isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif mendirikan rumah tangga pada Januari 2015. Ameer juga bakal mengumumkan nama anak perempuannya itu selepas tujuh hari kelahirannya.
Bila orang cakap dah bergelar ibu baru kita akan tahu perasaan sayang dan sentiasa nak lihat anak sihat memang betul. Walaupun luka sikit atau demam pun dah tak senang duduk.
Bagi isteri Sharnaaz Ahmad, Noor Nabila dia cukup risau apabila Jebat Jayden digigit nyamuk dan meninggalkan parut di dahinya.
Dalam entri instagram, Nabila meminta pendapat peminatnya untuk berkongsi cara menghilangkan parut gigitan nyamuk yang dah seminggu tapi masih lagi ada kesan.
Di ruangan komen ada yang mengesyorkan untuk mencuba rawatan tradisional dan tak kurang suruh guna je krim anti parut.
Ada juga yang berkongsi pengalaman dengan menggunakan susu badan dan sapu di tempat berkenaan.
Selain itu, cadangan dari ibu-ibu yang ada pengalaman sebelum ini mereka membiarkannya hilang sendiri. Cuma ambil sedikit masa.
Jebat Ikut Muka Mummy
Sementara itu, Jebat yang dah berusia 3 bulan kini mula jadi perhatian peminat mummy dan babanya.
“Makin besar, Jebat dah seiras mummy. Makin handsome.
“Sejuk kalau anak lelaki ikut muka ibu,” kongsi netizen di ruangan komen.
Sumber: ig noornabila
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Influenza terbahagi kepada banyak jenis dan dikategorikan sebagai influenza A, B dan C. Virus jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan. Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebabkan penyakit yang menyerupai jenis A manakala influenza jenis C pula mengakibatkan selesema sederhana dan jarang dijangkiti.
Tanda dan gejala influenza tidak sama dengan selesema biasa. Gejala flu biasanya lebih serius dan mungkin memerlukan pesakit berehat daripada tugas harian. Gejala influenza pada kebiasaannya muncul secara tiba-tiba. Pesakit biasanya menghidap demam yang tinggi, batuk, sakit kerongkong, berhingus, sakit otot dan badan, sakit kepala dan keletihan.
Berikut perkongsian dari Dr Erna Nadia mengenai Infuenza A
Ok, apa benda influenza A ni? Ianya adalah sejenis penyakit yang sangat mudah berjangkit dari satu individu ke individu yang lain melalui cecair di udara ( melalui batuk, selsema) yang disebabkan oleh sejenis kuman virus yang bernama influenza.
Influenza ini ada 4 jenis : A,B,C,D.
Dan yang paling serius jangkitannya adalah jenis A. Ianya bukan sahaja boleh menjangkiti manusia, tetapi juga boleh menjangkiti haiwan seperti burung dan khinzir.
Tempoh jangkitan adalah 7-21 hari. Jadi, bertabahlah jika dijangkiti.
Saya senaraikan tanda-tanda dan rawatan di dalam gambar di bawah ok. (Tulis dalam gambar macam lebih mudah diingati, kan?)
Nasihat saya adalah jika anda atau anak anda atau ahli keluarga anda ada yang sedang demam, batuk, selsema berehatlah di rumah sahaja. Jangan keluar ke mana-mana kerana anda boleh menyebabkan orang lain terjangkit sama atau jangkitan anda akan menjadi semakin teruk.
Jika suhu badan melebihi 38 darjah selsius, tolong ke klinik atau hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan yang betul. Ianya penting samada untuk tengok anda dijangkiti kuman virus atau bakteria.
Dengan cuaca sekarang yang agak sejuk dan lembab, banyak kuman bersuka ria di udara persekitaran kita.
Influenza pun bermaharajalela, denggi pun berkenduri sama dan radang paru paru pun nak turut serta.
Jangan biarkan dah melarat baru nak berjumpa doktor ok.
Rehat di rumah. Minum air masak banyak banyak. Makan makanan yang tidak terlalu berat. Tukar cadar, langsir, tuala dan kain yang terdedah kepada virus. Amalkan buah dan sayur sayuran secukupnya.
Dan dapatkan vaksin influenza apabila sudah sembuh nanti.
Adakah supplemen yang boleh merawat influenza? Tidak ada. Sebab rawatannya adalah berdasarkan simptom sahaja. Kalau nak makan vitamin C, silakan tapi dapatkan di farmasi berdaftar sahaja bukan dibeli online.
Elok lagi ambil natural produk yang mengandungi tinggi vitamin c seperti buah orange, kiwi, buah naga.
Eyra Hazali tidak pernah menyangka anak keduanya, Endra Haqimie disahkan mempunyai masalah buah pinggang kering. Sebelum ini Eyra tidak pernah berhadapan dengan masalah kesihatan.
Memetik Berita Harian Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali menceritakan bahawa sebelum ditahan di hospital, Endra, 2, tidak berhenti muntah sejak malam Jumaat lalu.
“Assalamualaikum semua. Mohon doakan Endra. Dia tidak henti-henti muntah dari malam semalam (Jumaat).
“Keputusan kami dapat adalah buah pinggang Endra sudah kering sangat,” kata pelakon, Eyra Hazali, 25, dalam perkongsian hantaran dibuatnya di Instagram Story mengenai keadaan kesihatan anak kedua, Endra Haqimie, 2.
Menurut ibu muda berusia 25 tahun ini, disebabkan mengalami muntah teruk tanpa henti, anaknya itu dibawa ke hospital dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nazli itu berkata, dia tidak menyangka anak lelakinya itu disahkan doktor mempunyai masalah buah pinggang kering.
Dalam perkongsian itu juga, Eyra memohon semua pengikut dalam Instagram (IG) untuk mendoakan semoga anaknya itu segera sembuh.
“Insya-Allah dengan rawatan seterusnya, dia (Endra) akan baik dan sekarang hanya perlu dipantau doktor,” tulisnya.
Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish, 4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2. Mei lalu, Eyra berkongsi berita gembira apabila hamil anak ketiga.
Penyakit buah pinggang kering, atau penyakit buah pinggang kronik (CKD – Chronic Kidney Disease), bukan hanya berlaku pada orang dewasa, tetapi juga boleh menimpa kanak-kanak.
Walaupun jarang, penyakit ini dalam kalangan kanak-kanak adalah serius dan memerlukan perhatian serta rawatan yang sesuai untuk memastikan mereka dapat menjalani kehidupan yang sihat dan normal.
Punca Penyakit Buah Pinggang Kering dalam Kalangan Kanak-Kanak
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kering dalam kalangan kanak-kanak, antaranya:
1. Kecacatan Kongenital
Sebahagian kanak-kanak dilahirkan dengan kecacatan pada buah pinggang atau saluran kencing, seperti sindrom nefrotik kongenital, penyakit ginjal polikistik, atau refluks vesikoureteral.
2. Jangkitan Saluran Kencing
Jangkitan saluran kencing yang berulang dan tidak dirawat dengan betul boleh merosakkan buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang kering.
3. Penyakit Genetik
Beberapa penyakit genetik, seperti sindrom Alport, boleh menyebabkan kerosakan progresif pada buah pinggang.
4. Penyakit Autoimun
Keadaan di mana sistem imun tubuh menyerang tisu buah pinggang sendiri, seperti dalam kes lupus nefritis, boleh menyebabkan penyakit buah pinggang kering.
5. Penyakit Sistemik
Penyakit sistemik seperti diabetes jenis 1 boleh memberi kesan kepada fungsi buah pinggang.
Gejala penyakit buah pinggang kering dalam kalangan kanak-kanak mungkin berbeza bergantung kepada tahap keterukan penyakit. Beberapa gejala yang biasa termasuk:
*Keletihan dan Kelesuan: Kanak-kanak mungkin kelihatan letih atau lesu lebih daripada biasa.
*Bengkak: Pembengkakan pada muka, kaki, atau pergelangan kaki akibat pengekalan cecair.
*Perubahan dalam Pola Kencing: Kencing terlalu kerap atau terlalu jarang, dan mungkin terdapat darah dalam air kencing.
*Pertumbuhan Terbantut: Pertumbuhan fizikal kanak-kanak mungkin terbantut.
*Selera Makan Berkurang: Hilang selera makan dan mungkin penurunan berat badan.
*Kulit Gatal: Kulit gatal tanpa sebab yang jelas.
Diagnosis Penyakit Buah Pinggang Kering dalam Kalangan Kanak-Kanak
Diagnosis awal adalah penting untuk menguruskan penyakit buah pinggang kering dalam kalangan kanak-kanak. Beberapa langkah yang diambil untuk diagnosis termasuk:
1. Ujian Darah dan Air Kencing
Ujian ini membantu menilai fungsi buah pinggang dengan mengukur tahap kreatinin, urea, dan albumin dalam darah dan air kencing.
2. Imbasan Ultrasound
Imbasan ultrasound dilakukan untuk melihat struktur buah pinggang dan mengesan sebarang kelainan atau kecacatan.
3. Biopsi Buah Pinggang
Dalam beberapa kes, biopsi buah pinggang mungkin diperlukan untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang keadaan tisu buah pinggang.
Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kering dalam Kalangan Kanak-Kanak
Rawatan penyakit buah pinggang kering dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada punca dan tahap keterukan penyakit. Beberapa pendekatan rawatan termasuk:
1. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan mungkin diberikan untuk mengawal tekanan darah, mengurangkan pengekalan cecair, dan merawat punca penyakit seperti jangkitan atau penyakit autoimun.
2. Diet dan Pemakanan
Kanak-kanak mungkin perlu mengikuti diet yang rendah garam, rendah protein, dan seimbang untuk mengurangkan beban pada buah pinggang.
3. Dialisis
Dalam kes yang lebih teruk, dialisis mungkin diperlukan untuk membantu menapis sisa dari darah apabila buah pinggang tidak lagi mampu melakukannya.
4. Pemindahan Buah Pinggang
Pemindahan buah pinggang mungkin menjadi pilihan terbaik dalam kes di mana fungsi buah pinggang telah merosot dengan teruk dan tidak dapat dipulihkan.
Kesimpulan
Penyakit buah pinggang kering dalam kalangan kanak-kanak adalah keadaan yang serius dan memerlukan perhatian perubatan segera. Diagnosis awal dan rawatan yang sesuai adalah penting untuk menguruskan penyakit ini dan memastikan kanak-kanak dapat menjalani kehidupan yang normal dan sihat.
Oleh itu, ibu bapa perlu peka terhadap gejala yang ditunjukkan oleh anak-anak mereka dan segera mendapatkan rawatan jika terdapat tanda-tanda penyakit buah pinggang kering.
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.