Hasrat Muhammad Fadzli Ahmad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila isteri, Farha Mohd Sabri dan bayi dalam kandungan meninggal dunia, Jumaat lalu.
Lebih menyedihkan apabila Muhammad Fadzli, 33, sempat melihat Farha, 34, bertarung nyawa sebelum menghembuskan nafas terakhir di sisinya.
Kini, hanya anaknya, Falisha yang berusia setahun empat bulan menjadi peneman Muhammad Fadzli, malah dia terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan juga ibu kepada puteri sulungnya itu.
Gambar kenangan Muhammad Fadzli yang mendukung Falisha di sisi Farha.
Sempat keluar bersama sehari sebelum pergi
Berkongsi kisah memilukan itu, Muhammad Fadzli berkata, Farha tidak menunjukkan sebarang tanda untuk meninggalkannya malah, mereka sempat keluar bersama sehari sebelum pemergian mengejut itu.
Bagaimanapun, katanya, beberapa hari sebelum kejadian, isterinya yang mengandung tiga bulan 28 hari ada mengadu sakit perut dan sudah dibawa ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.
Ads
“Saya tidak berlengah dan terus membawanya ke klinik apabila dia mengadu sakit dan pertama kali kami ke klinik pada Selasa minggu lalu (2 Ogos) serta dimaklum doktor bahawa isteri mengalami kencing kotor sahaja.
“Kali kedua ke klinik pada Khamis (4 Ogos) yang mana doktor ketika itu beritahu ada angin dalam badan tetapi katanya kandungan dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi.
Tiba-tiba alami pendarahan
Menurutnya, penjelasan doktor melegakan mereka untuk seketika hinggalah Farha tiba-tiba mengalami pendarahan pada keesokan harinya.
Ads
Tanpa berlengah, Muhammad Fadzli terus membawa Farha bersama Falisha ke Hospital Pontian namun, takdir Allah SWT menetapkan wanita kesayangan itu meninggal dunia sebelum mereka sempat tiba di hospital.
“Saya masih ingat lagi, saya genggam tangan isteri ketika dalam perjalanan ke hospital dan pada mulanya genggaman itu kuat. Lama kelamaan, tangannya jadi sejuk dan saya tahu ketika itu isteri sudah tiada lagi. Saya tetap membawanya ke hospital untuk pengesahan.
“Semuanya terjadi begitu pantas malah isteri tidak sempat mengungkap sepatah kata pun sebelum menghembuskan nafas terakhir kerana dalam kesakitan yang teramat,” katanya yang memberitahu isterinya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Pengkalan Raja, Pontian, kira-kira 6 petang Jumaat.
Masih terasa kehilangan arwah
Ads
Menurutnya, dia tidak kuat untuk menziarahi pusara isteri kerana kehilangannya sangat dirasai, malah tidak sanggup pulang ke rumah mereka di Taman Pulau Hijauan, Kangkar, Pulai disebabkan kenangan indah bersama.
“Sebelum ini kami bertiga dan bakal menimang anak yang mana kandungan isteri sudah cukup sifat. Kini hanya tinggal saya dan Falisha sahaja,” katanya yang menetap sementara di rumah mentua di sini.
Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, selebriti, usahawan, dan ikon fesyen terkenal di Malaysia.
Dikenali bukan sahaja kerana bakatnya dalam dunia hiburan, tetapi juga kejayaannya dalam bidang perniagaan, Neelofa kini semakin menonjol dalam peranannya sebagai seorang ibu.
Setelah bergelar ibu, kehidupannya lebih tertumpu kepada keluarga, dan terbaru, dia berkongsi pengalaman membeli barang keperluan di pasaraya, mencuri perhatian ramai dengan gaya keibuan yang semakin terserlah.
Neelofa menerusi perkongsian di Instagram (IG), video berdurasi lebih 1 minit itu memaparkan sedang mengambil bahan-bahan makanan kering dan basah.
Apa yang menarik perhatian, Neelofa turut menggunakan dua buah troli untuk kelengkapan bahan-bahan tersebut siap disusun kemas.
Biasalah, bila mak-mak masuk grocery, niat asal nak beli beberapa barang je, tapi akhirnya macam-macam masuk dalam troli. Dari barang dapur, keperluan rumah, sampai kudapan anak-anak semua diborong!
Apa yanh buat netizen terkejut, bukan sahaja troli tetapi resit pun jangan cakaplah, panjang berjela!
Meninjau diruangan komen meluahkan teruja melihat bekas pengacara meletop itu membeli barang dapur
Sumber: IG Neelofa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah selamat melahirkan anak kedua pada 6 September lalu di sebuah pusat perubatan swasta, pengacara versatil, Jihan Muse, 39, mula memuat naik gambarnya seisi keluarga dengan berpakaian sedondon.
Perkongsian itu telah menarik perhatian rakan artis dan ramai peminatnya yang memuji Jihan semakin berseri-seri dan cantik.
Sebelum ini Jihan lebih selesa menjalani tempoh berpantang dengan tenang tanpa berkongsi gambar anak lelaki keduanya, Ungku Altamis Barr.
Si kecil Altamis juga membesar dengan sihat dan nampak bersemangat tubuhnya. Pada usianya yang telah pun mencecah 3 bulan, ramai yang geram dengan Altamis.
Malah muka Altamis juga seakan muka daddynya, Ungku Hariz. Kira adillah abang, Ungku Arsalan Haq ikut muka bonda.
Setakat ini perkongsian Jihan itu meraih lebih 67 ribu tanda suka daripada warganet.
Kisah penderitaan Kyfa Nishka Al-Kautsar Mohd Farhan, 4 bulan yang disahkan penghidap kanser otak (Medullastoma) tahap 4 dan ketumbuhan buah pinggang selepas 21 dilahirkan ternyata mendapat perhatian ramai.
Nishka disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas keadaan kepalanya yang agak besar berbanding bayi seusianya dan perlu menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Penderitaan Nishka turut mendapat perhatian beberapa selebriti terkenal tanah air termasuklah penyanyi nombor satu Negara, Dato Sri Siti Norhaliza dan juga Usahawan selebriti terkenal Mawar Karim.
Dato Siti dalam posting nya yang dibuat baru-baru ini mendoakan kesejahteraan Nishka, dalam doanya Dato Siti memohon supaya Allah memberikan segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.
“Ya Allah berilah segala yang terbaik buat malaikat kecil ini.. aaminn.. Doa adalah senjata ..Marilah kita ambil sedikit masa untuk mendoakan malaikat kecil ini.. Besar & hebat dugaan ibu ayah mu nak… tapi Besar juga hikmah Allah SWT berikan”
“Mohon share agar semua boleh doa utk Nishka….Allahuakbar…Allahuakbar..
ya Allah sembuhkn Nishka..Selamatkan Nishka”
Perkongsian yang mendapat lebih daripada sejuta tontonan itu turut disusuli dengan lebih empat ribu komen yang turut sama mendoakan baby Nishka.
Mawar Karim Melawat Baby Nishka di Kelantan
Dalam perkongsian Mawar Karim yang berkesempatan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang semalam, dia sempat ke HUSM untuk melihat sendiri perkembangan terbaru Nishka.
Dalam postingnya itu, ibu kepada Maryam ini mendoakan agar Allah memberikan kesembuhan kepada Nishka. Menurutnya lagi ujian yang diberi kepada ibu Nishka ini memang hebat, dia sendiri tidak mampu melihat bayi secomel Nishka menanggung derita kesakitan, tapi ibunya masih mampu tersenyum walaupun jauh di sudut hatinya menyimpan seribu duka.
Bagi yang ingin menyalurkan bantuan, Mawar Karim turut memaparkan nombor akaun bank milik ibu Nishka; Khairiah Kamarudin bagi memudahkan orang ramai yang ingin membuat sumbangan.
“Unplanned trip to Kelantan. Ya Allah sembuhkan baby Nishka. Semoga ada sinar dalam hidup baby Nishka,tabah menghadapi dugaan dan lawan segala sakit. Ya Allah baby Nishka sangat cute strong girl.Rezeki sy dapat berjumpa baby Nishka. Sejujur nya sy tidak rancang untuk datang Kelantan hari ini asal nya next week tapi Alhamdulillah kita sebaik-baik rancang Allah tentukan. Dah berapa hari asyik teringat baby Nishka. Tanpa fikir panjang saya terus datang melawat.”
“Setiap ujian di hadapi berbeza-beza. Cuba kita letakkan diri kita sebagai ibu baby Nishka. Ibu Nishka masih tersenyum walaupun masih simpan seribu suka duka. Saya sendiri tidak mampu melihat baby secomel ini menanggung derita kesakitan.”
Semoga baby Nishka sembuh, kembali ceria, macam baby lain. Insyaallah selagi kami boleh membantu kita usaha kan. ( No acc Cimb 7002814262 Khairiah bt Kamarudin )”
Marilah kita semua sama-sama mendoakan semoga semua urusan rawatan Niska dipermudahkan dan anak kecil ini disembuhkan daripada segala penyakit yang ada. Bagi yang ingin membantu boleh buat demikian dengan menyalurkan bantuan anda ke akaun bank milik ibu Nishka.