Masuk labour room bersama isteri memang satu pengalaman yang sukar dilupakan. Bukan sahaja buat ibu yang bakal melahirkan, malah suami pun boleh jadi orang paling gelabah dalam bilik.
Ada yang dah siap baca artikel, tengok video teknik pernafasan dan berjanji mahu jadi suami paling supportive. Tetapi apabila contraction mula datang, semua teori boleh hilang entah ke mana.
Tiba-tiba suami pula yang pucat. Ada juga yang terlalu santai sampai boleh sempat tengok telefon, mengadu lapar atau bertanya soalan yang tidak sepatutnya. Kalau silap masa, memang boleh buat isteri pandang tajam.
Waktu isteri sedang bertarung melahirkan anak, sokongan suami sebenarnya tersangatlah penting. Jadi kalau berpeluang menemani isteri dalam labour room, cuba elakkan beberapa perkara ini.
Ini mungkin antara soalan paling bahaya untuk ditanya ketika isteri sedang menahan contraction. Proses bersalin bukan macam tunggu makanan sampai selepas dipesan.
Ada ibu yang melalui proses kelahiran dengan cepat, ada juga yang mengambil masa berjam-jam. Jadi daripada bertanya berulang kali, lebih baik duduk di sisi isteri, pegang tangannya dan beri kata-kata semangat.
“Abang lapar la…”. Kalau boleh simpan dahulu ayat ini. Bayangkan isteri sudah berjam-jam menahan sakit, mungkin juga tidak dibenarkan makan dalam keadaan tertentu, tiba-tiba suami pula sibuk cerita pasal nasi ayam.
Kalau betul-betul perlu makan, pandai-pandailah cari masa yang sesuai. Dan mungkin tak perlu balik sambil membawa aroma ayam goreng satu labour room.
Bila contraction makin kuat, monitor berbunyi atau petugas kesihatan mula bergerak lebih pantas, memang normal untuk suami rasa cemas. Tetapi cuba kekal tenang.
Kalau suami sendiri sudah pucat, menggigil isteri yang sedang sakit mungkin jadi lebih takut. Pada waktu begini, salah satu perkara terbaik yang suami boleh lakukan ialah menjadi orang yang paling tenang di dalam bilik.
Ada beza antara menggunakan telefon untuk perkara penting dengan duduk santai scroll TikTok ketika isteri tengah contraction.
Bayangkan isteri sedang genggam katil menahan sakit, di sebelah pula suami tengah tersenyum tengok video kucing. Memang cari pasal.
Letakkan telefon seketika. Beri perhatian kepada isteri kerana kehadiran dan sokongan emosi suami sangat diperlukan ketika itu.
Tolong jangan! Setiap wanita menghadapi kesakitan bersalin dengan cara berbeza. Ada yang diam, ada yang menangis, ada yang bersuara kuat.
Jangan jadikan isteri rasa bersalah hanya kerana cara dia mengendalikan kesakitan tidak seperti yang suami bayangkan.
Lebih baik cakap, “Abang ada sini,” daripada sibuk suruh isteri diam.
Sebelum masuk labour room mungkin suami sudah tengok banyak video. Bagus tapi jangan sampai ketika petugas kesihatan sedang memberi arahan, suami pula masuk campur:
Ketika proses bersalin, ikut panduan doktor, jururawat atau bidan yang mengendalikan kelahiran. Kalau ada perkara yang tidak difahami, tanya dengan tenang.
Dalam video nampak macam romantik apabila suami urut belakang isteri sewaktu contraction. Realitinya, ada ibu yang memang rasa lega apabila diurut.
Ada juga yang ketika itu langsung tak mahu disentuh. Jadi sebelum terus tekan belakang isteri, tanya dahulu.
Memang seronok mahu merakam momen kelahiran anak. Tetapi pastikan isteri selesa. Tidak semua ibu mahu wajahnya ketika sedang menahan contraction dirakam, apatah lagi dimasukkan ke dalam WhatsApp keluarga dengan kapsyen, “Dah masuk labour room!”
Kalau mahu ambil gambar atau video, bincang terlebih dahulu sebelum proses kelahiran bermula.
Ini yang paling suami perlu elakkan. Tak perlu berkongsi pada isteri tempoh masa adik atau kakak yang bersalin lebih pantas. Setiap wanita, setiap kehamilan dan setiap proses kelahiran adalah berbeza.
Apa yang berlaku kepada orang lain tidak semestinya sama dengan pengalaman isteri sendiri. Jadi tunggu saja sambil berikan kata-kata semangat.
Kadang-kadang suami fikir dia perlu tahu semua teknik pernafasan, semua istilah perubatan dan semua langkah proses kelahiran. Sebenarnya tidak.
Isteri mungkin cuma mahu suaminya berada di sisi.
Masuk labour room bukan pertandingan siapa paling tahu tentang proses bersalin. Suami tidak perlu menjadi doktor, jurulatih pernafasan atau jurukamera rasmi keluarga.
Apa yang paling penting ialah tahu bila perlu bercakap, bila perlu diam, bila perlu pegang tangan dan bila perlu ikut sahaja permintaan isteri.
Sebab kadang-kadang semasa contraction, satu-satunya arahan daripada isteri mungkin,
“Abang… jangan cakap apa-apa dulu.”
Untuk keselamatan semua pihak, mungkin kali ini memang lebih baik ikut saja.
Baca lagi: Mykad Generasi Baharu Rasmi Hari Ini, Tak Perlu Tergesa-Gesa Tukar Mykad Lama!
Disipilin Anak Tanpa Perlu Jerit & Ugut Rotan, 6 Cara Berkesan Guna Time-Out!
Sumber: Youtube Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!