Bertungku antara amalan lepas bersalin yang akan dilakukan oleh kebanyakan wanita berpantang.

Doktor kata tak salah buat amalan bertungku cuma berpesan jangan sampai berlebihan.

Dr Rusyainie Ramli menjelaskan mengenai amalan bertungku yang menjadi adat budaya masyarakat Melayu dari sudut pandangan sains dan perubatan.

Lepas bersalin, kalau adat budaya Melayu mesti kena BERTUNGKU. Tolong baca apa yang saya nak bebel ni.

TUNGKU TU APA?

Guna batu sungai.
Panas atas api lama-lama.
Letak batu panas tu atas segala daun yang orang tua kata ada khasiat.
Lepas tu bungkus dengan kain batik sarung tebal-tebal. Kalau tak, mahu terbakar kulit abdomen tu.
Zaman moden, ada tungku jenis lain. Yang tu siap ada bau. Ala macam ‘aromatherapy’ la.

Minah salleh tak bertungku pun.
Bertungku lebih kepada budaya Melayu.

Bertungku Lepas Bersalin Boleh Tapi Doktor Ini Pesan Jangan Berlebihan
Orang barat guna pek air panas yang diletak atas perut

Kalau dari asasnya bertungku lebih kurang sama dengan minah salleh pakai pek air panas letak atas abdomen. Cuma mereka pakai jenis wet heat, tungku tu dry heat. Kalau terbakar atau melecur kat kulit, lain la rupanya.

Bertungku kalau kita biasa tengok, orang buat kat abdomen, terutama di bahagian ari-ari, kat belakang termasuk punggung dan juga di lengan dan kaki.

Secara sainsnya,
Bila kita bertungku, haba dari batu tungku tu, akan menyebabkan saluran darah kat kulit kita MENGEMBANG di bahagian kita letak batu tungku tu.

Jadi, peredaran darah akan bertambah baik bila salur darah tadi berkembang sikit dari yang asal.

Disebabkan tu:
1. Nutrisi dan oksigen yang ada dalam darah akan pergi kat bahagian yang kita tungku tu.
2. Melegakan rasa sakit dan lenguh di otot terbabit. Maklumlah proses bersalin tu kan gunakan segala otot di badan. Otot-otot badan ‘cedera’. Bab ni lain kali cerita.
3. Meningkatkan fleksibiliti otot.
4. Membantu menyahkan bahan buangan bila darah mengalir dengan baik.

Awas Jangan Bertungku Berlebihan!

Tapi perlu ingat ya. Tak boleh letak batu tungku lebih dari 30 minit pada ratu tempat. Nanti kang saluran darah tu jadi mengecut pula.

Lagi satu, hanya sebahagian lapisan atas abdomen saja yang dapat kebaikan bertungku. Lapisan otot yang kat bahagian dalam-dalam badan, tak dapat pun manfaatnya.

Kulit ni ada banyak lapisan. Kalau kita potong kulit badan kita, ada lapisan lemak dulu baru kita jumpa otot. Lapisan lemak ni kerjanya menapis haba.

Maka haba tungku tu tak lah sampai ke lapisan otot yang kat dalam-dalam.
Kena tengok gambar untuk lebih faham.

Bertungku Lepas Bersalin Boleh Tapi Doktor Ini Pesan Jangan Berlebihan
Gambarajah keratan rentas lapisan abdomen (perut)

Ada orang gunakan cara lebih ekstrem dengan letak para, bawah tu taburkan bara api dan suruh mak baru bersalin tu baring atasnya. Huh. Dah macam salai kambing jadinya. Silap hari bulan boleh terbakar kulit.

Bertanggas pun guna prinsip yang sama. Duduk atas bara api untuk bagi haba kat bahagian sulit. Cuma tulah, seksa tu. Tak perlu pun sampai macam tu.

Lemak kat perut akan cair dengan bertungku itu MITOS! TAK BETUL!

Minum ais, buncit? MITOS! TAK BETUL JUGA!

Nak kempis? Memang tak mudah. Orang malas memang takkan kempis abdomen dia. Kena buat senaman yang bersesuaian untuk menguatkan otot-otot di abdomen.

Pakai bengkung? Dah ketat gitu memang kita nak makan pun susah. Organ perut kita ni dah lah jenis berlohong. Kena himpit macam tu memang jumlah kita makan pun sikitlah. Bengkung kempiskan abdomen? MITOS YA!

Sengkak untuk naikkan rahim lagi lah mengarut. MITOS LAGI! Rahim biasanya akan mengecut ke saiz sebelumnya dalam masa 6 minggu lepas bersalin. Sebaik sahaja lepas melahirkan bayi, doktor akan bagi suntikan Syntometrin. Tu gunanya nak kecutkan rahim la. Tak payah buat apa-apa dah.

Nak kuatkan otot pelvis supaya tak tombong? Senang saja tapi kalau malas memang tak jadi. Kena buat senaman Kegel. Kat Youtube ada tunjuk macam mana. Belajar buat dan praktikkan.

Bertungku lepas bersalin boleh. Selagi mana tidak terlebih-lebih. Janganlah sampai di tungku bahagian doktor buat pembedahan Caesarean atau kawasan kemaluan misi potong untuk buat episiotomy.

TAK BERTUNGKU PUN TAK APA. Guna pek berhaba membantu juga. Jangan la sampai rasa bersalah dan dipersalahkan sebab tak bertungku. Tak dosa pun. Kalau dok negara omputih, tepi laut mana nak korek batu sungai. Jangan dok kecam orang ikut suka rasa, ikut sedap mulut.

YANG PALING PENTING masa berpantang

1. Minum air 2 ke 3 liter sehari
2. Makan ikut amaun suku, suku, separuh.
Mesti ada kandungan zat dan vitamin macam saya dah pernah tulis.
3. Aktif bergerak ikut kemampuan. jangan nak mengada-ngada nak baring saja.
4. Rehat dan tidur mesti cukup.
5. Sokongan fizikal, mental dan moral dari suami dan keluarga.
6. Kena fikir positif sentiasa.

Jamu? TAK PERLU.
Vitamin? TAK PAYAH kecuali doktor suruh.
Jus sunnah? LAGI JANGAN.
Suplemen? PUN USAH BAZIR DUIT.

Dr. Rusyainie Ramli
Tengah dok bayangkan orang kat antartika berpantang macam mana.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI