Seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dilarikan perompak pada sekitar 7.45 pagi tadi (Isnin) telah berjaya ditemui. Kejadian berlaku apabila perompak berkenaan bertindak masuk dan melarikan kenderaan mangsa di mana kanak-kanak itu berada.
Diculik sebelum ke tadika
Memetik sumber daripada BH Online, difahamkan ibu kepada mangsa berhentikan kenderaan jenis Proton Exora di sebuah gerai untuk membeli kuih sebelum menghantar anaknya itu ke tadika di Cabang Tiga, Kemubu. Suspek lelaki itu kelihatan memakai pakaian berwarna kuning dan berkopiah, kemungkinan juga baru saja pulang dari masjid.
Terus masuk ke dalam kereta
Ads
Terbaru, kanak-kanak lelaki itu telah berjaya ditemui pada jam 10.00 pagi setelah ditinggalkan kepada seorang peniaga dalam keadaan selamat di belakang pasar raya di Kok Lanas.
Sementara itu, menurut Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mat Piah berkata suspek meninggalkan kanak-kanak itu kepada seorang peniaga gerai dengan alasan ibu mangsa akan mengambilnya nanti.
Ads
“Suspek kemudiannya melarikan diri bersama kereta jenis Proton Exora yang dirompak itu,” katanya.
Ads
Menurut Abdullah, ketika kejadian itu, enjin kereta dalam keadaan hidup dan anak lelaki mangsa yang berada dalam kereta dilarikan bersama-sama kenderaan yang dicuri suspek.
Sementara itu, bapa saudara mangsa, Che Azwadi Che Mud, 36, berkata anak saudaranya ditemui dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Alhamdulillah anak saudara saya sudah selamat dan kini masih berada di Balai Polis Kok Lanas,” katanya.
“Aidilfitri tahun ini tak sama macam tahun sebelumnya. Biasanya setiap kali menjelang Aidilfitri, mama dan abah paling sibuk memilih tema, mencari baju kami lima beradik serta menempah kuih semperit kegemaran keluarga, namun kini semuanya tinggal kenangan,” kata Nur Afni Nirwani Khairizul, 16.
Nur Afni dan adik-adiknya, Nur Istana Nadira, 14, Nur Erna Nabila, 12, Nur Qurratul Ain, 7, dan Muhammad Khairi Zafran,2, yatim piatu selepas kematian ibu bapa mereka akibat kemalangan jalan raya Februari lalu.
Susulan tragedi itu, kehidupan mereka lima beradik selepas itu berubah 100 peratus dan kini hanya menumpang kasih datuk, nenek serta ibu dan bapa saudara.
Menurut Nur Afni, Ramadan dan Aidilfitri kali ini begitu berbeza kerana pertama kalinya disambut tanpa ibu bapa mereka di sisi.
“Apabila makan ini teringat abah dan mama, buat itu teringat lagi mama dan abah tambahan pula adik bongsu setiap masa mencari mama dan abah.
“Ikutkan sekarang mesti mama dan abah paling sibuk menyediakan kelengkapan hari raya kami tetapi apa boleh buat mereka berdua sudah tiada,” katanya ketika ditemui di rumah datuknya dekat Jalan Mohd Saad, Butterworth.
Jelas Nur Afni, dia tabah menghadapi ujian dan berterima kasih kepada semua pihak yang sehingga kini masih prihatin terhadap nasib menimpa mereka berlima.
“Mama suka tempah kuih semperit dengan seorang jiran dekat sini dan beberapa hari lalu dia hantar kuih itu kepada kami kerana mengingati arwah mama yang menjadi pelanggan tetapnya,” katanya.
Sementara itu, nenek mereka, Asmalaili Mohd, 58, berkata setiap masa dia mengingati kenangan bersama arwah anak dan menantunya.
“Orang kata kematian anak itu lebih sakit dan saya kini sedang merasainya yang mana kehilangan dua insan yang sangat saya sayang.
“Arwah anak dan menantu saya antara yang paling ceria kalau buat persiapan nak raya tetapi kali ini ketiadaan mereka cukup terasa.
“Kebiasaannya pada hari raya pertama semua akan berkumpul makan nasi tomato dan ayam masak merah setiap kali datang beraya tetapi kali ini agak sayu kerana tidak ada lagi mereka berdua di rumah ini,” katanya.
Menurutnya, mujur sekarang berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila kesedihan itu berkurangan sedikit tetapi arwah anak serta menantunya itu sentiasa berada dalam ingatannya sampai bila-bila.
Dalam kemalangan 9 Februari lalu, Khairizul Mohamad Noor,38, maut di tempat kejadian selepas motosikal yang ditunggangi bersama isterinya, Zuriana Hasan, 35 dilanggar pemandu dipercayai mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, dekat susur keluar Perai.
Zuriana yang mengalami kecederaan parah dirawat di Hospital Seberang Jaya (HSJ) danmenghembuskan nafas terakhir selepas koma selama dua bulan.
Pemergiaan anak yang selama dibelai & dimanja amat menyedihkan. Apatah lagi jika perginya tanpa dijangka. Catatan bapa yang kehilangan bayinya ini amat menyentuh sanubari.
Bapa ini masih tidak langsung tidak menjangka demam yang dialami anaknya menjadi detik akhir buat si kecil yang dinamakan Haisha Rania. Anak yang selama ini dibelai dan dimanjakan terbujur kaku, tiada lagi tangisan dan gelak tawanya.
Encik Bustaman Rusli yang telah dihubungi Pa&Ma berpesan kepada ibu bapa lain agar tidak mengambil ringan demam pada anak terutamanya yang masih bayi. “Jangan ambik ringan bila bayi demam. Bila dah lebih 3 hari, lakukan blood test. Kalau ada nampak tanda macam ada kuman terus je admit walaupun kat swasta.. Biar bawah pemantauan doktor yang lebih arif,” kata bapa kepada 3 cahaya mata ini.
Bapa ini juga berkongsi sebuah catatan yang amat memilukan sesiapa sahaja yang membacanya. Bukan mudah menerima kenyataan anak bongsu yag dimanja dan dibelai kini sudah tiada lagi…
PINJAMAN ALLAH SETAHUN SAHAJA
Salam sayang utk kenangan abadi bidadari syurga kami Haisha Rania.. Haisha =kehidupan, sihat, riang. Rania = kesenangan, kesukaan, ratu. Pinjaman Allah kepada kami utk setahun sahaja.. 27.5.2018 – 8.5.2019
Fikiran masih keliru, lidah masih kelu. Betapa kami harapkan ini hanya lah sebuah mimpi. Bgn pagi tercari cari helaian tawa yg biasa dihidangkan kpd kami. Bagaikn suatu semangat utk kami bile dihidangkan dgn coret wajahnya.
Namun semua itu takkan muncul lg. Kami redha ya Allah dgn Pinjaman ini. Setiap yg hidup akan pasti dipanggil kembali kepada sang pencipta.. Tidak lewt dan tidak cpt sesaat pun.
TIADA REKOD KESIHATAN BURUK
Rania anak baik, tak penah pn kami rasa ssh dgn kehadirannya. Rania takde sejarah kesihatan yg buruk, tak penah warded, takde apa2 penyakit. Pemergiannya btul2 sekelip mata. Bermula dgn kami rasa deman biasa pd hari jumaat ari tu 2.5.2019. Mlmnya kami bawa ke klinik dan doktor just ckp maybe deman biasa dan ada kemerahan pd tonsilnya. Seterusnya deman still on off dan kami bawak lg ke K* B****** pada hari isnin utk blood test.
KUMAN DALAM DARAH TAPI MASIH TERKAWAL
Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal.. Just perlu on antibiotic je.. Kami akur Dan ikut apa yg di suruh dgn maintain bg antibiotic on time.
DETIK AKHIR MAHU MAMA PAPA BERSAMANYA
Namun kemuncak pd hari rabu pukul 3 pagi, Rania mula lain dr kebiasaan. Rania tak dapat tidur lena, merengek sesekali, tidak mahu tidur. Rania semacam memberi kan isyarat utk kami bersamanya, utk sisa waktu terakhir..
TERUS KE ZON MERAH KECEMASAN, RANIA KRITIKAL Pukul 8.30am kami ke emergency **** Medical Center.. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal.. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr.. 10.30 pagi 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya..
GELAP DUNIA LIHAT TUBUH KAKU TIDAK LAGI BERGERAK
Kami kelu.. Bagaikn gelap dunia ni bila melihat sekujur tubuh yg kami belai selama setahun tidak bergerak, kaku.. Kami masih mengangap Rania hanya tido utk berehat. Berehat sambil menunggu kedatangan kami di pintu syurga nanti InsyaAllah.. Rania berehatlah..
GAMBAR, BAJU & VIDEO PENGUBAT RINDU
Papa mama redha dan sentiasa ingat setiap saat kenangan kita bersama. Hanya gambar, video, pakaian, Rania je menjadi pengubat rindu papa mama skrg.
Pengacara dan pelakon Jihan Muse mengakui perlu memperlahankan karier seni bagi memberi lebih tumpuan terhadap keluarga. Jihan, 35, berkata, perjalanan kehidupan peribadinya bermula lambat dan kerana itu dia mahu memanfaatkan waktu yang ada bersama insan tersayang.
Saya lambat kahwin dan dapat anak juga lambat. Sebab itulah saya banyak menghabiskan masa dengan suami dan anak di rumah.
Kalau bekerja pun, seboleh mungkin saya mahu hadkan masa lapan jam sehari
Sebagai isteri dan ibu dia perlu bijak mengatur masa agar karier seni dan keluarga berjalan seiring.
Keluarga dan karier seni sama penting bagi saya. Namun begitu, buat masa ini kerjaya jatuh nombor dua dan saya berharap dapat mengimbangkan kedua-duanya.
Saya bersyukur kerana pengurusan dan produksi boleh mengikut masa yang saya berikan. Jika ada yang tidak dapat mengikut masa ditetapkan, saya akan tolak daripada awal kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain
Jihan berkata dia akan sibuk berniaga sepanjang Ramadan nanti. Ibu kepada Ungku Arsalan Haq Ungku Hariz Faizal itu berkata, ini adalah pengalaman pertama dia berniaga.
Ini percubaan pertama apabila saya bekerjasama dengan Starvilion dengan menghasilkan baju raya. Biasanya sepanjang Ramadan saya akan berehat daripada sebarang aktiviti seni dan fokuskan ibadat.
Jika ada tawaran berlakon saya hanya ambil penampilan istimewa atau kemunculan sekali saja. Harapan saya semoga perniagaan ini berjalan lancar.
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.