Harap Diberi Rezeki Dapat Baby Girl. Doa Ayu Sempena Anniversary Ke-8

Share

Melayari perkahwinan masuk tahun ke-8, hanya doa yang baik-baik diminta oleh isteri penyanyi Tomok, Rahayu Abbas agar hubungan itu terus berkekalan dan dikurniakan anak yang soleh.

Melalui apa yang dikongsikannya, Ayu meluahkan hasrat untuk menimang cahaya mata perempuan setelah mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Arrianshah Akid Shah Indrawan dan Andrashah Iman Shah Indrawan.

HAPPY 8th ANNIVERSARY for my beloved husband…

Alhamdulillah, pejam celik je dah 8 tahun kami berumah tangga…of cozla dalam insta kita post yang sweet2 je kan..yang masam2..yang pahit2 tu kita simpan sendirilah for our records in the future??.

Anyway the wishes is special to my husband…terima kasih kerana memilih ayu sebagai suri di hati…i know that i’ve a lot of kekurangan dan kekilafan sepanjang menjadi isteri & dibu…tapi dibu akan memperbaiki dari semasa ke semasa…insyaAllah…semoga perkahwinan kita kekal hingga ke jannah…dan hanya ajal yang memisahkan kita…..amin

We love u so much..sayang…remember this world are very wide to explore never give up untill end of breath…we always support u whenever and whatever u did as long as “tak tambah satu lagi bini….tambah anak ok..??”…hope that kita di berikan rezeki untuk menimang baby girl..amin…..???

Selain itu, Ayu juga memuat naik foto-foto ‘throwback’ mereka di akaun Instagramnya.

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminat menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan selain mendoakan kebahagiaan Tomok dan isteri serta dimakbulkan impian mereka untuk memperoleh anak perempuan.

Sumber: instagram Ayu Abas

 

IKLAN