Perkongsian aktor, Fizo Omar berhubung gambar hari raya bersama anak-anak dan isteri yang sarat mengandung telah mendapat respon yang pelbagai daripada netizen.
Menerusi posting Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 38 dia telah menyertakan kapsyen menyatakan yang isterinya sudah dua tahun berturut-turut hamil ketika hari raya.
Raya tahun lepas (2022) tgh sarat mengandung Khaleeda dan tahun ni (2023) pun tgh sarat dah masuk 37 minggu dah.so kiranya anytime from now lah.
Alhamdulillah rezeki tak diduga dari Allah buat abe joe n Faz.and ofcoz Cik Yam yg paling happy dpt 1 tahun 2 adik,” tulisnya.
Dia yang menikahi Fazeera pada Oktober 2021 turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada isteri tersayang di atas perjuangannya mengandung dan melahirkan cahaya mata mereka, Wan Khaleeda ketika masih belajar serta sedang bekerja.
Walau bagaimanapun, nota kaki yang ditinggalkan Fizo telah mendapat komen negatif daripada netizen yang beranggapan pelakon itu tidak peka dengan kondisi kesihatan isteri kerana seolah-olah mahukan seorang lagi anak pada tahun hadapan seperti dua tahun berturut-turut ini.
Ads
“Tahun depan raya bulan berapa ek, nak timing siap2,” tulisnya.
Gurauan yang dibuat pelakon drama Pengantin Satu Malam itu nyata kurang disenangi ramai dan berharap supaya dia dapat memberi rehat kepada isteri daripada hamil setiap tahun.
Setiap kali post dia mst akan seloroh utk produce anak lg dan lagi sedangkan si isteri tgh sarat.. dan busy dgn mcm2… seloroh pasal lain la pulak abe joe kesian isteri mcm x cakna kepenatan dan keadaan dia 2 tahun berturut lahirkan Kalau btul syg isteri bg rahim dia rehat sama 😂 at least 2thun je ….
Ads
skli pun ada bibik blh tlg urus ank tp dlmn isteri pn prlu di jaga especially rahim dia … nk bubuh hri pn bubuh je tp bg ada protection sma ksian isteri tu bljr lg bkerja lg nk jga ank2 lain nti kurang kasih syg mak nye
Mereka juga berharap agar Fizo dan Fazeera dapat membuat perancangan keluarga dengan baik kerana bimbang dengan kondisi diri.
Difahamkan, Fazeera akan bersalin anak kedua mereka tidak lama lagi selepas memiliki seorang cahaya mata, Wan Khaleeda. Fizo juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu dikenali sebagai Wan Maryam.
Sumber: Instagram Fizo Omar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Biarpun kehamilan ini merupakan idaman setiap wanita, namun wanita harus bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan semasa hamil. Suami pula, masa inilah kena bantu isteri untuk mengurangkan rasa mual atau alahan semasa hamil.
Sebenarnya bukan semua wanita bernasib baik dapat menjalani proses kehamilan dengan normal sehingga melahirkan. Disebabkan oleh pelbagai faktor, ibu yang hamil ada kalanya tidak dapat mengelakkan diri dari menghadapi kemungkinan menghadapi pelbagai komplikasi sepanjang kehamilan termasuk alahan atau morning sickness.
Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simpton-simpton seperti muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari.
Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Namun ada sesetengah wanita hamil mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.
Jika wanita hamil mengalami alahan dalam jangka masa pendek, ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Namun jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas.
Ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.
12 cadangan petua mengatasi alahan yang encik suami mesti tahu supaya dapat bantu isteri apa yang perlu buat dan sebagainya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Indeks jisim badan (BMI) adalah hasil bahagi berat individu dinyatakan dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter persegi (m2). BMI digunakan dalam perubatan untuk menunjukkan patologi dalam jisim badan manusia (Eknoyan, 2008).
Peratusan orang gemuk di negara-negara membangun telah meningkat 3 kali ganda dalam tempoh 20 tahun (Hossain et al., 2007). Terdapat 1.6 bilion orang yang berlebihan berat di seluruh dunia dan daripada itu 400 juta adalah obes. BMI biasanya berkait rapat dengan fungsi badan manusia.
Kelas BMI
Terdapat 6 Kelas BMI iaitu:
Hubungan antara BMI dan kesuburan
Kebanyakan wanita gemuk tidak subur; Walau bagaimanapun, obesiti dan kesan negatif kepada kesuburan tidak didokumenkan dengan baik. Wanita gemuk adalah tiga kali lebih cenderung untuk mengalami ketidaksuburan berbanding dengan wanita yang mempunyai berat badan normal (Rich-Edwards et al. 1994).
Wanita gemuk akan mengalami gangguan kesuburan dalam kitaran konsep semula jadi dan rawatan dibantu (Zaadstra et al. 1993, Crosignani et al. 1994). Mekanisma di mana kesannya yang dikenakan adalah lebih kontroversi. Obesiti memberi kesan terhadap kesuburan melalui ovulasi, penghasilan oosit, perkembangan embrio, perkembangan endometrium, implan dan keguguran. Wanita gemuk, terutamanya mereka yang obesiti, kurang berkemungkinan untuk hamil.
Wanita gemuk mengalami masalah dengan paksi hipotalamus,pituitary, ovari, gangguan kitaran haid dan tiga kali lebih cenderung untuk mengalami gangguan ovulasi. Obesiti menganggu keseimbangan hormon yang mengawal perkembangan folikel dan kematangan oosit. Leptin, hormon yang dihasilkan oleh sel lemak, tinggi pada wanita gemuk, dan telah dikaitkan dengan terjejasnya tahap kesuburan. Obesiti menjejaskan ovulasi, dan juga menjejaskan perkembangan endometrium dan menganggu implan (Brewer & Balen, 2010).
Kesedaran Awam
Obesiti adalah masalah kesihatan yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat moden. Kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan bilangan orang dewasa dengan masalah berat badan berlebihan meningkat daripada 16.6% (1.7juta) pada tahun 1996 kepada 27% (4.2juta) pada tahun 2003. Kajian pada tahun 2006 mengikut trend yang sama seperti orang dewasa yang berlebihan berat badan meningkat kepada 43.1%. Kaji selidik Kesihatan dan Morbiditi Kesihatan 2011 tealah menunjukkan 33.6% orang dewasa berumur 18 tahun ke atas mempunyai berat badan berlebihan dan 19.5% adalah obes. Semakin banyak orang dewasa dengan isu pengurusan berat badan menunjukkan kekurangan masyarakat kita dalam kesedaran kesihatan mereka.
Petunjuk
Kajian menunjukkan bahawa BMI dikaitkan dengan tahap lemak dalam badan. Orang dewasa dengan BMI lebih daripada 25 kg / m2 adalah berat badan berlebihan dan morbid obesiti apabila BMI lebih daripada 39.99 kg / m2. Orang gemuk biasanya mudah berasa letih, kurang bertenaga dan mempunyai lemak berlebihan di pinggang. Selain BMI, ukuran pinggang membantu untuk menyaring risiko kesihatan yang mungkin berlaku yang berkaitan dengan berat badan berlebihan dan obesiti di kalangan orang dewasa. Jika kebanyakan lemak di sekeliling pinggang dan bukan pinggul, terdapat peningkatan risiko penyakit jantung koronari dan diabetes jenis 2.
Epidemiologi & Kadar Kejayaan
Peningkatan kadar obesiti dalam kalangan wanita hamil adalah satu kebimbangan kesihatan awam yang ketara. Dalam kehamilan, peningkatkan BMI boleh menyebabkan pelbagai implikasi untuk penjagaan pranatal dan penyeliaan bersalin. Wanita obes yang hamil menghadapi risiko tinggi komplikasi kehamilan seperti praeklampsia, eklampsia, sebelum dan selepas bersalin, merangsang kelahiran, makrosomia, kadar peningkatan pembedahan caesarean, dan pendarahan selepas bersalin (Vellanki, 2012). Tinjauan mendapati kesan obesiti kepada hasil Rawatan bantuan kesuburan (ART) adalah tidak konsisten, walaupun reka bentuk kajian dan definisi obesiti adalah berubah-ubah.
Walau bagaimanapun, majoriti daripada kajian menunjukkan bahawa obesiti mempunyai kesan yang negatif ke atas Rawatan bantuan kesuburan (ART). Laporan menunjukkan, obesiti memberi kesan terhadap rangsangan ovari pada wanita menjalani rawatan. Kesan yang dilaporkan termasuk rangsangan berpanjangan ovari, peningkatan penggunaan dos gonadotrofin, kadar peningkatan folikel asynchrony dan kadar pembatalan kes meningkat (Mulders et al. 2003, van Swieten et al. 2005, Balen et al. 2006, Bellver et al. 2006, Maheshwari et al. 2007, Esinler et al. 2008).
Wanita gemuk menjalani Rawatan bantuan kesuburan (ART) mempunyai kadar kelahiran yang lebih rendah. Ia dikatakan bahawa ini adalah kesan kumulatif implan lebih rendah dan kadar kehamilan, kadar keguguran yang lebih tinggi dan peningkatan komplikasi obstetrik (Bellver et al. 2006). Walaupun beberapa penulis telah melaporkan kehamilan dan kadar kelahiran hidup pada wanita gemuk menjalani rawatan bantuan mengandung lebih rendah (Wang et al. 2000, Carrell et al. 2001, Loveland et al. 2001, Nichols et al. 2003, Fedorcsak et al. 2004, Bellver et al. 2010). Penurunan berat badan meningkatkan fungsi pembiakan dalam wanita gemuk dan obes (Clark et al. 1995, 1998, Hollmann et al. 1996, Crosignani et al. 2003, Tang et al. 2006). Kita harus berhati-hati untuk tidak menggalakkan diet pesat melampau dan akut diet kalori sangat rendah, kerana ini telah dikaitkan dengan hasil ART yang rendah (Tsagareli et al. 2006). Adalah lebih baik untuk pesakit mendapatkan BMI normal sebelum memulakan rawatan kesuburan. Sesungguhnya, garis panduan ini menyaran menangguhkan apa-apa rawatan sehingga BMI wanita <35 kg / m2, dan mencadangkan bahawa BMI <30 kg / m2 adalah lebih baik (Balen & Anderson 2007). Ringkasnya, obesiti telah dilihat menjejaskan kedua-dua konsep semula jadi dan dibantu.
Cadangan
Strategi aktif untuk mengawal berat badan dan nasihat gaya hidup yang diperlukan bagi pengurusan obesiti. Ia disyorkan bagi semua wanita gemuk yang merancang untuk hamil untuk mempunyai berat badan yang wajar, termasuk pemakanan sihat, senaman dan rujukan kepada pakar pemakanan di mana sesuai.
Kelahiran bayi baru pastinya menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan. Seperti juga pelakon Saharul Ridzwan dan isteri tercinta Qaabila Deena Amir yang menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Dalam hantaran terbaru sang suami di akaun Instagram miliknya, Pelakon Korban Kasih ini ada berkongsi perkembangan terkini aktiviti dia dan isteri.
Dalam entrinya itu, Saharul berkongsi beberapa surah pilihan yang mungkin menjadi amalannya. Menurut bintang yang mula dikenali sejak menjadi finalis Hero Remaja, apa yang dikongsikan itu adalah persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir.
“Persiapan sebenar menyambut anak yang bakal lahir. InShaaAllah,” kongsinya di Instagram.
Posting tersebut mendapat reaksi yang baik daripada peminat dan pengikutnya. Ramai yang turut berkongsi posting tersebut untuk kenalan dan pasangan masing-masing.
Selain itu, tak kurang juga ramai yang mendoakan agar urusan bersalin Deena Amir dipermudahkan.
Saharul dan Deena Amir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Muhammad Luth Ali yang kini sudah berusia 3 tahun lebih.
Dalam posting yang lain, dilihat Saharul dan Deena sudah tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata mereka yang kedua.
Deena Amir kini sedang sarat hamil anak kedua dan menunggu detik untuk melahirkan. Didoakan semoga urusan bersalin Deena dipermudahkan. Ibu dan bayi sihat dan selamat. Amin!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.