Menghargai insan tersayang ada banyak caranya. Bukan saja melalui kata-kata indah tetapi pemberian hadiah juga boleh membuatkan mereka merasa gembira. Tidak perlu tunggu tarikh istimewa, tetapi penghargaan boleh diberi pada bila-bila masa.
Buatlah kejutan dengan memberi insan tersayang hadiah mengikut minat mereka. Jika seorang suami mahu membelikan sesuatu untuk isterinya yang suka memasak misalnya, belilah peralatan dapur. Memang senyum sampai ke telinga lah si isteri! Begitu juga sekiranya suami sukakan sukan badminton, dia pasti menghargai jika dihadiahkan dengan raket.
Pilih Hadiah Yang Unik
Selain membelikan hadiah yang mengikut minat insan tersayang, sama ada pasangan atau anak-anak, anda boleh memilih hadiah yang unik. Ia akan meujudkan nilai sentimental dan membuatkan mereka sangat menghargai pemberian anda.
Banyak jenis hadiah yang boleh diberikan kepada orang-orang yang anda sayangi. Nilai tak menjadi ukuran yang penting ingatan dan penghargaan anda kepada mereka.
Kalau anda mahukan sesuatu yang berbeza untuk dihadiahkan kepada pasangan atau anak-anak, pilihlah Kayu Kayangan. Memang lain dari yang lain! Kayu Kayangan mengetengahkan seleksi barang kraftangan custom made yang diperbuat daripada kayu dan akrilik.
Ads
Berkualiti dan eksklusif kerana dibuat berdasarkan tempahan dan mengikut keinginan pelanggan! Perniagaan yang telah bermula sejak tahun 2016 ini semakin berkembang dan meluaskan seleksi hasil seni kraf yang semestinya memenuhi permintaan pelanggan.
Kayu Kayangan Ketengahkan Seni Kayu
Seni kraf adalah jenis hadiah istimewa dan unik. Ada banyak jenis seni kraf tetapi ciri istimewa yang ada pada Kayu Kayangan adalah penggunaan kayu untuk menghasilkan pelbagai jenis barang hiasan yang sangat cantik dan bermutu tinggi.
Pelbagai jenis barangan berasaskan kayu yang boleh dipilih untuk dihadiahkan kepada insan tersayang seperti rehal kayu, phone stand dengan ukiran nama, tabung ukiran kayu dan banyak lagi.
Ads
Bukan itu saja, anda boleh memilih untuk menghadiahkan docking station yang boleh diserikan dengan foto istimewa anda sekeluarga. Hebatnya!
Docking Station yang unik, boleh letak ukiran gambar keluarga!
Selain itu, Kayu Kayangan turut menerima tempahan seni kraf kayu untuk majlis persaraan mahupun acara korporat dengan harga yang berpatutan. Pilihan pun banyak, semuanya cantik-cantik!
Antara tempahan untuk majlis korporat, berkualiti!
Banyak Pilihan Hadiah
Ads
Uniknya seni kraf Kayu Kayangan kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan barangan yang tak pernah kita terbayang akan menjadi sesuatu yang istimewa. Sebagai contoh, bingkai gambar berserta ukiran ayat dari kayu.
Bingkai gambar yang sangat istimewa, sesuai dihadiahkan sempena majlis persaraan mahupun untuk insan tersayang
Bukan itu saja bahkan Kayu Kayangan boleh buatkan stand plaque yang boleh anda letakkan gambar serta ukiran nama. Memang cantik dan sesuatu yang unik untuk dihadiahkan kepada insan tersayang.
Stand plaque yang cantik, sesuai dijadikan dekorasi di rumah!
Untuk sesuatu yang lebih minimalis, anda boleh pilih bingkai yang menggunakan akrilik berserta hiasan ukiran nama berasaskan kayu. Sesuai dijadikan dekorasi ruangan dalam rumah atau pejabat.
Juga boleh abadikan kelahiran si manja tersayang dengan menempah birthday plaque beserta ukuran gambar. Betul-betul comel! Satu lagi dekorasi unik adalah wooden honeycomb puzzle yang akan membangkitkan seri dalam rumah.
Birthday Plaque yang pastinya menggamit memori kelahiran si manja tersayang!
Banyak sungguh pilihan hadiah atau dekorasi yang boleh anda pilih untuk insan tersayang di Kayu Kayangan. Untuk maklumat lanjut tentang Kayu Kayangan boleh layari laman Facebook Kayu Kayangan atau Instagram Kayu Kayangan. Juga boleh layari Shopee Kayu Kayangan
Wow!!! Jualan Gudang Pureen Kembali Lagi. Jualan gudang ini memang ramai yang menanti. Tidak seperti kebiasaannya, kali ini ia bakal diadakan di gudangnya di Summit Company (M) Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 19/1, Petaling Jaya, Selangor.
Jangan ketinggalan untuk membeli-belah kelengkapan bayi dan kanak-kanak di sana pada 7 Oktober dan 8 Oktober minggu ini dari jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang ya.
Nikmati tawaran istimewa, untuk barangan-barangan seperti pakaian bayi dan kanak-kanak; kelengkapan mandian bayi dan kanak-kanak; aksesori bayi dan sebagainya. Antara jenama yang ditawarkan ialah Pureen Basic, Pureen Pride ‘N’Joy dan banyak lagi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salam Shah Alam Specialist Hospital (SSASH) telah menganjurkan kelas antenatal pertama sejak kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.
Kelas antenatal SSASH selepas PKP diadakan pada hari Sabtu bersamaan 12 September 2020 bertempat di Plenary Hall, Shah Alam Convention Centre (SACC). Bagaimanapun oleh kerana kita masih berada dalam tempoh PKPP dan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, maka kelas antenatal yang dianjurkan juga tidak terlepas daripada mematuhi SOP dengan pemakaian pelitup muka, penggunaan hand sanitizer dan pengambilan suhu badan setiap peserta yang hadir.
Mungkin disebabkan banyak hospital telah menangguhkan kelas antenatal anjuran mereka maka kelas antenatal SSASH ini telah mendapat sambutan dan dihadiri oleh 30 pasangan bakal ibu bapa di sekitar Shah Alam, Puchong, Klang, Putrajaya bahkan ada yang datang dari luar daerah termasuk Melaka dan Seremban.
Pasangan bakal ibu bapa yang hadir ke kelas antenatal ini kelihatan teruja untuk menimba ilmu memandangkan majoriti mereka sedang menanti kelahiran anak pertama. Jadi sudah tentu peluang menghadiri kelas antenatal yang menyediakan pelbagai ilmu dan persediaan sebelum kelahiran bayi diharap dapat membantu mereka menguruskan bayi kelak.
Program kelas antenatal yang bermula seawal pukul 9 pagi dimulakan dengan slot oleh Pegawai Dietetik SSASH yang berkongsi tajuk Pemakanan Optimum Semasa Hamil & Menyusu.
Selepas berhenti rehat untuk minum pagi, ia disambung pula oleh Jururawat Kebidanan yang menunjukkan Teknik Penyusuan Badan & Penjagaan Bayi. Ia sememangnya slot paling dinantikan oleh para bakal ibu yang berharap ia dapat jadi bekalan untuk mereka menyusu dan menguruskan bayi selepas dilahirkan nanti. Sesi seterusnya pula dikelolakan oleh Doktor Pakar Kanak-Kanak yang mengupas tajuk penting bayi baharu lahir iaitu masalah Jaundis dan Imunisasi.
Selepas berhenti makan tengah hari, tajuk yang paling penting bagi setiap ibu hamil adalah Kehamilan dan Kelahiran yang dikongsikan oleh Doktor Pakar Sakit Puan & Perbidanan. Pelbagai kupasan tentang persediaan untuk melahirkan bayi disampaikan oleh doktor. Ia sedikit sebanyak memberikan info kepada bakal ibu yang kebanyakannya sudah memasuki trimester ke-3 kehamilan dan tidak berapa lama sahaja lagi akan melalui proses melahirkan anak.
Pa&Ma turut hadir membuka kaunter pendaftaran ahli Pa&Ma Moms To Be 2.0. Dengan menyertai komuniti ini, para bakal ibu akan dimasukkan di dalam grup telegram Pa&Ma Moms To Be yang akan berkongsi pelbagai info, artikel, peraduan dan berpeluang menang hadiah cabutan bertuah. Sebagai penghargaan kepada bakal ibu yang mendaftar pada hari tersebut, Pa&Ma menghadiahkan mereka sehelai bedung bayi setiap seorang sebagai kegunaan anak yang akan dilahirkan kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai tawaran terbaru kepada LEGOLAND Malaysia Resort, SEA LIFE Malaysia menjanjikan pengalaman menarik dan jarak dekat kehidupan laut dan habitatnya.
Akuarium bertema LEGO interaktif pertama ini dibuka May lalu, mempunyai 25 akuarium pameran, 11 zon habitat, 13 ribu hidupan laut dari 120 spesis.
Ia juga mempunyai terowong 180 darjah merentasi Ocean Tank, akuarium terbesar dalam SEA LIFE Malaysia. Pengunjung boleh melihat spesis ikan yu, pari dan hidupan laut lain yang memenuhi tangki besar 385,000 liter.
Hari ini LEGOLAND Malaysia menerima sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Program Pendidikan SEA LIFE. Majlis perasmian program dibuat oleh Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan, Dato Dr. Mohd Gazali Abas.
Program pendidikan SEA LIFE ini bertujuan mendidik dan memberi informasi luar kelas tentang topik saintifik dan hidupan laut dengan cara interaktif dan menarik.
“Pendidikan sentiasa menjadi tunjang utama tentang apa yang kami buat di sini. Dengan DNA LEGO iaitu membina kreativiti menerusi permainan, Program Pendidikan SEA LIFE ini meneruskan komitmen LEGOLAND untuk mendidik anak-anak tentang pemuliharaan alam dan tempat terbaik untuk anak-anak menikmati aktiviti luar” kata Thila Munusamy, Pengarah Jualan dan Pemasaran LEGOLAND Malaysia Resort.
“Dengan sokongan Kementerian Pendidikan, ia memberi peluang untuk kami menyediakan program pendidikan bersesuaian dengan kurikulum sekolah dan menawarkan tempat untuk pendidikan luar sekolah buat semua sekolah seluruh Malaysia,” tambahnya.
Pada masa yang sama, sebagai sebahagian program pendidikan dan CSR, LEGOLAND Malaysia turut menyediakan 10,000 tiket percuma untuk guru dan pelajar dari sekolah luar bandar.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.