Meraikan hari bahagia yang tersayang merupakan momen yang indah bukan hanya buat yang diraikan malah diri sendiri turut terasa puas dapat menjayakan hari bahagia tersebut.
Namun tak lengkap rasanya di hari yang bahagia tanpa dekorasi yang cantik! Ada pelbagai pilihan servis yang menawarkan dekorasi namun anda perlu pandai memilih agar hasilnya juga seperti yang diimpikan.
Salah satu yang menawarkan servis dekorasi majlis antaranya Sentuhan by Ekaa Shamsudin. Menjengah ke laman sosial Sentuhan by ES pasti membuatkan anda rambang mata melihat pelbagai dekorasi majlis yang sangat cantik dan mewah. Memang terasa ‘vibe’ happening majlis yang bakal di sambutkan?
Melihat hasil ‘air tangan’ dekorasi majlis ini pasti membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana pemilik perniagaan ini memulakan perniagaan dekorasi ini? Bermula dari melihat dekorasi yang dibuat ketika bekerja di hotel, Puan Nurshafiqah Shamsudin mula jatuh hati pada kerjaya ini dan mengambil keputusan untuk membuat sendiri dengan menubuhkan perniagaan Sentuhan by ES pada tahun 2016.
Ads
PERLU KREATIF UNTUK HASIL YANG CANTIK
Ibu kepada 2 cahaya mata ini mengakui mempunyai minat dalam seni kreatif menjadikan dirinya lebih mudah untuk berkarya dan mendapat idea setiap kali menghias atau membuatkan design untuk photo booth serta pentas majlis. Malah ‘lady boss’ ini tidak hanya berimaginasi mencari ilham tetapi turut bertungkus-lumus menimba ilmu dan mencari rujukan hiasan di laman sesawang.
“Sebagai seorang decorator kita kena ada seni and creativity. Jadi bila pelanggan minta sesuatu tema kita boleh terus imagine apa yang cantik and apa yang tidak. Dalam masa yang sama boleh saya sentiasa mencari rujukan melalui aplikasi Pinterest untuk mendapatkan lebih banyak idea dalam mengdekorasi tempat”
Ads
SERVIS MENGIKUT KEHENDAK PELANGGAN
Sentuhan by ES yang telah bertapak selama 7 tahun dalam perniagaan dekorasi ini menawarkan pelbagai servis antaranya; Dekorasi, Majlis Sambutan Hari Jadi, Majlis Makan Malam Tahunan, Majlis Pelancaran Produk, Majlis Perkahwinan serta Katering.
Ads
Perkhidmatan yang ditawarkan bermula dari harga serendah RM599 dan pelanggan diberi kebebasan untuk memilih sendiri tema yang menjadi pilihan namun Sentuhan by ES tetap akan memberi konsultasi serta idea dan membuat design bagi membantu pelanggan dalam membuat pilihan.
IMPIAN BINA EMPIRE BESAR
Mempunyai azam yang besar, pemilik Sentuhan by ES berharap agar lebih ramai yang mengenali Sentuhan by ES dan mampu membina empire yang besar suatu hari nanti
“Perancangan kita untuk tahun-tahun seterusnya ialah kita nak nama sentuhan by ES dikenali ramai dan mampu membina event team yang besar”
Bagi yang berminat untuk mendapatkan sentuhan magis di hari istimewa yang tersayang boleh dapatkan dari Sentuhan by ES menerusi laman facebook dan instagram sentuhan.es
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak bagi anak ke tak? Soalan ni selalu bermain-main di fikiran mama papa kan? Nak bagi anak risau berlebihan, tak diberi pula memang ia dah menjadi sesuatu yang normal dalam kalangan kanak-kanak. Malahan ada juga yang dah beri anak tengok gajet seawal usia anak masih bayi (dengan tujuan pendedahan kepada pelajaran).
Sebenarnya mama papa boleh gunakan gajet untuk mengajar anak, tetapi tetap perlu dipantau. Penggunaan gajet tanpa kawalan itulah yang boleh menjejaskan kelakuan dan perangai anak. Hal ni mungkin disebabkan mereka terpengaruh dengan bahan tontonan yang tidak sesuai.
Antara perkara yang paling mama papa risaukan bila anak terlalu banyak terdedah dengan gajet adalah:
Apabila terlalu banyak masa dihabiskan dengan gajet, ia boleh memberi kesan seperti lewat pertuturan, pembelajaran terganggu, gangguan tidur, kurang kemahiran sosial serta mempunyai masalah dengan keupayaan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Macam Mana Nak Elak Asyik Melekat Dengan Gajet?
Mama papa boleh lakukan beberapa perkara untuk memastikan anak-anak tidak terlalu asyik dengan gajet. Yang penting pemantauan mama papa, kena selalu ada dan lihat apa jenis kandungan yang jadi pilihan anak-anak.
Untuk pastikan anak tidak mengalami ketagihan gajet mama papa kena hadkan masa penggunaan. Kalau waktu makan, tumpukan sepenuhnya kepada makanan. Jangan sesekali biarkan anak guna gajet di meja makan.
Selain itu, mama papa duduklah sekali dengan anak untuk lihat jenis kandungan yang menjadi pilihan mereka. Elakkan memberi kebebasan sepenuhnya kepada anak untuk menonton apa saja video atau ‘game’ di gajet. Risau mereka terpengaruh!
Boleh cari aktiviti lain untuk alihkan perhatian anak dari gajet. Ajaklah mereka buat aktiviti menarik seperti berbasikal, bermain di taman dan sebagainya supaya mereka takkan teringat nak bermain dengan gajet. Yang penting, mama papa kena main sekali dengan anak barulah mereka rasa seronok!
Siapa Kata Tak Boleh Main Gajet?
Sebenarnya gajet juga dapat membantu anak-anak untuk belajar secara interaktif dan menarik. Penggunaan gajet ni dapat menarik minta mereka untuk belajar sambil bermain. Mama papa kena cari gajet yang terbaik untuk anak serta mesra pengguna supaya mereka rasa seronok untuk ‘explore’ gajet yang mama papa hadiahkan.
Pilihlah Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition!
Kalau mama papa masih tercari-cari gajet terbaik untuk anak, pilihlah Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition. Memang syok lah anak! Kebaikan tablet ini adalah:
Boleh didapati melalui aplikasi Samsung Kids, mama papa boleh pantau jenis kandungan yang sesuai untuk anak. Selain itu, Mama papa boleh tetapkan had masa skrin dan mengawal akses ke kandungan tertentu dan nombor pin hanya diketahui oleh mama papa.
Mudah sebab mama papa dah ambil masa untuk kawal akses ke kandungan tertentu, jadi bila guna Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition, tak perlulah risau untuk kawal tempoh masa untuk ‘screen time’ pula!
Pelbagai aplikasi pembelajaran menyeronokkan yang boleh didapati di aplikasi Samsung Kids untuk mengembangkan Kemahiran tertentu anak-anak. Mama papa boleh muat turun aplikasi mengikut umur dan keperluan perkembangan mereka.
Samsung Galaxy Tab A9 Kids Edition ini sangat ringan dan bersaiz kecil jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran. Ia juga didatangkan dengan pelbagai edisi terhad seperti rekaan stail krayon, ‘case’ tebal dan lembut serta pelekat istimewa untuk kanak-kanak. Memang anak suka lah ni!
Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang bekerja tanpa penat demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu KUMON bagi anugerah Pusat Pembelajaran Berprestasi Tinggi Matematik & Bahasa Inggeris 2025.
Di Sebalik Kaedah KUMON: Kisah Seorang Ayah Memahami Anaknya
KUMON bermula dengan cerita yang sangat sederhana tetapi penuh makna. Pengasasnya, Toru Kumon, seorang guru Matematik di Jepun, mencipta lembaran kerja khas untuk membantu anaknya memahami asas matematik secara langkah demi langkah. Dari situ lahirlah falsafah KUMON yang kini digunakan di seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Falsafah yang dibawa beliau cukup jelas:
Visi KUMON Malaysia: Membangunkan Potensi Setiap Anak, Satu Lembaran Kerja Pada Satu Masa
KUMON percaya setiap anak menyimpan potensi besar dan ia hanya memerlukan peluang untuk bersinar. Visi KUMON adalah melahirkan pelajar yang berdikari, yakin dan berdaya tahan, dengan asas akademik kukuh serta minda yang optimis.
Dalam operasi harian, falsafah ini diterjemahkan dengan penuh disiplin:
Dalam Kelas
Instruktor memantau pelajar melalui pemerhatian, rekod kemajuan dan ujian diagnostik. Suasana kelas dibuat supaya anak fokus dan berani mencuba dahulu sebelum bertanya.
Modul Pembelajaran
Modul Matematik & English disusun secara kecil dan progresif supaya anak tak rasa terbeban. Latihan harian membina fokus, ketekunan dan tabiat belajar yang konsisten.
Pendekatan Peribadi Kepada Setiap Pelajar Setiap anak bermula pada tahap mereka sendiri, bukan mengikut umur atau darjah. Instruktor pula sentiasa memberi sasaran realistik dan motivasi supaya anak terus maju mengikut ritma mereka.
30 Tahun di Malaysia, Bermula Dari Shah Alam ke 212 Pusat Seluruh Negara
KUMON Malaysia bermula pada tahun 1995. Ketika itu, ‘program pembelajaran kendiri selepas sekolah’ masih asing bagi kebanyakan keluarga Malaysia. Namun, sejak pusat pertama dibuka di Shah Alam, kepercayaan semakin bertambah.
Hari ini, KUMON memasuki tahun ke 30 dengan lebih 42,000 pelajar dan 212 pusat seluruh negara. Mereka juga menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Pusat Pengayaan Matematik Terbesar dan Pusat Pengayaan Bahasa Inggeris Terbesar di Malaysia pada tahun 2025.
Apakah Rahsia KUMON Terus Berkembang?
Ibu bapa memilih KUMON bukan semata kerana akademik, tetapi kerana transformasi karakter yang dibentuk melalui rutin dan disiplin. Kaedah “just-right level” yang mengikut kemampuan anak menjadi tarikan utama. Kanak-kanak yang cepat boleh pergi lebih jauh, manakala yang perlahan diberi asas kukuh tanpa tekanan.
Pada tahun 2023, pelancaran KUMON CONNECT, platform pembelajaran digital berasaskan tablet, menjadikan kaedah ini lebih fleksibel. Anak-anak belajar di mana saja, manakala instruktur memantau hampir secara real time. Ia membuka ruang pembelajaran yang lebih konsisten dan mesra ibu bapa.
Pasukan Pengajar Lebih 200 Instruktur, Lebih 400 Pembantu, Satu Tekad Sama
Di Malaysia, lebih 200 Instruktur Kumon dan 400 pembantu terlatih memastikan setiap anak mendapat perhatian yang tepat. Sebelum seseorang merancang untuk membuka pusat KUMON, mereka perlu mengikuti 3 minggu latihan intensif merangkumi metodologi, bahan pembelajaran, penilaian, komunikasi dengan ibu bapa dan pengurusan pusat.
Selepas itu, sokongan berterusan diberikan melalui seminar nasional, sesi belajar berkumpulan dan persidangan. Inilah sebab KUMON mampu mengekalkan standard global kerana setiap instruktur tahu mereka sedang membentuk masa depan seseorang anak.
Cabaran Awal Meyakinkan Ibu Bapa Tentang Pembelajaran Kendiri
Ketika KUMON masuk ke Malaysia pada 1995, cabaran terbesar bukanlah pembinaan pusat tetapi pembinaan kepercayaan. Pada masa itu, ramai ibu bapa lebih biasa dengan tuisyen tradisional. Namun falsafah ‘setiap anak boleh berkembang pada kadar sendiri’ mula mendapat tempat.
Ramai ibu bapa mula sedar bahawa pembelajaran kendiri membina lebih daripada markah tetapi ia membantu untuk membina watak, ketekunan dan kebolehan anak mengurus masa.
Pencapaian dan Kisah Pelajar yang Menyentuh Hati
Antara pencapaian terbesar KUMON Malaysia ialah rekod nasional sebagai pusat pengayaan Matematik dan Bahasa Inggeris terbesar di negara ini tetapi lebih besar daripada pengiktirafan ialah kisah pelajar-pelajarnya sendiri.
Kisah Nur Khayra Delisyaa, 11 tahun:
“Kumon ajar saya jadi lebih berdisiplin dan yakin. Saya buat worksheet setiap hari lepas sekolah. Bila saya berjaya habiskan tahap yang susah, saya rasa macam menang besar. Tahun 2025 saya masuk Pertandingan Penulisan Esei Komanwel Antarabangsa. Pengajar Kumon saya banyak bantu saya percaya pada diri sendiri.”
Program seperti Advanced Student Forum (ASF) dan English Talk Show pula menjadi platform anak-anak berkongsi kejayaan dan inspirasi, malah kadang-kadang tokoh seperti Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar hadir memberi semangat.
Masa Depan KUMON – Lebih Digital, Lebih Fleksibel, Lebih Terbuka Untuk Semua
Dalam lima tahun akan datang, inisiatif terbesar KUMON Malaysia ialah memperkasa KUMON CONNECT sebagai usaha digitalisasi yang membuat pembelajaran lebih fleksibel.
Berikut ialah gambaran ringkas ciri dan manfaatnya:
Harapan KUMON Untuk Anak-Anak Malaysia
KUMON melihat masa depan yang cerah masa depan di mana setiap anak Malaysia mampu belajar sendiri, yakin dan tidak mudah putus asa. Di mana ibu bapa, sekolah dan komuniti sama-sama menjadi pasukan sokongan untuk membina generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang karakter. KUMON percaya apabila seorang anak tahu bagaimana untuk belajar, dia sedang belajar bagaimana untuk hidup.
Tahniah sekali lagi buat KUMON yang telah terpilih sebagai Top Educator Pa&Ma 2025 dengan anugerah Pusat Pembelajaran Berprestasi Tinggi Matematik & Bahasa Inggeris!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam keadaan sekarang, terlalu banyak jangkitan virus dan kuman yang menjejaskan kesihatan seisi keluarga. Oleh itu, penjagaan kebersihan sangat penting bagi memastikan kesihatan kita sentiasa berada di tahap terbaik. Bukan sahaja perlu sentiasa menjaga kebersihan diri seperti kerap mandi dan mencuci tangan tetapi TANDAS juga!
Tak ramai yang memandang serius tentang kepentingan membersihkan tandas sedangkan di situ jugalah paling mudah pembiakan bakteria berlaku.
Coway Malaysia Lancar BATERI BIDET
Bercerita tentang penggunaan tandas serta kepentingan menjaga kebersihannya, Coway Malaysia yang merupakan syarikat pakar penjagaan air, udara dan kesejahteraan ini juga telah melancarkan satu lagi hasil ciptaan serba canggih dengan memperkenalkan BATERI BIDET, alat pemancut air untuk membersihkan punggung dan bahagian sulit kita selepas membuang air.
BATERI BIDET Sasarkan Pembersihan Tandas Yang Sempurna & Mudah
Dengan teknologi pintar BATERI BIDET Coway, urusan membersihkan diri kini lebih menyenangkan dengan penyelesaian yang bersih dan mudah digunakan ini. Menurut Kyle Choi, Pengarah Urusan Coway Malaysia, selari dengan usaha masyarakat Malaysia untuk mengurangkan penggunaan kertas dalam kehidupan seharian, seharusnya ia perlu diterapkan dalam amalan penggunaan tandas juga.
“Pemancut air BATERI BIDET menyasarkan pembersihan sempurna lagi mudah, sambil mengurangkan pengunaan air daripada cara pembersihan biasa, seperti alat pancutan air pegangan tangan. Tambahan pula, bidet tidak menyebabkan percikan air merata-rata lantai, mencegah lantai tandas basah dan mengurangkan kecederaan akibat tergelincir dan jatuh. Kes seperti ini sebenarnya menimpa satu daripada setiap tujuh rakyat Malaysia,” tambah Kyle lagi.
Banyak Manfaat Yang Menyokong Kesihatan Pengguna
Bidet juga menawarkan manfaat khusus lain yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan. Penggunaan bidet telah didapati mencegah dan menambah baik pengurusan jangkitan pundi kencing, buasir dan kebersihan semasa haid wanita, di samping menjaga kesihatan prostat dalam kalangan lelaki.
Kawalan pintar bidet boleh menjanjikan pengalaman membersihkan diri yang memudahkan orang kurang upaya, warga emas, wanita hamil dan pesakit selepas pembedahan. Sementara itu, bidet juga didapati mencegah dan menangani pelbagai masalah seperti sembelit dan jangkitan saluran kencing.
Di tandas awam pejabat atau pusat membeli-belah khas untuk kegunaan orang ramai, bidet dengan fungsi pembersihan diri sudah tentu membantu meningkatkan tahap kebersihan keseluruhan.
Praktikal & Mudah Guna
BATERI BIDET Coway yang mesra pengguna menawarkan pelbagai ciri praktikal. Fungsi pembersihan diri bidet membolehkannya dicuci secara automatik sebelum dan selepas digunakan untuk menjamin tahap kebersihan yang lebih tinggi. Panel satu sentuhan menawarkan kawalan mudah dan serba guna bagi beberapa posisi pembersihan, dua kawalan tekanan air dan empat penetapan arah air. Dikendalikan sepenuhnya dengan bateri, bidet ini boleh dipasang atas tandas anda tanpa soket dinding.
Sementara itu, sensor tempat duduk membolehkan bidet untuk diaktifkan hanya apabila berat duduk manusia dikesan, mengelakkan percikan air tidak sengaja, terutamanya anak-anak kecil yang suka menekan setiap butang dan suis di rumah. Reka bentuk nipis dan fungsi BATERI BIDET Coway juga menjimatkan ruang dan menambah keanggunannya.
Tambahan lagi, pengguna akan mendapat manfaat tambahan perkhidmatan penyelenggaraan BATERI BIDET sekali setiap empat bulan, di mana pemancut bidet dibersihkan setiap kali penyelenggaraan untuk meningkatkan tahap kebersihan.
Hanya RM49 Sebulan, Berbaloi!
BATERI BIDET Coway sedia menjadi alat berguna di rumah anda menerusi skim penyewaan termampu hanya pada RM49 sebulan dan disediakan bersama perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk tempoh lima tahun. Di samping itu, anda juga boleh membeli secara langsung pada harga RM1,390, yang termasuk perkhidmatan penyelenggaraan percuma untuk satu tahun.
Berita baik buat anda! Dengan pembelian mana-mana produk Coway, pembayaran untuk BATERI BIDET akan bermula pada bulan keempat pemasangan. Hebat kan? Tiga bulan penggunaan BATERI BIDET secara percuma, dengan syarat ada pembelian produk Coway yang lain.
Tandas Kekal Bersih, BATERI BIDET Satu Keperluan!
Sememangnya penggunaan BATERI BIDET ini dapat membantu untuk mengurangkan risiko kemalangan dalam tandas. Bukan itu saja, ia dapat mengekalkan kebersihan dalam tandas. Bukan saja mudah digunakan, bidet juga akan dibersihkan secara automatik. Terbaik!
Rekaan minimalis penuh gaya, BATERI BIDET sememangnya satu keperluan dalam setiap rumah!
Oleh itu, rakyat Malaysia kini boleh menikmati pengalaman pembersihan sempurna lagi mudah dengan BATERI BIDET Coway! Untuk maklumat lanjut mengenai Coway dan produk pemenang anugerahnya, sila layari www.coway.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!