Anak sedang membesar antara momen yang paling berharga buat seorang ibu. Pelakon jelita, Che Puan Juliana Evans mengakui hidupnya kini cukup gembira melalui fasa kehidupan sebagai seorang ibu.
Lagi-lagi bila anaknya, Tengku Kamiliah Shariffudin yang kini sudah pun berusia 1 tahun 4 bulan semakin aktif setiap hari.
Kata ibu cantik ini lagi menerusi Astro Gempak, setiap hari adalah hari yang menggembirakan baginya dan karaktor Kamiliah sentiasa membuatkan ibu muda ini kagum.
“Kamiliah sangat aktif, hari-hari dia tak henti membuat saya kagum dengan apa yang dipelajarinya.
“Lagi-lagi sekarang dia sudah mula bercakap dan lari sana sini. Saya sangat sukakan fasa kehidupan sebagai seorang ibu sekarang ini,” katanya lagi.
Ads
Ibu berdarah campuran ini juga mengakui dia kini cukup bahagia dengan kehidupannya sebagai isteri dan ibu kepada anaknya. Pada masa yang sama juga katanya, kerjayanya berjalan lancar.
“Saya sudah bergelar ibu dan bahagia dengan perkahwinan dan anak saya, pada masa yang sama kerjaya saya juga berjalan dengan lancar.
Ads
” Alhamdulillah semuanya teratur dengan baik dan saya tidak terkejar-kejar berbanding zaman bujang saya dulu,” katanya lagi.
Ads
Terdahulu, Juliana mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Tengku Shariffudin pada April 2017, Pasangan ini kini dikurniakan seorang cahaya mata, Tengku Kamiliah yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.
Bila di rumah dialah paling nakal, paling kuat menyakat, tapi bila dikalangan kawan-kawan, guru dan orang luar anak jadi pendiam, menyendiri dan takut untuk bersuara. Apakah ada antara anak-anak kita yang bersikap begini?
Apa yang dinyatakan di atas adalah ciri-ciri anak-anak yang mungkin alami kurang keyakinan diri. Namun menurut Puan Wawa Shauqi sikap pendiam itu tidak semestinya menunjukkan anak anda kurang yakin dengan diri sendiri, malah mengikut pemahamannya menerusi pembacaan dari buku yang ditulis oleh Sarah Ockwell Smith, seorang penulis buku keibubapaan terkenal dari Britain.
Ikuti perkongsian Puan Wawa Shauqi apakah perkara lain yang menunjukkan sikap kurang yakin diri anak.
Percaya tak, salah satu sebab tingkah laku negatif anak adalah sebab masalah confidence?
Itu yang ditulis oleh Sarah Ockwell Smith dalam buku beliau.
Saya ingatkan, anak yang kurang confident ni pendiam. Tapi tak semestinya. Semua bergantung pada personaliti anak.
Menurut Sarah,
🤗 Anak-anak yang kuat merajuk boleh jadi kerana mereka rasa kurang selamat dan perlukan perhatian mak ayah.
🤗 Ada anak-anak yang mengekspresikan rasa terancam melalui tingkah laku ganas.
🤗 Ada anak yang membuli untuk membuat diri rasa lebih baik.
🤗 Ada anak yang mencarut, untuk menutup perasaan mereka yang mudah tersinggung.
🤗 Ada anak yang menipu kerana mereka takut kesan buruk yang bakal mereka terima bila mak ayah tau perkara yang sebenar.
Antara resepi utama anak yang tinggi keyakinan diri adalah hubungan dengan mak ayah. Dan bagaimana mak ayah beri respon terhadap tingkah laku anak.
Kesemua tingkah laku insecure tu datang dari cara kita respon terhadap perangai mereka.
Kalau kita sering
😢menidakkan perasaan anak,
😥merendah-rendahkan mereka,
😥banyak highlight kesalahan berbanding nampak kebaikan
😥dan kurang mesra dengan mereka, rasa gelisah dan insecure anak akan bertambah.
💪💪Lets built confidence in our kids.
“Self-confidence is the foundation of all great success and achievement.” – Brian Tracy.
Tanpa keyakinan diri, lebih sukar jalan anak untuk pergi lebih jauh. Kita dah lalui kan fasa tu? Hopefully kita tak warisi masalah confidence ni pada anak.
Nak beli barangan rumah secara online, klik di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang membesarkan anak, ada perkara-perkara yang selalunya ibu bapa terlepas pandang sehingga kita tak perasan ia juga doa yang ‘tak disengajakan’.
Selalunya ibu bapa akan berkata, rasanya apa anak nak semua dah bagi tapi kenapa degil dan sikapnya tak seperti yang diharapkan. Ingat dalam berbicara dan setiap yang keluar dari mulut ibu bapa itu dianggap doa.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Noraliza Alwi, bab besarkan anak; Ada 10 “Bahasa Dosa Dalam Berbicara”, menurut Dr. Azlina Roszy Mohamad Ghaffar Pakar Psikologi Klinikal, Hospital Pakar An-Nur.
Penyebab Anak Degil Dan Bermasalah Yang Perlu Dielakkan Ketika Bercakap Dengan Anak.
#1 Bahasa Melaknat
Contohnya, sumpah, maki hamun, menggunakan perkataan yang buruk.
Anak yang ditengking dan dimaki cenderung sama ada menjadi seorang yang keras jiwanya dan rebellious ataupun seorang yang kurang keyakinan diri.
#2 Bahasa Menyindir (Sarcasm)
Contoh ayat; “
“Asyik-asyik mintak duit je”
Kamu ingat ayah ni kerja cop duit?”
“Kan dah jatuh. Mata letak kat mana, kat lutut?”
Bahasa sebegini sangat merobek emosi. Hakikatnya, anak-anak tak faham bahasa sindiran. Lebih baik berterus-terang dan gunakan ayat yang direct namun tidak mengguris.
#3 Bahasa Berdusta/Menipu
Contoh ayat;
“Jangan nangis ya, nanti ibu belikan aiskrim.” (Tapi akhirnya tak beli pun, cuma untuk memujuk supaya diam)
“Jangan nakal-nakal, nanti polis tangkap.” “Jangan main kat situ, ada hantu.”
Ayat-ayat di atas biasa diucapkan untuk diamkan anak pada masa itu. Namun kesan panjangnya masuk dalam kepala hati anak, dan boleh membentuk emosi negatif pula.
Terbaiknya usahlah berbohong kepada anak. Ia akan menghilangkan kepercayaan anak pada ibu bapa dan akhirnya meniru perbuatan tersebut.
#4 Bahasa Menemplak
Contohnya, “Padan muka.” “Tu lah, tak nak dengar cakap ibu. Kan dah luka. Lain kali buatlah lagi.”
Anak-anak tak dapat belajar apa-apa daripada ayat yang memancing emosi sebegini. Sepatutnya, beritahu saja apa kesilapan tersebut dan nasihatkan supaya tak mengulanginya.
#5 Bahasa Membandingkan
Contoh ayatnya;
“Cuba kamu tengok abang, rajin tolong ibu di rumah. Tak macam kamu ni, asyik nak main je.”
“Kenapalah kamu ni tak pandai macam adik. Asyik dapat nombor corot je.”
Perbuatan melebihkan anak-anak tertentu (favoritism @ pilih kasih) hanya akan menjadikan anak-anak lain rasa rendah diri, tidak disayangi dan depressed.
Hubungan antara anak-anak juga akan retak dan dalam banyak keadaan, sibling rivalry akan berterusan sekalipun setelah dewasa dan beranak-pinak.
#6 Bahasa Mengkritik/Membebel
Yang ni mungkin ramai ibu biasa buat, tapi ianya memang tak bagus untuk anak sebab tiada siapa suka dileteri.
Kalau nak berikan arahan ataupun menegur, gunakan ayat yang ringkas janji mereka faham. Fokus pada kebaikan yang mereka buat. Hakikatnya, anak yang sentiasa dikritik takkan maju ke depan, malah akan hilang keyakinan diri mereka.
#7 Bahasa Mengungkit
Contohnya, “Kenapa result teruk macam ni? Buat penat je ayah/ibu hantar pergi tuisyen, belikan buku dan macam-macam. Tapi tak pandai-pandai juga.”
Kuncinya, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar dalam mendidik anak-anak.
#8 Bahasa Mengugut
Contohnya, “Kalau lepas main tak nak kemas, ayah/ibu buang semua mainan.” “Kalau tak berhenti menangis, ayah/ibu tinggal.” “Kalau tak nak dengar cakap, ayah/ibu pukul.”
Jangan ugut atau menakut-nakutkan anak. Anak-anak memang perlu diajar tentang akibat sesuatu perbuatan, tapi bukan dengan mengugut. Sebab itu, ibu bapa perlu tetapkan peraturan untuk terapkan disiplin.
#9 Bahasa Menuduh
Contohnya “Macam mana barang boleh hilang? Ni mesti tadi kamu cuai masa main sampai tercicir.” “Kenapa adik menangis ni? Abang/kakak buat ya?”
Sebaiknya siasat dulu untuk tahu keadaan sebenar dan berikan anak peluang untuk menerangkan hingga habis.
Itu memberikan mereka keyakinan dan keberanian untuk berterus-terang dan mengaku kesalahan (jika bersalah) dengan jujur.
#10 Bahasa Bisu (Silent Treatment)
Dengan mendiamkan diri tak akan membantu anak untuk membetulkan kesalahan mereka. Bahkan akan membuatkan mereka rasa lebih tidak disayangi serta menjauhkan diri.
Parenting sememangnya sangat mencabar dan memerlukan kekuatan mental emosi yang tinggi. Ia juga satu perjuangan yang panjang dan melelahkan.
Tapi tiada yang lebih manis apabila anak yang kita didik dan asuh itu membesar menjadi manusia yang baik dan bermanfaat kepada orang lain, serta menjadi pemimpin kepada lingkungan masing-masing.
Sama-samalah kita perbaiki yang salah. InsyaAllah ❤️
Perkembangan anak-anak kita memang tak sama! Malah anak sulung dengan anak seterusnya pun berbeza perkembangannya, inikan pula dengan anak orang lain. Hakikatnya setiap anak mempunyai cara, kemahiran dan perkembangan dirinya sendiri. Beri anak-anak masa dan jangan bandingkan.
Suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari Datuk Sri Abdul Khani berkongsi informasi mengenai masalah perkembangan anak lambat atau development delay. Katanya, ada sebab mengapa seseorang anak itu lambat perkembangannya. Paling penting beri anak masa dan jangan bandingnya dengan anak-anak yang lain.
DEVELOPMENTAL DELAY
Perkembangan (development) adalah pemerolehan skill dan kebolehan secara progresif dan mengikut urutan semasa kanak-kanak membesar. Ni skil/kebolehan seperti nak start meniarap sendiri, nak merangkak dan nak berjalan macam tu la ?
Perkembangan ni dipengaruhi oleh faktor genetik, neurologikal, fizikal, persekitaran, dan emosi.
Ibu bapa mesti ada pengalaman jumpa orang pastu orang tu dok compare pulak dengan anak dia dengan anak kita. Cakap anak dia tu cepat merangkak/berjalan la berbanding anak kita. Sabau jela kan.?
Sebenarnya perkembangan setiap anak ni berbeza-beza ye. Tak sama semuanya. Bergantung kepada faktor yang saya sebut di atas.
Ada anak yang lambat start berjalan sebab memang dalam family dia lambat. Abang kakak dia tu pun lambat berjalan.
Ada anak yang masa kecil lagi dah sakit dan masuk hospital lama. Tu tak sempat nak stimulate dan belajar skill-skill tu lagi.
Ada anak yang sihat walafiat tapi kat rumah takde kawan (kakak/abang) nak stimulate dia belajar skill. Mak ayah busy la katakan.
Banyak sebab perkembangan anak-anak ni lewat dari usia yang sepatutnya (Developmental Delay). Kita tak boleh samakan anak kita dengan anak orang lain. Masing-masing ada perjalanan sendiri. Lama-lama anak tu dapat la skil tu. InsyaAllah.
So, bila kita patut risau yang anak kita ni slow sangat nak berkembang? Sila swipe dan tengok ‘Key Developmental WARNING SIGN’. Kalau anak-anak tu ada warning sign ni, memang kena jumpa Doktor terus ye. Tapi kalau dah memang under follow up klinik kanak-kanak, Doktor anda patut dah perasan dah tu.
Jadi kita janganlah banding-bandingkan. Beri anak kecil kita masa untuk berekperimen dengan kemahiran dan perkembangan dirinya sendiri. Lama-lama dia pasti boleh merangkak, berjalan dan bercakap sama seperti anak yang lain. Kena yakin pada anak kita.