Biar segarang manapun seorang ibu, anak-anak tetap akan manja dengannya. Ada satu aura pada ibu yang membuatkan anak-anak lebih mudah mendengar kata dan selesa dengan ibu mereka. Bukanlah mereka tidak sayangkan si ayah, tetapi dengan ibu ni ada satu connection yang lebih kuat terutamanya anak lelaki.

Hari-Hari Nak Dengar Suara Ibu. Kena Bebel Pun, Anak Tetap Rapat!
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim

Sebab itulah, walaupun ibu kuat berleter dan sebagainya, anak-anak tak pernah bosan. Tetap buat perangai yang sama supaya ibu dapat membebel kepaa mereka.

Sayang sekali jika ibu menggunakan ton suara yang kuat atau suka bercakap bahasa kesat dengan anak-anak. Ia bukan saja membuatkan mereka menjadi anak yang tidak pandai menghormati orang tetapi mempengaruhi tumbesaran mereka.

Baca Juga:

“Power Kaki Mak-Mak Ni.” Adira Kongsi Video Ambil Remote Guna Kaki, Ramai Ibu Boleh Relate!

Cara Rasulullah SAW Tunjuk Rasa Sayang Memang Amazing, Jadi Contoh Untuk Para Ayah!

IKLAN

Memang Lasak Tapi Hati Anak Lelaki Ni Lembut. Pandai ‘Tackle’, Mudah Dengar Kata

Sebagai ibu, gunakanlah bahasa yang baik ketika bercakap dengan anak-anak. Dengan cara ini, ia dapat membentuk peribadi anak serta membuatkan mereka lebih yakin dengan diri sendiri.

Melalui perkongsian En Mohd Fhais Salim, sangat penting untuk ibu menjaga pertuturan serta cara bercakap dengan anak. Tambahnya lagi, apa saja yang ibu katakan pada anak biasanya dari hati dan memberi kesan kepada mereka. Ikuti perkongsian lanjut dari bapa ini.

Hari-Hari Nak Dengar Suara Ibu. Kena Bebel Pun, Anak Tetap Rapat!
Kredit foto: Facebook Mohd Fhais Salim

Sayangnya ibu tak rendahkan suara dengan anak

IKLAN

1 – Walau anak macam tak dengar apa ibu kata tapi sebenarnya suara ibu la yang paling anak akan ingat berbanding ayah
2 – Walau anak macam tak takut apa ibu kata tapi sebenarnya suara ibu la yang paling beri impak besar pada emosi berbanding ayah
3 – Walau anak macam tak endah apa ibu nasihatkan tapi sebenarnya nasihat ibu la yang paling dekat di hati berbanding ayah. Sesungguhnya, kata-kata seorang ibu datangnya dari hati.

Apa sahaja yang datang dari hati akan senang melekat di hati anak anak. Patut la jika di tanya pada anak siapa mereka lebih sayang. Ramai yang menjawab ibu dahulu, kemudian baru ayah.

Tapi sayang..
Jika ibu tidak menjaga tutur kata, tidak menjaga nada suara, tidak berhati-hati dalam meluah. Sungguh dalam efeknya, boleh terkoyak hati anak anak.

Tiada kata yang lebih tajam dari kata-kata seorang ibu pada anaknya. Pelihara mulut, insyaAllah hati anak pun terpelihara sama.

IKLAN

Wallahu A’lam.

Sebaik-baiknya sebagai seorang ibu, pilihlah perkataan yang baik ketika bercakap dengan anak. Apa yang keluar dari mulut ibu umpama satu doa. Jika baik yang kita ungkapkan, maka eloklah pada anak kita. Anak-anak sangat menghormati dan menghargai ibunya, jadi jangan calarkan rasa kasih mereka terhadap kita dengan kata makian.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI