Perjalanan menyusukan anak sememangnya tidak mudah. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjayakan penyusuan dengan baik dan lancar. Sama seperti kita, pelakon, Shakila Khoriri juga melalui pengalaman dan cabarannya yang tersendiri.
Walaupun mempunyai impian untuk menyusukan anak sama seperti ibu-ibu lain, dan dianugerahkan susu yang banyak selepas mencuba pelbagai petua, namun perjalanannya ternyata berbeza di saat anak kesayangannya, Ameena Sofea menolak direct feed di awal kelahirannya.
Meskipun mahu yang terbaik buat anaknya, namun dia reda dan akur dengan kemahuan anak kecilnya itu.
“Bila nak share pasal penyusuan ini saya percaya semua mak-mak ada cerita dan sejarahnya sendiri.
“Bagi Killa pulak bila bermula dari awal kelahiran Ameena lagi dimana waktu tu Killa overdue dua minggu dan memang dipaksa untuk bersalin sebab kalau tak bayi akan lemas dalam perut kata doktor.
“Proses bersalinkan Ameena dulu sangat mudah. Waktu tu excited sangat nak jumpa Ameena. Excited jugak nak susukan dia, macam mak-mak lain, yang semua orang impi-impikan.
“Tapi satu je yang Killa rasa terkilan sangat bila lahirkan Ameena, doktor kata bagi diorang settlekan Ameena dulu.
“Dalam kepala tengah fikirkan mesti anak tengah lapar. Masa tu nurse kata mereka bagi susu dulu sebab nampak dia lapar sangat dan tak sangka bukan sebotol tapi sampai tiga botol. Cumanya dalam kuantiti yang betullah untuk baby.
“Mulanya agak frust jugalah sebab memang nak bagi menyusu. Tapi ada jugak hikmahnya sebab kalau tunggu Killa punya susu mesti dia kelaparan nanti,” kata Killa berkongsi.
Ads
Teruja berikan snak susu kolostrum
Kata isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali ini juga berkongsi pengalaman pertama kali memerah susu terawal iaitu kolostrum begitu bermakna dalam hidupnya.
” Ramai kawan-kawan share sebelum bersalin kena buat itu dan ini dan Killa pun cuba dengan harapan susu banyak macam orang lain.
” Kila start rasa stress bila mula pam susu, susu tak sebanyak orang lain tapi Killa tetap nak kejarkan susu kolostrum sebab tahu bagus untuk anak. Waktu itu dapatlah simpan susu 2 auns untuk beri pada anak.
” Nurse minta saya bagi direct feed tapi sayangnya waktu itu Ameena awal-awal lagi sudah menolak. Dia tolak dengan lidah dia. Mujurlah dia mahu minum stok susu kolostrum yang saya simpan lebih awal.
Ads
” Saya lega dia minum susu awal yang saya simpan. Bila hari kedua, Killa perasan susu makin kurang. Banyak juga Killa dapatkan pandangan dari kakak dan rakan-rakan terdekat dan dalam masa yang sama tetap pam mengikut waktu.
” Tapi sayangnya Ameena waktu itu memang tetap tak mahu direct feed, dia hanya minum susu botol. Bila masuk minggu kedua pula terus susu semakin berkurang dan hari ke hari susu memang dah tak ada,” kongsi Killa lagi yang mula tertekan mengalami penurunan susu.
Akur Ameena tolak susu
Ibu muda ini tidak patah semangat, biarpun tanpa direct feed, dia tetap meneruskan jadual mengepamnya seperti biasa.
“Macam-macam cara yang Killa buat, minum air longan, cuba milk booster dan tidak terkecuali berurut. Tapi yang sedihnya walaupun susu kembali ada, Ameena menolak susu badan. Walaupun diisi dalam botol, dia tetap tak mahu.
“Hari-hari tengok susu terbuang macam itu sahaja, sedih sangat. Bila bagi susu formula baru dia nak minum susu. Killa cakap dalam hati, tak apalah, bagi dia masa.
Ads
“Dalam masa yang sama Killa terus pam macam biasa sebab waktu itu memang dah bengkak susu sampai Killa demam. Akhirnya beberapa minggu lepas itu, Killa dan Fizi akur dengan kemahuan Ameena.
“Apa yang kami lakukan adalah Killa tetap pam agar tak sakit dan kami teruskan susu formula untuk Ameena sebab itu yang terbaik dari dia tidak minum susu. Walaupun ada rasa terkilan tapi Killa reda,” kongsinya lagi.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini.
Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Konsep makanan rapu adalah sebagai kudapan. Tapi disebabkan makanan ini diambil untuk isi perut, inilah yang menyebabkan ketagihan.
Kenapa ketagihan? Kerana bahan didalamnya.
Jadi macam mana nak buat kalau anak memang tak nak makan (realfood/makanan bernutrisi) sebab sukakan junkfood?
HENTIKAN TERUS SUPPLY JUNKFOOD. Jangan bagi langsung wujud junkfood dirumah mahupun diluar.
Penuhkan peti ais kita dengan buah-buahan. Sentiasa ada masakan di meja makan (realfood). Jadi kita kekalkan konsep kudapan.Yang berbeza ialah makanan apa jadi kudapan.
Kalau anak mogok lapar hingga tak dapat zat yang baik? Manusia normal akan cari makanan sebagai survival hidup. Beliau takkan biar dirinya mati kelaparan. Mereka akan makan buah-buah dalam peti tu, percayalah.
Lauk yang kita masak harian tu akan jadi survival food untuk anak-anak yang baru nak belajar tukar ‘healthy eating habit’.
Jadi ibu percayalah, jika anak mengamuk sekalipun, lama-kelamaan anak akan makan juga makana sihat jika kita terus disiplin dan tegas dengan mereka.
Mungkin awalnya susah tapi lama-kelamaan anak akan dapat kembali pada pemakanan sihat. Tak terlambat lagi untuk mulakan dari sekarang!
‘G6PD deficiency’ bermaksud kekurangan enzim G6PD di dalam badan. Enzim ini diperlukan untuk menstabilkan sel darah merah. Kekurangan enzim ini akan menyebabkan sel darah merah mudah pecah jika terdedah kepada tekanan oksidatif (oxidative stress).’
Macam mana nak tahu anak saya ada G6PD deficiency atau tidak?
Setiap bayi yang lahir di Malaysia akan dihantar ujian saringan G6PD sejurus selepas lahir. Jika positif, pihak hospital atau klinik kesihatan akan memaklumkan kepada ibubapa tentang ini. Boleh juga rujuk buku vaksin anak masing-masing, di situ juga ada tercatat status G6PD.
Kalau pihak hospital tak cakap apa-apa macam mana? Biasanya kalau tidak diberitahu insyaAllah normal lah tu.
Makanan apa yang perlu dielakkan oleh anak saya?
‘Kacang parang dan apa-apa makanan yang mengandungi kacang parang.’
Kalau makan juga, apa yang akan jadi?
Risiko berlakunya pemecahan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia akut dan gangguan kepada organ lain seperti jantung dan buah pinggang. Inilah yang kita panggil ‘acute haemolytic crisis’.
Apa tanda-tanda jika terjadi acute haemolytic crisis ini?
Kulit menjadi pucat dan kekuningan, air kencing berubah menjadi warna gelap (teh O), lemah, sesak nafas adalah sebahagian dari tanda-tanda yang boleh dikesan.
‘Harusnya dielakkan juga. Terdapat beberapa kajian menunjukkan bayi mendapat acute haemolytic crisis selepas ibunya memakan kacang parang (Favism by proxy).’
Selain kacang parang, kacang lain boleh makan ke?
‘Boleh.’
Kuah satay?
‘Kuah satay dibuat dengan kacang parang tak boleh.’
Anak saya masih menyusu. Disebabkan tu saya langsung tak makan satay.
‘Ruginya lahai satay sedap.’
Ubat apa yang perlu dielakkan untuk orang yang G6PD deficiency?
‘Hanya sebahagian kecil sahaja ubat-ubatan yang tidak boleh dan harus dielakkan untuk orang yang mempunyai G6PD deficiency. Ibu bapa digalakkan memaklumkan kepada doktor yang merawat sebelum menerima rawatan ‘Anak saya ada G6PD deficiency’. Elakkan juga ubat-ubatan herba dan ubat tradisional.’
Adakah anak saya boleh membesar dengan normal jika mempunyai G6PD deficiency?
‘Ya, tiada masalah pembesaran, sama saja seperti kanak-kanak lain. Hanya perlu elakkan makanan/ubatan yang ditetapkan.’
Ramai ke bayi yang ada G6PD deficiency ini?
‘Di Malaysia secara purata 5.3% bayi lelaki dan 1.4% bayi perempuan mempunyai G6PD deficiency. You are not alone.’
‘Sebab saya minum air gula tu la bacaan gula saya naik…kalau tak minum mesti ok je’. Banyak kali dengar keluhan ibu mengandung apabila disahkan kencing manis waktu hamil (gestational diabetes mellitus GDM) menyalahkan air gula yang diminum sebagai punca gula dalam darah naik dan akhir sekali kena GDM.
Menurut Dietitian, Puan Nur Hafizah M Sobri, ia tidak ada kena mengena sebaliknya ada sebab kenapa bacaan gula tinggi.
1. Kenapa ada waktu mengandung dan masa tak mengandung kembali normal?
Sewaktu mengandung hormon berbeza dari waktu tidak mengandung
– perbezaan ini akan menyebabkan hormon insulin (yang menjaga paras gula dalam darah) menjadi kurang efektif dari biasa ataupun dihasilkan lebih kurang dari biasa.
Yela masa ni badan mommies tengah fokus nak jaga baby…tapiiiii kalau tak jaga bukan sahaja efek kepada baby tapi mommies ada risiko mendapat kencing manis dalam tempoh 5 – 15tahun akan datang.
2. Kenapa kena minum air gula ‘pure’ tu dan bukan air gula biasa?
sebab apa apa selain dari gula akan memberi efek kepada kadar bacaan..
ada lemak? protein? atau karbohidrat lain selain gula? ia akan melambatkan kadar penyerapan gula dan memberi bacaan palsu…tu sebab kena minum air pure gula dan bukan minuman lain.
3. Tapi satu je bacaan tak cantik…sebelum/selepas minum je..
Bacaan sebelum memberi indikasi lain dari bacaan selepas mommies….
Bacaan sebelum tunjuk kebolehan badan mengawal paras gula dalam keadaan puasa (8jam tak makan apa apa)…
Bacaan selepas pula tunjuk kebolehan badan mengawal paras gula selepas 2 jam makan…
tu sebab satu je tak cantik… huhuhu dah lekat…
4. Tapi…tapi….awat sebelum mengandung yang lepas takdak tapi kali ni ada pulak..
– alamak yang ni sebab usia makin meningkat pun salah satu faktor risiko nak dapat GDM..selain tu BMI lebih 27kg/m2, ada sejarah anak besar, ada mak/ayah/adik beradik kencing manis semua antara faktor yang makin lama risiko nak dapat GDM tu naik..
5. Ok saya faham dah…habistu macam mana nak kawal dengan baik?
👇👇👇
No 1–>>> Diet yang sesuai untuk ibu GDM
Wajib jumpa Pegawai Dietetik (Dietitian) di KK atau Hospital untuk dapat tahu cara pemakanan sesuai nak kawal kencing manis tapi pada masa smaa tak lapar dan baby boleh membesar dengan baik…
Tips diet sementara tunggu nak jumpa dietitian?
1. Amalkan suku suki separuh modified
Suku karbo (nasi, mee, meehoon, kuetow, roti etc)
Suku protein (ayam,ikan, daging, seafood, telur etc)
Separuh sayur hijau (tak kisha berdaun ke tak, dalam 2 senduk nasi tu)
2. Makan on time (jangan skip)
3. Ambil air kosong
👇👇👇
No 2—>>>Ubat atas saranan doktor perubatan yang bertauliah
Jika perlu bantuan ubat jangan risau, doktor akan membantu anda
👇👇👇
No 3—> Ikuti temujanji yang diberi
Sebab bila ada GDM macam macam boleh jadi dekat baby dan mommy…selang 2 minggu dari appointment sekarang pun boleh nampak baby jadi besar, tak cukup membesar, berat naik mendadak…ish macam macam la…so jangan marah ye kalau kami nak ‘berdating’ dengan anda lebih kerap.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.