Seorang ibu tentu sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan nyawa anak yang tersayang. Lebih-lebih lagi apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh menghidapi penyakit kronik dan masih dalam usia yang kecil. Nurwatee Che Mamat, 21 sangguh berkorban nyawa untuk anak keduanya, Nur Aira Batrisya Muhammad Johari, 11 bulan yang menghidap penyakit kegagalan fungsi hati atau biliary atresia.
Meskipun masih muda namun ibu ini bersedia untuk mendermakan sebahagian hatinya demi menyelamatkan nyawa anak perempuannya itu. Ibu mana yang tegar melihat anak kecilnya menanggung penyakit sebegitu. Tentu sahaja dia juga ingin melihat Aira membesar seperti kanak-kanak lain.
Apa yang dilaporkan oleh sebuah akhbar ketika usia Aira dua bulan, Nurwatee menjelaskankan anaknya itu mengalami masalah saluran hempedu menyebabkan dia dan suami, Muhammad Johari Mansor, 29, membawa bayi mereka mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bachok sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.
“Aira berada dalam wad hampir satu bulan dan doktor menyarankan kami lakukan pembedahan pemindahan hati dengan segera di China, namun kami tidak mampu kerana pembedahan memerlukan kos RM250,000.
“Pada usia sembilan bulan, perut Aira semakin membesar dan mata, wajah serta badannya bertukar warna kekuningan,” katanya ketika didatangi wartawan akhbar di rumahnya di Kampung Padang Cina, Badak di Bachok, Kelantan
Nurwatee berkata, kerana tidak mampu, dia dan suami yang hanya bekerja kampung terpaksa mengambil ubat-ubatan di klinik sahaja, sehinggalah Aira terpaksa dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu bulan lalu akibat masalah pernafasan.
Katanya, ketika dimasukkan ke hospital, doktor memberitahu dapat membantu mereka menjalankan pemindahan hati di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur dengan kos RM90,000.
“Pada 29 Oktober ini, saya dan suami akan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pemeriksaan hati kami sama ada sesuai atau tidak untuk diberikan kepada anak.
“Walaupun tahu risiko yang dihadapi, saya dan suami sanggup berikan hati kami kepada anak kerana mahu menyelamatkannya secepat mungkin, kerana kalau tunggu penderma yang sesuai saya takut masa untuk Aira semakin suntuk,” katanya sambil menahan sebak.
Selain Aira, pasangan ini mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Nur Wardina Jasmin, 3.
Katanya, Aira disahkan menghidap penyakit ‘Acute Dicompasated Liver Failure With Hypoalbuminemia and Hyponatremia’ kini bergantung pada tujuh jenis ubat dan hanya mampu makan nestum.
Kisah sedih Aira tular selepas penderitaannya dikongsi salah penduduk kampungnya, Wan Nurhidayu Wan Mat, 28, menerusi Facebooknya, Ayu Hidayu sehingga mendapat 1,200 perkongsian.
Orang ramai yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun bank CIMB, 7612156456 atas nama Muhammad Johari Mansor.
Jom menyertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim berkongsi momen indah sewaktu melahirkan anak ketiganya baru-baru ini.
Menerusi rakaman video yang memaparkan proses kelahiran anaknya bersama suami, Fairos Khan Abdul Hamid cukup buatkan ramai yang sebak dan terharu kerana bukan mudah untuk melahirkan seorang anak.
Dalam video itu jelas kedengaran kalimah ‘Assalamualaikum’ dan doktor yang menyambut juga mengesahkan bayi perempuan sambil memotong tali pusat.
Proses kelahiran kali ini, Azrinaz bersalin mudah tanpa kesan koyakan. Ini juga kerana dia turut mengakui aktif melakukan senaman sepanjang kehamilan.
Walaupun kelahiran mudah, tak dinafikan perasaan berdebar tetap ada. Pengalaman ini antara yang paling tak dapat dilupakan.
Selepas 11 tahun, macam mimpi ada baby
Tambah Azrinaz lagi, Areesya merupakan zuriat yang sudah lama dinanti-nantikannya dan berharap anaknya itu menjadi anak yang solehah, baik dunia dan akhirat.
“Sesungguhnya saya dan suami telah lama menanti dan merindui kehadiran zuriat darah daging sebagai penerus jasa, penyeri hidup kami sekeluarga
“Menjadi harapan kami agar Areesya Malaykha menjadi seorang anak yang solehah, sihat tubuh badan, pandai berbicara dan berkata-kata (macam mommy ) dan menjadi insan berguna di dunia dan akhirat,” luahnya.
Sebelum ini Azrinaz berkongsi berita gembira selepas selamat melahirkan bayinya secara normal dengan berat 2.75 kilogram pada jam 10.20 pagi setelah 11 tahun ‘berehat’.
Walaupun lebih 10 tahun rehat proses kelahiran kali ini sangat mudah dan lancar.
“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.
“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.
Azrinaz dan suaminya, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu selepas mengenali antara satu sama lain sejak 20 tahun lalu dan mula rapat setahun sebelum bernikah.
Terdahulu, Azrinaz yang pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.
Sumber: IG Azrinaz Mazhar Hakim
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergiaan anak yang selama dibelai & dimanja amat menyedihkan. Apatah lagi jika perginya tanpa dijangka. Catatan bapa yang kehilangan bayinya ini amat menyentuh sanubari.
Bapa ini masih tidak langsung tidak menjangka demam yang dialami anaknya menjadi detik akhir buat si kecil yang dinamakan Haisha Rania. Anak yang selama ini dibelai dan dimanjakan terbujur kaku, tiada lagi tangisan dan gelak tawanya.
Encik Bustaman Rusli yang telah dihubungi Pa&Ma berpesan kepada ibu bapa lain agar tidak mengambil ringan demam pada anak terutamanya yang masih bayi. “Jangan ambik ringan bila bayi demam. Bila dah lebih 3 hari, lakukan blood test. Kalau ada nampak tanda macam ada kuman terus je admit walaupun kat swasta.. Biar bawah pemantauan doktor yang lebih arif,” kata bapa kepada 3 cahaya mata ini.
Bapa ini juga berkongsi sebuah catatan yang amat memilukan sesiapa sahaja yang membacanya. Bukan mudah menerima kenyataan anak bongsu yag dimanja dan dibelai kini sudah tiada lagi…
PINJAMAN ALLAH SETAHUN SAHAJA
Salam sayang utk kenangan abadi bidadari syurga kami Haisha Rania.. Haisha =kehidupan, sihat, riang. Rania = kesenangan, kesukaan, ratu. Pinjaman Allah kepada kami utk setahun sahaja.. 27.5.2018 – 8.5.2019
Fikiran masih keliru, lidah masih kelu. Betapa kami harapkan ini hanya lah sebuah mimpi. Bgn pagi tercari cari helaian tawa yg biasa dihidangkan kpd kami. Bagaikn suatu semangat utk kami bile dihidangkan dgn coret wajahnya.
Namun semua itu takkan muncul lg. Kami redha ya Allah dgn Pinjaman ini. Setiap yg hidup akan pasti dipanggil kembali kepada sang pencipta.. Tidak lewt dan tidak cpt sesaat pun.
TIADA REKOD KESIHATAN BURUK
Rania anak baik, tak penah pn kami rasa ssh dgn kehadirannya. Rania takde sejarah kesihatan yg buruk, tak penah warded, takde apa2 penyakit. Pemergiannya btul2 sekelip mata. Bermula dgn kami rasa deman biasa pd hari jumaat ari tu 2.5.2019. Mlmnya kami bawa ke klinik dan doktor just ckp maybe deman biasa dan ada kemerahan pd tonsilnya. Seterusnya deman still on off dan kami bawak lg ke K* B****** pada hari isnin utk blood test.
KUMAN DALAM DARAH TAPI MASIH TERKAWAL
Doktor yg merawatnya mengesan ada sedikit kehadiran kuman dlm darah dan keadaan masih terkawal.. Just perlu on antibiotic je.. Kami akur Dan ikut apa yg di suruh dgn maintain bg antibiotic on time.
DETIK AKHIR MAHU MAMA PAPA BERSAMANYA
Namun kemuncak pd hari rabu pukul 3 pagi, Rania mula lain dr kebiasaan. Rania tak dapat tidur lena, merengek sesekali, tidak mahu tidur. Rania semacam memberi kan isyarat utk kami bersamanya, utk sisa waktu terakhir..
TERUS KE ZON MERAH KECEMASAN, RANIA KRITIKAL Pukul 8.30am kami ke emergency **** Medical Center.. Terus di rujuk red zone. Keadaan Rania amat kritikal.. Hanya rengekan kecil semacam memangil kami. Doktor berhempas pulas menyelamatkn Rania dgn melakukan pelbagai prosedur dan cpr.. 10.30 pagi 8.5.2019 dah tercatat di luh mahfuz tentang pengakhirannya..
GELAP DUNIA LIHAT TUBUH KAKU TIDAK LAGI BERGERAK
Kami kelu.. Bagaikn gelap dunia ni bila melihat sekujur tubuh yg kami belai selama setahun tidak bergerak, kaku.. Kami masih mengangap Rania hanya tido utk berehat. Berehat sambil menunggu kedatangan kami di pintu syurga nanti InsyaAllah.. Rania berehatlah..
GAMBAR, BAJU & VIDEO PENGUBAT RINDU
Papa mama redha dan sentiasa ingat setiap saat kenangan kita bersama. Hanya gambar, video, pakaian, Rania je menjadi pengubat rindu papa mama skrg.
Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.