Ads

“Hari Ini Genap 6 Minggu Pemergian Buah Hati Ibu Khalish & Kayyum…” Meruntun Jiwa Luahan Ibu Kehilangan Dua Anak Serentak Dalam Arus Deras

Tiada ujian yang lebih berat buat seorang ibu selain kehilangan anak.
Namun bagi wanita ini, dugaan itu datang dua kali ganda  apabila dua anak lelakinya pergi serentak dalam tragedi yang menyayat hati.

Pada awal Disember tahun lalu, dua beradik, Khalish Shahdan dan Qayyum Shaqeel, lemas selepas terjatuh ke dalam longkang yang berarus deras ketika cuba mengambil bola di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor.

Perkongsian meruntun jiwa seorang ibu kehilangan dua anak serentak. Menerusi perkongsian ibu ini, kali terakhir dia melihat anak-anaknya adalah pada tengah hari Khamis, 4 Disember tahun lalu, ketika hendak pergi bekerja.

“Hari Ini Genap 6 Minggu Pemergian Buah Hati Ibu Khalish & Kayyum…” Meruntun Jiwa Luahan Ibu Kehilangan Dua Anak Serentak Dalam Arus Deras

“Hari ini genap 6 minggu pemergian buah hati ibu khalish & Kayyum. Kejadian petang khamis malam jumaat ibu tak akan lupa sampai bila-bila.

“Awak salam, peluk ibu, kemudian lambai tangan sambil jerit ‘Bye ibuuu’.
Tak sangka itu pelukan dan lambaian terakhir…”

Sekitar jam 7.40 malam, ibu itu menerima berita yang meruntuhkan seluruh dunianya  kedua-dua anaknya dihanyutkan arus dan masih belum ditemui.

Ads

Dalam hati, dia masih berharap. Berharap anak-anaknya berpaut di mana-mana, menunggu bantuan tiba. Namun Allah lebih menyayangi mereka.

“Hari Ini Genap 6 Minggu Pemergian Buah Hati Ibu Khalish & Kayyum…” Meruntun Jiwa Luahan Ibu Kehilangan Dua Anak Serentak Dalam Arus Deras

“Hari Ini Genap 6 Minggu Pemergian Buah Hati Ibu Khalish & Kayyum…” Meruntun Jiwa Luahan Ibu Kehilangan Dua Anak Serentak Dalam Arus Deras

Ads

SURATAN TAKDIR…

Namun siapalah kita untuk melawan ketentuan Ilahi. Mayat si adik, Qayyum Shaqeel, ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian pada jam 7.47 malam dan disahkan meninggal dunia di hospital pada jam 10 malam.
Abangnya, Khalish Shahdan, pula ditemui dalam takungan air berhampiran sebuah pasar raya di Prima Saujana pada jam 8.45 malam, Sabtu.

Selain itu dalam posting yang berbeza, ibu ini mendoakan kedua anaknya bahagia ‘di sana’ dan memohon tuhan mengampunkan doa kedua anaknya. Doa seorang ibu yang tiada penghujungnya buat anak tersayang. Bagaikan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hati ibu ayah mana yang tidak sedih kehilangan anak serentak.

Ads

“Assalamualaikum, anak-anak syurga ibu. Khalish Shahdan & Kayyum Shaqeel.
Rindunya ibu kepada abang & Ayyumi. 

Ibu tahu abang & Ayyumi dah bahagia di sana, kan…

“Tunggu ibu di sana, ya sayang ibu. 
Ya Allah, Kau ampunkanlah segala dosa anak-anakku, dan Kau tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, serta masukkan mereka ke dalam syurga-Mu.

“Hari Ini Genap 6 Minggu Pemergian Buah Hati Ibu Khalish & Kayyum…” Meruntun Jiwa Luahan Ibu Kehilangan Dua Anak Serentak Dalam Arus Deras“Hari Ini Genap 6 Minggu Pemergian Buah Hati Ibu Khalish & Kayyum…” Meruntun Jiwa Luahan Ibu Kehilangan Dua Anak Serentak Dalam Arus Deras

Kedua-dua jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang. Kini, setiap doa seorang ibu mengiringi dua anak syurganya.

Sumber: Suzie Ibrahim

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Ekzema Anak Berkait Dengan Asma & Resdung Ibu Bapa? Fahami Fenomena...

Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.