“Hari Isnin, Hari Jumpa Ibu”. Shuib Anggap Ini Tanda Sayangnya Pada Arwah Sarah

Share

Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu baru-baru ini telah menjadi jemputan dalam rancangan temu bual popular, Wanita Hari Ini. Dalam temubual tersebut, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad yang dihubungi hos rancangan tersebut secara maya mengakui berasa sangat janggal dan terpaksa ketika ingin memanjakan isteri tersayang, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin ketika fasa awal perkahwinan.

Dia yang telah dijemput bagi membincangkan topik ‘Manjakan Isteri Ikut Rasullulah’ bersama-sama penonton di rumah bersempena sambutan hari Maulidur Rasul 1443 Hijrah itu menganggap apa yang berlaku banyak mengajar dirinya menjadi suami lebih dan bapa yang bertanggungjawa.

Saya ni kalau nak cerita di awal fasa perkahwinan, orang nampak macam saya yang memanjakan dia tapi sebenarnya pada awalnya saya merasakan macam saya terpaksa memanjakan dia sebab di awal perkahwinan tu saya rasa manja dia tu macam lain sangat.

Sebagai seorang lelaki budak kampung, saya rasa tak tahu macam mana nak manjakan dia dan lagi satu saya ni anak tunggal jadi saya dah biasa bersendirian, keluarga itu tidak besar jadi bermanja-manja tu kurang dalam keluarga saya.

Pengusaha minuman dengan jenama Bubble Bee ini berkata bahawa dia cuba untuk memahami sifat isterinya itu yang luar biasa manja dan akhirnya terbiasa.

Tambahnya lagi, lelaki yang bergelar suami haruslah memanjakan isteri kerana ia dapat melahirkan keikhlasan dan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Sementara itu, Shuib juga memberitahu, setiap hari Isnin adalah hari jumpa ibu dan dia akan membawa anak-anak ke pusara arwah Siti Sarah.

Cara dilakukan Shuib ini mendapat pujian ramai kerana tanda kasihnya pada arwah isteri. Bukan itu saja, doa anak-anak yang soleh juga pasti dapat memberi bekalan buat arwah di sana.

Sekadar info, Shuib dan Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 9, Dzahira Talita Zahra, 6, Ariq Matin, 4, dan Ayash Affan

Namun, pada 9 Ogos lalu, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir akibat dijangkiti wabak COVID-19. Allahyarhamah juga terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos sebelum dijemput ilahi.

Kredit: MH; Instagram Shuib

**Nak dapatkan barang hiasan rumah, boleh shopping di sini 

Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!

Untuk mendaftar, klik https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-detik-indah-bersama-si-manja/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)

 

 

 

 

IKLAN