Semua bayi dilahirkan comel, justeru, kita tidak dapat menghalang diri kita daripada mencium dan menggomol bayi.
Malangnya, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa perbuatan ini boleh membahayakan kesihatan bayi baru lahir. Berikut 3 penyakit paling lazim yang boleh menjangkiti bayi jika dia sering dicium.
Mononucleosis ditafsirkan sebagai penyakit berjangkit yang disebarkan melalui perpindahan air liur yang mengandungi virus Epstein-Barr viruses (EBV). Pendedahan paling biasa kepada penyakit ini adalah melalui tindakan mencium. Namun, pesakit juga boleh mendapat virus ini melalui seseorang yang mengalami batuk, bersin atau berkongsi perkakas makanan dengan orang yang dijangkiti.
Walaupun mononucleosis tidak berbahaya, namun ia boleh menyebabkan komplikasi dan mengancam nyawa jika tidak dirawat dengan betul. Antara komplikasinya termasuklah:
+ Pembesaran limpa – organ kecil berdekatan dengan perut yang bertanggungjawab kepada kualiti sel darah. Dalam kes yang teruk, pesakit mungkin memerluakn pembedahan kerana ia boleh menyebabkan limpa pecah.
+ Masalah hati – pesakit boleh menderita sama ada Hepatitis (radang hati sederhana) atau Jaundis (kulit dan mata bertukar kuning)
Komplikasi biasa lain seperti anemia, masalah jantung, thrombocytopenia (kurang platelet dalam darah) atau bengkak tonsil sehingga menyebabkan kesukaran bernafas.
Herpes ataupun kayap adalah satu jangkitan kronik yang disebabkan apabila salah satu 1 dalam 2 jenis virus yang berkait rapat memasuki kulit dalam kawasan tertentu:
+ Virus kayap bunga jenis 1 (HSV-1) kebanyakannya dihantar melalui hubungan oral. Ia boleh menyebabkan kayap oral.
+ Virus kayap bunga jenis 2 (HSV-2) kebanyakannya dihantar melalui hubungan seks. Ia boleh menyebabkan kayap genital (bahagian intim).
Jika bayi baru lahir anda dicium pada mulut, dia mungkin akan mendapat jangkitan kayap bunga jenis 1 dan kayap oral – keadaan di mana berlaku lepuh kecil yang menyakitkan (juga dikenali lepuh sejuk) mula merebak pada bahagian bibir, gusi, lidah, dan dalam mulut bayi.
Kayap ini tidak membawa maut kepada orang dewasa. Bagaimanapun, ia boleh mengancam nyawa bayi baru lahir memandangkan sistem ketahanan tubuh mereka masih belum berkembang sepenuhnya. Virus ini boleh menyerang teruk tubuh mereka, menyebabkan komplikasi seperti encephalitis (radang otak) dan keratitis (radang mata).
Mencium bayi pada mulutnya boleh menyebabkan mereka mendapat kaviti semasa peringkat awal alam kanak-kanak mereka. Ini kerana orang dewasa boleh memindahkan bakteria yang disebabkan kaviti seperti Streptococcus mutans melalui air liur mereka ke dalam mulut bayi. Oleh itu, ibu bapa perlu mengelakkan daripada meniup makanan bayi mereka kerana ini juga adalah cara pemindahan air liur.
Bukan sekadar air minuman penghilang dahaga sahaja, bahkan air kelapa cukup tinggi khasiatnya. Disebabkan itulah ia disarankan untuk diminum terutama bagi anak-anak kecil kita.
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, air kelapa disarankan seminggu sekali diambil anak kita. Lebih-lebih lagi bagi merawat masalah demam, batuk dan sebagainya. Memang elok!
Air kelapa, bagi anak minum paling kurang seminggu sekali. Sungguh kena jadi air favourite anak, terutama waktu anak tak sihat.
Demam, cari air kelapa. Batuk, cari air kelapa. Kahak, cari air kelapa. Sakit perut, cari air kelapa. Muntah, cari air kelapa. Cirit, cari air kelapa.
Real food, bantu penyembuhan kan, dengan izinNya. Kena cuba, baru tahu.
Kita kena tukar sikit. Kalau dulu bila anak tak sihat tak bertenaga, ada yang bagi air seratustambah. Tapi sekarang, kita cuba cari air kelapa k. Paling sihat kan.
Air kelapa berganda lagi dengan khasiat mineral dan vitamin yang anak-anak perlukan terutama waktu sakit.
Air kelapa bantu keluarkan toksin dari badan anak. Air detox semulajadi, yang kita kena ajar anak minum.
Umur berapa boleh minum? Umur 6 bulan ke atas dah boleh minum. Sikit je beberapa sudu dah cukup.
Kalau anak alahan? Kalau anak ada alahan naik gegatal lepas minum, elakkan dulu. Anak eczema boleh je minum kalau tak flare lepas minum.
Air kelapa potong ubat? Air kelapa tinggi dengan mineral dan vitamin, ada sesetengah ubat tak digalakkan ambil bersama air kelapa. Sebaiknya, jarakkan penggunaan ubat dan air kelapa dalam 1-2 jam macam tu.
Kita cuba sama-sama ya. Nampak je anak mula tak sihat, air kelapa yang kita cari dulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengacara dan pelakon Daphne Iking telah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 21 Mei yang lalu. Bayi elaki yang diberi nama Ilon Daniel Iking Azmi dilahirkan melalui kaedah pembedahan di Thompson Hospital Kota Damansara.
Dalam diam Daphne tidak mengumumkan kehamilan kali ini kerana berdepan dengan situasi yang sukar sepanjang kehamilan kali ini.
“Dua minggu saya dan suami bertarung dengan konflik sama ada untuk menggugurkan bayi ini atau tidak. Ia pilihan yang sangat sukar!
“Sebenarnya kehamilan ini membahayakan kesihatan saya dan doktor sudah menasihati saya untuk tidak lagi bersalin selepas melahirkan anak ketiga pada 2016 secara pembedahan.
“Tetapi situasi berubah selepas saya melihat suami saya menangis buat pertama kalinya,” cerita Daphne.
Keadaan dinding uterusnya yang nipis boleh membahayakan nyawanya dan bayi yang dikandung sekiranya berkembang menjadi saiz yang besar.
Ekoran itu, Daphne mendapatkan pandangan daripada beberapa individu termasuk pakar perubatan bagi membantunya membuat keputusan yang tepat.
“Jadi, saya memutuskan untuk meneruskan kehamilan ini apabila melihat ramai dalam kalangan orang lain termasuk ahli keluarga saya sendiri yang sukar mendapatkan anak.
“Perjalanan ini sungguh berbeza dan saya cuba jadi kuat. Biarpun Ilon dilahirkan dalam keadaan sedikit pramatang, saya bersyukur,” tambahnya.
Pelakon filem Belukar itu juga punyai alasan sendiri untuk tidak mengumumkan kehamilannya kepada umum.
“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu didiskriminasi apabila ada pihak yang tahu saya hamil.
“Saya menjadi sedikit tertekan apabila tidak dapat kongsikan berita gembira itu kepada orang ramai.
“Oleh itu, kali ini saya hanya maklumkan kepada kawan-kawan rapat dan keluarga sahaja.
“Tiada majlis baby shower dan tambah pula situasi semasa kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya hanya maklumkan kepada mereka melalui panggilan video, aplikasi Zoom dan Facetime,” ujarnya yang turut
memaklumkan kepada rakan rapatnya seperti Yasmin Hani, Dynas, Lisa Surihani dan Rashidi Ishak.
Malah, Daphne tidak berkesempatan untuk membuat sesi fotografi sempena kehamilannya kali ini apatah menyediakan barangan keperluan bayi.
“Kebanyakan pakaian bayi saya sudah jual sebagai barangan preloved tapi mujur ada yang bermurah hati menghadiahkan sebahagiannya kepada kami,” katanya yang turut menjalani proses berpantang bersendirian di kediamannya.
Daphne mempunyai tiga cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 12, Iman Daniella Iking, 8, dan Isidore Daniel Iking, 3 tahun.
Meskipun perlu melalui detik sukar, tapi syukur semunya dipermudahkan buat Daphne. Semoga dengan kehadiran si kecil Ilon Daniel diharap dapat menyerikan lagi kehidupan mereka sekeluarga.
Sumber: Gempak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!