Pelakon, Harris Anuar meluahkan rasa syukur dapat membawa isteri dan anaknya untuk sama-sama menunaikan ibadah umrah.
Harris yang ketika ini sedang berada di Makkah bersama dua kesayangannya itu amat terharu kerana impiannya untuk membawa keduanya terutama anaknya, Aura Medina tercapai.
“Alhamdulillah, impian seorang ayah menjadi kenyataan,” tulisnya.
Tambah Harris lagi menerusi Instagramnya, dia sememangnya sudah mengimpikan lama momen itu namun amat bersyukur kerana diberikan rezeki dari Allah untuk menjejak Tanah Suci lagi.
Ads
“Benarlah orang kata rezeki tak salah alamat, kalau Allah dah pilih,tak sangka tak pakai duit pun boleh datang sini.
“Alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakan dari-Mu ya Allah.Memang dah lama teringin nak ke sini bersama family anak dan isteri ❤️,” tulisnya.
Menerusi entri itu juga Harris turut mengabadikan kenangan berlatar belakangkan Kaabah bersama isteri dan anaknya.
Ads
Menerusi entri berlainan pula, Harris dilihat turut bertawaf sambil mengendong si comel, Aura Medina.
Kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu bukanlah terletak pada rupa dan harta semata-mata. Ia memerlukan komitmen serta kepercayaan yang sangat tinggi antara pasangan. Paling penting, saling menyayangi dan kesetiaan sepanjang mengharungi bahtera perkahwinan.
Diuji dengan perselisihan faham adalah perkara normal dalam perkahwinan. Tanpa disedari perkara beginilah yang membuatkan kasih sayang semakin utuh dan kita kenal pasangan dengan lebih dalam lagi.
Sudah menjadi tabiat si isteri untuk selalu bertanya pada suami sama ada dirinya masih disayangi atau tidak. Jika suami jawab sayang, ditanya pula seberapa banyak. Sudah dijawab, isteri tanya pula kenapa sayang sedangkan dirinya sudah tak sama seperti dahulu.
Begitulah yang dikongsi oleh Datin Almy Nadia baru-baru ini. Melalui perkongsian di laman Instagramnya, dapat dilihat Datuk Fizz Fairuz sedang duduk-duduk apabila Almy bertanya soalan cepumas itu.
“Baby, I nak tanya you something. You sayang I tak?.”
Nampak seperti Fizz malu-malu untuk menjawab soalan itu tetapi apabila ditanyakan seberapa banyak dia sayangkan Almy, terus didepangkan tangannya. Banyak komen positif yang mengatakan mereka terhibur dengan video yang dikongsikan. Selain itu, mereka juga mendoakan kebahagiaan buat Datuk Fizz dan Datin Almy;
Biarpun perbualan ini nampak seperti gurauan dan bersahaja, tetapi sebenarnya sudah jelas menunjukkan kebahagiaan pasangan ini. Semoga perkahwinan mereka sentiasa dirahmati Allah SWT dan kekal bahagia selama-lamanya.
Usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa, menyifatkan saat anaknya mula menyambung kalimah Al-Quran sebagai detik paling indah dalam kehidupannya sebagai seorang ibu.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, mengakui dirinya tidak jauh berbeza dengan ibu bapa lain yang berusaha mendidik anak-anak agar membesar dalam suasana penuh nilai agama dan kasih sayang.
Neelofa turut berkongsi bahawa antara medium yang banyak membantu proses pembelajaran anak sulungnya, Muhammad Bilal, ialah buku audio interaktif yang memuatkan bacaan surah pilihan dan doa harian.
“Bila saya fikir balik, saya dan Haris sama seperti ibu bapa lain di luar sana. Kami ajak anak solat, baca surah bersama. Saya rasa alat atau buku audio yang kita dedahkan kepada mereka sejak kecil sangat membantu,” jelasnya.
Menurut Neelofa, detik paling menyentuh hati ialah apabila Bilal yang ketika itu belum pun berusia setahun, menekan sendiri butang audio dan mengulang bacaan surah berulang kali.
“Itulah saat saya tahu, anak saya mula jatuh cinta pada Al-Quran,” luahnya penuh sebak.
Neelofa percaya pendidikan awal di rumah amat penting untuk membentuk peribadi dan minat anak-anak terhadap agama. Ia bukan sahaja tentang membaca atau menghafal, tetapi juga membina rasa cinta dan tenang apabila mendengar kalimah suci Al-Quran.
“Sebagai ibu bapa, kita kena mulakan dulu. Bila anak lihat ibu bapa suka membaca Al-Quran, mereka akan ikut. Cinta pada Al-Quran itu datang daripada apa yang mereka nampak setiap hari,” katanya.
Dalam nada penuh keibuan, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu turut berkongsi harapannya agar anak-anak mereka membesar sebagai insan yang beriman dan berakhlak mulia.
“Nak tengok mereka membesar jadi anak soleh, yang dekat dengan Allah, yang hormat pada ibu bapa dan berkhidmat untuk kami. Saya pasti ramai ibu bapa pun ada impian yang sama,” katanya.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan kini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
✨ Pa&Ma Kata:
Setiap ibu bapa boleh jadikan kisah Neelofa ini sebagai inspirasi. Cintakan Al-Quran bukan datang dengan paksaan, tetapi dengan kasih sayang, teladan dan suasana rumah yang dipenuhi kalimah Allah. Bila cinta itu tumbuh sejak kecil, insya-Allah mereka akan membesar menjadi anak yang menenangkan jiwa kedua ibu bapanya.
Sumber: Instagram Neelofa
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kaum Cina biasa kita lihat memang tidak punya ramai anak. Perancangan keluarga amat penting bagi mengatur kehidupan yang lebih baik. Dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun, memiliki ramai anak mungkin bukan keputusan yang bijak.
Maka sebab itulah amat penting untuk pasangan suami isteri memutuskan saiz keluarga. Menentukan masa yang sesuai untuk mempunyai anak, jarak kehamilan dan bilangan anak yang diingini bersama pasangan adalah perlu bagi menjamin kesejahteraan rumah tangga.
Melalui hantaran dilaman Facebook, seorang lelaki berbangsa Cina, Adam Kelvin berkongsi pendapatnya tentang kepentingan merancang keluarga. Adam yang merupakan seorang mualaf percaya bahawa suami isteri perlu bersepakat dalam soal merancang keluarga.
Pandangan lelaki Cina mengenai ‘family planning’
1. Struggle in motherhood & fatherhood are real
Kami berdua mengaku yang kami memang struggling dalam fasa parenthood.
Bila ada anak, saya kena ubah diri dan belajar banyak perkara agar perkara yang terjadi di zaman kanak-kanak saya, tidak berulang kepada anak saya.
Kami berdua masing-masing ada trauma zaman kanak-kanak. We are still healing from it. We are trying hard to break the cycle for the sake of our son.
Cuba sedaya upaya untuk elak anak heal trauma dari kami berdua apabila dia dewasa kelak.
2. Ada banyak masa
Masa untuk saya dan wife belajar mengenai karakter anak & parenting skill lebih banyak.
Nak jaga emosi baby, jaga emosi anak sulung, jaga emosi wife dan pada masa yang sama nak jaga emosi diri sendiri lagi?
Tipulah semua smooth kan? Ada masa badai melanda juga. Belum termasuk tsunami. Huhu.. even baru sorang anak.Ada masa saya juga terbabas bila marah anak. Rasa teruknya sebagai seorang ayah.
3. Hormati hak dan badan isteri
Actually sebelum berkahwin, wife saya ada bagitau yang dia tak nak ramai anak sebab dia anak sulung dari 9 beradik. Emosinya banyak terabai kerana menjaga adik-adiknya yang semuanya jarak rapat-rapat. Setiap orang hanya jarak 2 tahun saja.
Dia pula ada mindset yang lelaki akan berubah bila dah ada anak. Itu yang dia nampak dan lalui masa kecil dan remajanya. Jadi dia fikir, kalau anak tak ramai, senang dia nak berdikari. Haha..nak angkut anak lari ke apa senang kalau tak ramai.
Bunyi macam kelakar juga. Tapi kasut orang tak sama kan? Hanya yang pernah pakai kasut seperti tu saja yang faham betapa peritnya nak jaga 9 adik dan imbangkan pelajaran.
Tapi saya okay saja sebab saya sendiri pun tak nak anak ramai. Paling-paling pun 2 orang saja.
Namun, wife saya memang mengalami trauma yang teruk selepas bersalin sampai ke harini.
Isteri perlukan masa untuk recover dari sakit bersalin dan nak kembalikan bentuk badan macam sebelum bersalin.
Lagi satu, yang mengandungnya isteri. Yang hadap morning sicknessnya isteri, yang hadap sakit dan azab sakit bersalinnya isteri. Saya tengok sendiri wife masih muntah-muntah beberapa jam sebelum ditolak ke labour room. Kesian sangat.
Belum lagi tambah keserabutan isteri bila menyusukan anak. Serius keadaan ketika tu macam kelam kabut dan tak terurus diri isteri dan anak.
Jadi, tak salah pakai perancang kalau kita nak isteri cantik selalu. Suami kenalah support dan bagi kerjasama.
4. FINANCIAL
Sebenarnya ini isu pokok dari semua di atas. Mungkin ada yang kata, anak itu rezeki. Rezeki tu sentiasa ada. Tak dinafikan. Esok masih hidup pun dikira rezeki. Dapat makan hari ini pun dikira rezeki, kan?
Anak saya perbelanjaan seorang pun RM1,000 sebulan.
Masa ni 100% anak minum susu ibu. Bukan susu formula. Boleh bayang kalau susu formula punya harga dikira sekali? Tu belum termasuk makan minum, pakaiannya lagi.
Dah menelan belanja RM1k lebih.
Paling kurang, bagilah kita sebagai parents dapat bernafas dan selesa dengan kedudukan kewangan sebelum menambah anak. Duit simpanan atau lebih RM1,000 tu boleh guna untuk hantar ke tadika yang berkualiti sikit.
Tambah pula sekarang anak dah masuk tadika. Annual fees segala bagai dah beribu-ribu. Saya pun sedia maklum early childhood education memang mahal. Nak yang terbaik, memang kena usahakan juga.
Tak pelik kalau chinese memang tak memiliki ramai anak. Anak mostly 2 orang saja. Paling ramai pun 3 orang. 4 orang tu kira ramailah bagi keluarga cina. Haha
Tanggungjawab perlu seiring dengan rezeki.
FAMILY PLANNING INDEED IS VERY CRUCIAL
Setelah mengambil kira semua faktor di atas, kami decide sorang saja anak buat masa ini cukup. Jangan pedulikan orang kata mental koyak ke apa sebab mereka tak berada di tempat kita.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...