Ads

Harris Annuar Bakal Timang Anak Lelaki, Asha Merican Lama Simpan Rahsia Jantina Anak Kedua!

Harris Annuar Bakal Timang Anak Lelaki

Pelakon Harris Annuar tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila mendapat tahu bahawa cahaya mata keduanya yang bakal dilahirkan tidak lama lagi merupakan bayi lelaki.

Berita gembira mengenai Harris Annuar itu dikongsikan menerusi sebuah video momen gender reveal di Instagram miliknya. Dalam perkongsian tersebut, jelas terpancar kegembiraan pada wajah Harris sebaik sahaja mengetahui dirinya bakal menimang seorang anak lelaki.

Lebih mencuri perhatian, isterinya, Asha Merican, rupa-rupanya sudah lama mengetahui mengenai jantina bayi mereka, namun memilih untuk merahsiakannya daripada Harris demi memberikan kejutan istimewa buat suaminya.

Harris Annuar Bakal Timang Anak Lelaki

Harris Annuar Teruja Bakal Timang Anak Lelaki

Momen tersebut ternyata cukup bermakna buat pasangan ini apabila reaksi spontan Harris Annuar yang begitu gembira berjaya dirakam. Daripada riak wajahnya, dapat dilihat betapa terujanya Harris menerima khabar bahawa keluarga kecil mereka bakal diserikan dengan kehadiran seorang bayi lelaki.

Harris sendiri sempat berseloroh mengenai isterinya yang berjaya menyimpan rahsia tersebut daripadanya dalam tempoh yang agak lama.

Ads

“Lama bini aku simpan rahsia ni dari aku, Alhamdulillah atas kurniaan rezeki ini ya Allah, Semoga baby sihat selalu Amin.”

Ucapan penuh kesyukuran itu turut memperlihatkan betapa Harris menghargai rezeki yang diberikan kepada keluarganya.

Harris Annuar Bakal Timang Anak Lelaki

Asha Merican Lama Simpan Rahsia Jantina Bayi

Pada majlis serba ringkas itu, Asha, Harris dan anak mereka mengenakan pakaian tema warna putih cuba memecahkan belon berwarna hitam.

Ads

Reaksi Harris Annuar juga cukup mencuit hati apabila kegembiraannya terpancar jelas selepas belon-belon biru menandakan anak lelaki berterbangan di udara. Momen yang cukup istimewa buat mereka.

Harris Annuar Bakal Timang Anak Lelaki

Fasa Baharu Harris Anuar dan Asha Merican

Kehadiran bayi kedua ini sudah tentu akan menambah seri dan kebahagiaan dalam rumah tangga Harris dan Asha. Selepas melalui pengalaman menjadi ibu dan ayah sebelum ini, pasangan tersebut kini bersedia untuk memasuki satu lagi fasa baharu dalam kehidupan mereka sebagai ibu bapa kepada dua orang cahaya mata.

Terdahulu, Harris dan Asha sebelum ini dikurniakan seorang bayi perempuan, Aura Medina yang kini berusia tiga tahun.

Ads

Baca lagi: MamaKerja2026: Ibu Bekerja Selangor Layak Mohon Insentif RM1,000 Mulai Ogos!

Sekat Video Indonesia Di Youtube, 7 Cara Berkesan Elak Anak Terpengaruh Bahasa Indonesia

MamaKerja2026 Dibuka 17 Ogos Ini, Ibu Bekerja Selangor Dapat RM1,000! 

Sumber: @harrisannuar

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak Hidap Kanser, Ayah Kerap Ambil EL Undang Sebak

Anak hidap kanser membuatkan seorang ayah kerap mengambil EL. Kisah sebenar di sebalik cutinya terbongkar selepas anak berusia empat tahun meninggal dunia.