Semua wanita yang melahirkan anak pasti mempunyai keinginan untuk memberikan susu ibu kepada bayinya.

Sedia maklum tentang khasiat susu ibu kepada kesihatan dan tumbesaran anak, maka setiap ibu berusaha menyusukan anak.

Bagi ibu yang bekerja pula, mengepam susu dan menyimpannya sebagai stok untuk diberikan kepada bayi ketika tiada di rumah menjadi satu rutin yang normal.

Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah, Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan  
Foto: Instagram Syatilla Melvin

Namun demikian tidak semua ibu dikurniakan rezeki untuk membuat banyak stok susu ibu untuk anak. Bagaimanapun asalkan susu yang dipam mencukupi untuk keperluan anak, ia sudah memadai tanpa perlu membuat stok susu yang terlalu banyak di dalam peti sejuk.

Bagaimanapun ada ibu dikurniakan limpahan rezeki susu ibu yang banyak sehingga mereka mampu membuat stok susu perahan berbotol-botol dan berpaket-paket sehingga penuh peti sejuk beku bahkan adakalanya tak sempat diminum oleh bayi tetapi stok yang baru pula terus bertambah.

Ekoran limpahan stok susu ibu yang banyak, ada sesetengah ibu ingin memberikan stok susunya kepada anak orang lain yang memerlukan.

Namun bagi ibu yang beragama Islam, ia bukan semudah yang disangka. Banyak perkara perlu dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menjadikan anak orang lain sebagai anak susuan.

Syatilla Banyak Stok Susu Badan

Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah, Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan  

Baru-baru ini, selebriti Syatilla Melvin yang baharu melahirkan anak ketiganya menyatakan hasrat untuk mendermakan stok susu ibunya kepada bayi-bayi yang memerlukan. Ini termasuklah bayi berstatus yatim piatu atau tidak sah taraf.

Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah, Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan  
Foto: Instastory Syatilla Melvin

Beliau yang bersyukur kerana dikurniakan rezeki susu yang banyak sejak anak pertama lagi meminta mereka yang berhajat menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya untuk dia mengetahui latar belakang dan maklumat lengkap bayi berkenaan.

Hasrat isteri kepada pelakon popular Shaheizy Sam ini memang baik dan boleh membantu bayi-bayi lain di luar sana yang tidak berpeluang mendapat susu ibu atas sebab-sebab tertentu.

IKLAN
Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah, Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan  
Foto: Instagram Syatilla Melvin

Namun banyak perkara perlu diberi perhatian terutama melibatkan hukum kerana perlu menjaga nasab di masa depan. Ini kerana apabila menjadi anak susuan, bukan sahaja belah ibu tetapi keturunan belah bapa juga diharamkan berkahwin.

Penjelasan Hukum Anak Susuan

Untuk sama-sama memahami peranan ibu susuan, berikut adalah penjelasan dari Mufti Terengganu, Prof. Madya Dr. Mohamad Sabri Haron mengenai kedudukan ibu kepada ibu susuan. Adakah ia dianggap mahram kepada anak susuannya.

Penyusuan dari segi bahasa ialah perbuatan menghisap susu seseorang perempuan. Manakala, dari segi istilah syarak ialah perbuatan yang dilakukan untuk mendapatkan susu seseorang perempuan atau susu yang masuk ke dalam perut seorang kanak-kanak.

Hukum seorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus mengikut syarak. Ini kerana perbuatan tersebut telah diamalkan sebelum dan selepas kedatangan Islam dan Islam memperakuinya bahkan tidak mengharamkannya.

Terdapat kebaikan ketika seseorang perempuan menyusukan seorang anak yang bukan anaknya, contoh seorang ibu meninggal dunia dan tidak dapat menyusu anaknya.

Oleh itu, keadaan ini memerlukan perempuan lain menyusukan anak tersebut bagi membolehkan anak itu meneruskan hidupnya.

Haruslah diingat bahawa terdapat kesan daripada penyusuan terhadap hubungan kekeluargaan kerana apabila seseorang perempuan menyusukan seorang anak yang bukan anaknya, anak itu akan menjadi anak susuannya dan suami perempuan tersebut turut menjadi bapa susuan kepada anak itu.

IKLAN

Justeru, anak yang disusukan haram berkahwin dengan ibu susuannya. Dia juga haram berkahwin dengan beberapa golongan daripada keturunan ibu susuannya.

Golongan tersebut termasuklah:

1. Adik-beradik perempuan ibu susuan kerana mereka adalah ibu saudara susuan.
2. Anak perempuan ibu susuan kerana mereka adalah adik-beradik susuan.
3. Cucu perempuan kepada ibu susuan (anak perempuan kepada anak lelaki ibu susuan, atau anak perempaun kepada anak perempuan ibu susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik-beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik-beradik perempuan susuan.
4. Ibu kepada ibu susuan (nenek susuan).

Begitu juga dengan beberapa keturunan dari sebelah bapa susuan yang haram dikahwini adalah sama seperti golongan keturunan ibu susuan. Golonga tersebut adalah:

1. Adik-beradik perempuan bapa susuan kerana mereka adalah ibu saudara susuan.
2. Anak perempuan bapa susuan walaupun dengan isteri yang lain kerana mereka adalah adik-beradik perempuan susuan.
3. Cucu perempuan kepada bapa susuan (anak perempuan kepada anak lelaki bapa susuan, atau anak perempuan kepada anak perempuan bapa susuan) kerana mereka adalah anak perempuan adik-beradik lelaki susuan atau anak perempuan adik-beradik perempuan susuan.
4. Ibu kepada bapa susuan (nenek susuan).

Pengharaman tersebut adalah berpandukan al-Quran dan hadis sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam surah an-Nisa’, ayat 23:

IKLAN

Maksudnya: “Dan (diharamkan juga kamu mengahwini) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu dan saudara-saudara susuan kamu.”

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda yang bermaksud:

“Penyusuan mengharamkan apa yang diharamkan disebabkan kelahiran (keturunan).”
(Hadis Riwayat Muslim & Bukhari)

Oleh itu, kedudukan ibu kepada ibu susuan adalah nenek susuan kepada anak susuan. Justeru ia merupakan mahram kepada anak susuan sebagaimana penjelasan di atas.

Sumber: Kashoorga

Kepada mama-mama yang tengah pregnant, masih sempat lagi nak join webinar Aku Tak Serik Bersalin yang akan berlangsung hari Ahad ni (26hb Jun 2022) secara online.

Daftar secara percuma di sini Webinar Aku Tak Serik Bersalin

Hasilkan Susu Badan Melimpah Ruah, Ibu Jangan Ambil Mudah Hukum Beri Susu Kepada Anak Susuan  

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI