Rezeki anak semuanya rahsia Allah. Ada pasangan yang baru berkahwin terus dikurniakan zuriat, namun ada juga yang dah lama berkahwin pun masih menunggu kehadiran anak kecil untuk mewarnai rumah tangga mereka.

Percayalah dengan izin Allah jika kita tak putus asa dan sentiasa berdoa pada-Nya, pastinya suatu hari Allah makbulkan.

Seperti kisah perjuangan Puan Nur Elesa Amira Mohd Nawi, ujian di awal perkahwinan untuk memiliki seorang anak sungguh mencabar. Ibaratnya orang kata dah habis air mata namun sokongan suami menguatkan semangatnya.

Setelah menjalani rawatan kesuburan dan pembedahan untuk memiliki anak, dua kali keguguran sehinggalah kali ketiga lahir juga seorang permata hati yang ditunggu-tunggu.

Perjuangan 6 tahun tanpa putus asa

Sempena genap 40 hari. Kami doakan kepada sesiapa yang inginkan zuriat semoga ada rezeki juga nanti..Amiinnn

“Dengar Tangisan, Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy”. Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

TRY TO CONCEIVE (TTC) UTK OUR FIRST BABY. Secara ringkas, sekadar perkongsian untuk memberi semangat pada orang yang senasib macam kami. Perjuangan kami selama 6 tahun. Allah je tahu apa kami rasa selama 6 tahun tu sebelum hadirnya zuriat sendiri.

“Dengar Tangisan, Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy”. Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

Kami bernikah pada tarikh 2 Februari 2014. Sebelum jumpa Prof Dr Hamid Arshat, kami dah merata tempat pergi untuk usaha dapatkan zuriat. Penghujung tahun 2017 kami tetapkan tarikh dengan prof untuk rawatan TTC. Masa tu klinik prof dekat Bukit Jalil.

IKLAN

Kami bermalam di hotel kawasan situ sebelum tarikh temujanji sebab kami dari Raub. Rawatan pertama kena periksa suami isteri untuk tahu masalah. Lama juga nak sampai nombor giliran.

Kena temujanji periksa tiub, yang ni sakit sangat. Dahlah masa tu kena bawa kereta sendiri. Bawa kereta sambil tekan perut. Lepas tu masalah yang prof kesan ialah rahim ke belakang dan tiub fallopian sebelah tersumbat. Tapi prof cakap boleh mengandung. Selepas itu cuba lah makan ubat subur dulu 2 cycle tapi gagal.

Rehat kejap sebab kecewa sangat masa tu. Selepas itu sambung balik temujanji 2018. Masa tu klinik prof di TDMC Jalan Klang Lama. Bincang-bincang dan ambil keputusan untuk lakukan pembedahan.

“Dengar Tangisan, Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy”. Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

Sebab kalau tak buat memang IUI ke IVF ke. Apa-apa je lah peratus berjaya tu rendah. Kos pembedahan masa tu 12k kalau tak silap (betulkan rahim dan clearkan tiub tersumbat). Dapat MC 1 bulan.

Demi anak, soal sakit nombor 2

IKLAN

Sakit rela tahan demi dapatkan anak. Hubby yang urus angkat bangun semua masa nie selama 2 minggu. Lepas tu boleh dah perlahan-lahan buat sendiri. Rehat 3 bulan dan minta temujanji untuk cuba IUI bulan 7 2019 tapi gagal juga. Malas dah nak fikir. Tiba-tiba mengandung sendiri bulan 10 2019. Siap apply cuti tanpa gaji, rehat kat rumah tapi umur baby tak panjang. 12 weeks je anak syurga dapat bertahan sebab tak membesar dan jantung baby stop.(yg nie xyah story sb dh buat story aritu masa gugur)☺️
Yg nie kali ketiga dah sbnrnya peknen

“Dengar Tangisan, Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy”. Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

Allah bagi berita gembira

Masuk tahun 2020 bulan 4 dapat berita gembira lagi. Alhamdulillah sujud syukur sangat-sangat.

Allahuakbar3x tak sangka kali ni cepat pula. Tapi tak berharap pun sebab rasa macam period pain. Lepas tu Covid-19 baru start. Banyak WFH dan bulan puasa pula sempat puasa berapa hari je sebab spotting tapi UPT makin terang.

“Dengar Tangisan, Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy”. Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

IKLAN

Masa ni tak tahu tahu berapa banyak kali scan swasta nak tengok perkembangan baby dan alhamdulillah baby membesar ikut usia. Masa ni sangat berhati-hati dan mabuk pening tak boleh bawa bincang masa kerja.

Sekarang Alhamdulillah Ya Allah..nikmat apa lagi hambamu dustakan. Betul la orang cakap. Bila kita ikhlas untuk redha, dekatkan dengan Allah baca al-Quran banyak-banyak, doa sungguh-sungguh amal apa yang elok.  Sedekah setakat mampu, jangan berkira.

“Dengar Tangisan, Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy”. Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

Hadir seorang khalifah ceriakan permata mummy daddy

Akhirnya welcome our baby boy 5 January 2021 @ 9.35am. Allahuakbar macam mimpi dah jadi mummy daddy. Menangis masa dengar suara baby dalam bilik OT. Saya bersalin czer sebab big baby (3.98 kilogram). Saya tak ada history kencing manis ke apa sepanjang mengandung. Makan je banyak. Hubby tak boleh masuk bilik OT. Kena tunggu di luar.

“Dengar Tangisan, Ya Allah Mengalir Air Mata Mommy”. Rezeki Selepas 6 Tahun Tunggu

Semoga baby Muhamad Aryan Ziqri Bin Muhamad Asraff membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh. Amiinnn, alhamdulillah

Kredit: Elesa Amira

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI