Hati-Hati Beri Anak Makan Buah-Buahan Kecil. Ikuti 6 Tip Doktor Ini Untuk Elak Tercekik

Share

Hati-hati ketika hidangkan anak buah-buahan kerana jika salah caranya ia boleh meningkatkan risiko tercekik. Ikuti 6 tip doktor ini.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengalamannya dan kes-kes yang pernah dikendalikan berkaitan tercekik buah di kalangan kanak-kanak.

Beri anak kecil makan buah-buahan dan sayuran adalah sesuatu yang amat digalakkan. Namun, ia boleh jadi berbahaya jika kita tidak berhati-hati.

Semasa saya bertugas di Jabatan Kecemaaan & Trauma, saya ada terima beberapa kes kematian kanak-kanak kerana tertercekik buah-buahan.

Buah dalam bentuk whole boleh menyekat salur pernafasan

Jika kanak-kanak tercekik buah seperti anggur dan tomato ceri yang utuh (whole) ia boleh meyekat salur pernafasan dan boleh membawa maut.

Ada kanak-kanak yang tercekik biji buah

Ada juga kes kematian yang melibatkan tercekik biji buah buahan seperti mata kucing dan laici serta berbiji yang agak besar seperti cempedak dan durian.

6 tip ketika menghidangkan buah-buahan kepada anak kecil

Ibu bapa hendaklah prihatin kepada perkara berikut:

#1 PILIH BUAH SESUAI DENGAN UMUR

Pilih buah buahan yang sesuai dengan umur anak anda. Mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.

#2 BUANGKAN BIJI

Jika buah itu mempunyai biji yang keras, maka buangkan dahulu bijinya. Contoh: mata kucing, laici, cempedak, duku, langsat dan sebagainya.

#3 DIBELAH MENEGAK

Buah kecil seperti anggur hendaklah dibelah dua atau empat secara menegak(atas ke bawah). Jangan di belah melintang. Rujuk gambar.

#4 DIPOTONG PADA SAIZ SESUAI

Buah besar, hendaklah dipotong pada saiz dan bentuk sesuai. Elok dipotong memanjang atau meleper.

#5 BELAJAR TEKNIK BILA ANAK TERCEKIK

Ibu bapa disarankan agar belajar teknik mengeluarkan bendasing yang tercekik di tekak secara teknik Heimlich. Rujuk gambar.

#6 SEGERA TELEFON AMBULANS

Telefon ambulans, atau bawa anak ke hospital dengan segera jika gagal mengeluarkan benda yang menyekat salur pernafasan.

Mohon sebarkan. Informasi ini boleh selamatkan nyawa kanak-kanak.

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

[Artikel berkaitan:7 Makanan Jejari Elok Diberi Sebagai Selain Hidangan Makanan Utama. Tapi Sebelum Itu Periksa Bayi Dah Sedia Atau Belum]

IKLAN