Hati-hati ketika hidangkan anak buah-buahan kerana jika salah caranya ia boleh meningkatkan risiko tercekik. Ikuti 6 tip doktor ini.
Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pengalamannya dan kes-kes yang pernah dikendalikan berkaitan tercekik buah di kalangan kanak-kanak.
Beri anak kecil makan buah-buahan dan sayuran adalah sesuatu yang amat digalakkan. Namun, ia boleh jadi berbahaya jika kita tidak berhati-hati.
Semasa saya bertugas di Jabatan Kecemaaan & Trauma, saya ada terima beberapa kes kematian kanak-kanak kerana tertercekik buah-buahan.
Buah dalam bentuk whole boleh menyekat salur pernafasan
Jika kanak-kanak tercekik buah seperti anggur dan tomato ceri yang utuh (whole) ia boleh meyekat salur pernafasan dan boleh membawa maut.
Ada kanak-kanak yang tercekik biji buah
Ada juga kes kematian yang melibatkan tercekik biji buah buahan seperti mata kucing dan laici serta berbiji yang agak besar seperti cempedak dan durian.
Ads
6 tip ketika menghidangkan buah-buahan kepada anak kecil
Ibu bapa hendaklah prihatin kepada perkara berikut:
#1 PILIH BUAH SESUAI DENGAN UMUR
Pilih buah buahan yang sesuai dengan umur anak anda. Mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.
Ads
#2 BUANGKAN BIJI
Jika buah itu mempunyai biji yang keras, maka buangkan dahulu bijinya. Contoh: mata kucing, laici, cempedak, duku, langsat dan sebagainya.
#3 DIBELAH MENEGAK
Buah kecil seperti anggur hendaklah dibelah dua atau empat secara menegak(atas ke bawah). Jangan di belah melintang. Rujuk gambar.
Ads
#4 DIPOTONG PADA SAIZ SESUAI
Buah besar, hendaklah dipotong pada saiz dan bentuk sesuai. Elok dipotong memanjang atau meleper.
#5 BELAJAR TEKNIK BILA ANAK TERCEKIK
Ibu bapa disarankan agar belajar teknik mengeluarkan bendasing yang tercekik di tekak secara teknik Heimlich. Rujuk gambar.
#6 SEGERA TELEFON AMBULANS
Telefon ambulans, atau bawa anak ke hospital dengan segera jika gagal mengeluarkan benda yang menyekat salur pernafasan.
Mohon sebarkan. Informasi ini boleh selamatkan nyawa kanak-kanak.
Jangan pandang rendah kepada aktiviti rangsangan kepada si kecil. Sesuaikan setiap aktiviti dengan tahap perkembangan anak. Ibu ini berkongsi 8 aktiviti yang dilakukan bersama bayinya ketika anaknya sudah boleh duduk.
Rangsangan atau aktiviti sensori yang diterimanya akan membantu bayi untuk membina sambungan antara sel-sel otaknya di samping melatih skil dan koordinasi anggota badan seperti mata-tangan, cara mencubit, menyepit dan sebagainya.
BAYI KURANG MERAGAM & BONDING ANTARA MAMA PAPA & BAYI
Tidak sekadar untuk penerokaan minda, ia juga dapat membantu bayi kurang meragam kerana bayi diberikan peluang untuk melakukan pelbagai perkara. Bonding atau ikatan dengan mama/ papa dengan anak juga menjadi bertambah erat.
Menurut Puan Nur Anis Syazwani Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Wani, aktiviti ini dilakukan kepada bayinya, Zaid Hamizan. Berikut ialah aktiviti yang telah dijalankan bersama si kecil. Tidak mustahil, mama papa pun boleh cuba lakukannya juga bersama si manja.
TAHUN PERTAMA ANAK PERLU DIRAIKAN
Pada pendapat saya, kita perlu raikan tahun pertama anak sebagai khalifah yang berpotensi. Saya mahu lebih ramai lagi yang menghargai ruang dan peluang yang ada khususnya di awal perkembangan.
#1 SENTUH DAN RASA: BUAH-BUAHAN DAN WARNA
#2 SENTUH DAN RASA: RASA SEJUK
#3 PENGASINGAN OBJEK MENGIKUT WARNA
#4 MENGGENGGAM & MERASA TEKSTUR
#5 STORY TELLING: PEEK A BOO
#6 RANGSANGAN SENSORI: SENTUH DAN RASA TEKSTUR BERBEZA
Seperti yang diketahui, ikan adalah makanan sihat, kaya dengan omega-3 untuk membina asid lemak otak dan manfaat lain
Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, bayi antara usia 6 bulan dan 1 tahun yang makan ikan mempunyai risiko 36 peratus lebih rendah untuk terkena asma di kemudian hari.
Malah dalam tempoh anak yang berusia 0 hingga 6 bulan ini, sistem kekebalan tubuh anak sedang diprogramkan dan nutrisi yang dijumpai dalam asid lemak omega 3 ikan dan vitamin D, boleh mempengaruhi proses ini.
Jadikan pilihan utama
Tekstur ikan yang lembut dan mudah dikunyah antara pilihan yang sesuai untuk bayi yang baru belajar makan untuk merasainya.
Memilih ikan tanpa tulang dan kulit antara yang terbaik seperti ikan salmon atau beberapa jenis ikan lain lagi. Jadi jangan ragu-ragu untuk menambahkan ikan ke dalam makanan si kecil. Ini antara 5 manfaat lain ikan untuk anak:
1. Bayi lebih cerdas
Kajian yang dibuat dalam jurnal Pediatrics tahun 2003 menyatakan ibu yang mengambil suplemen omega-3 sepanjang kehamilan dan menyusukan bayi, ternyata memiliki bayi dengan kemampuan kognitif lebih tinggi ketika usia mereka 4 tahun. Malah anak-anak yang bersekolah dan diberi suplemen omega-3 menunjukkan peningkatan kemampuan membaca. Otak anak berkembang dengan cepat sebelum lahir dan terus berkembang di tahun pertama kehidupannya. Jadi, inilah waktu yang ideal untuk memberikan DHA dalam menu seharian anak.
2. Meningkatkan fokus
Kajian lain turut menyatakan bahawa anak yang ibunya memiliki kadar DHA lebih tinggi dalam darah ketika saat melahirkan lebih mampu mempertahankan fokus pada objek dibandingkan anak yang ibunya memiliki kadar DHA rendah.
3. Memperbaiki penglihatan
DHA telah terbukti membantu menajamkan penglihatan pada bayi.
4. Meningkatkan imuniti badan
DHA juga telah dikaitkan dengan peningkatan kekebalan tubuh. Dalam satu kajian, kanak-kanak yang minum susu formula yang diperkaya dengan minyak ikan, memiliki kadar protein lebih tinggi-yang menunjukkan fungsi kekebalan tubuhnya-dibanding kanak-kanak yang minum susu formula biasa.
5. Mencegah ekzema
Omega-3 dapat mengurangkan keradangan di seluruh bahagian tubuh, termasuk kulit. Menambahkan potongan salmon atau tuna ke dalam makanan si kecil sebelum usianya 9 bulan, dapat membantu melindungi anak dari risiko alergi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seringkali ibu merasa serba salah untuk cuba sendawa bayi yang telah tertidur selepas menyusu kerana khuatir ia akan membuat bayi terjaga. Soalnya, adakah ‘wajib’ menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan?. Apakah ia memudaratkan jika tidak di lakukan?
Menurut Konsultan Tangisan Bayi Pertama Malaysia, Puan Uswatun Hasanah, jawapannya tergantung kepada bayi anda dan keperluannya. Sebahagian bayi mempunyai lebih banyak gas, mudah/kerap sendawa berbanding yang lain.
Maka mereka perlu disendawakan setiap kali selepas penyusuan untuk mengelakkan gumuh atau ketidakselesaan akibat angin yang terperangkap di bahagian abdomennya. Kedua-dua keadaan ini lambat- laun bakal menganggu tidur bayi jika cubaan menyendawakannya tidak dilakukan sebelum bayi lebih lena. Menyendawakan bayi sejurus selesai penyusuan iaitu ketika bayi masih baru terlelap selalunya lebih mudah dan jarang membuat bayi terjaga kerana mereka masih ‘mamai’ dan dalam kesedapan setelah puas dan selesa dengan perut yang penuh.
Tak perlu memaksa bayi untuk sendawa setiap kali selepas menyusu jika bayi anda pada amnya jarang/sukar sendawa, nampak baik-baik sahaja tanpa sendawa dan tidak masalah besar dengan isu gas atau sendawa ini. Selalunya, bayi yang menyusu susu ibu kurang menyedut gas atau udara lebihan jika teknik lekapan mereka tepat. Pastikan botol bayi condong 45 darjah, jika anda menggunakan botol agar permukaan botol dipenuhi susu sahaja manakala udara/gas hanya berada di dasar botol. Jangan mengoyang-goyang bayi, membiar bayi kecil ‘memegang’ botol sendiri atau menyendal botol dengan kain agar bayi ‘menyusu sendiri’ kerana aliran susu yang tidak dapat dikawal dikhuatiri akan tersalah memasuki saluran pernafasan dan membuat bayi tercekik.
Amat membantu jika para ibubapa dan penjaga mengenali bunyi tangisan ‘saya ingin sendawa’ yang dibuat semua bayi ketika mula merasa tak selesa akibat kehadiran udara/gas dibahagian abdomen yang berbunyi ‘Eh, Eh, Eh’. Ia ‘tutur’kan bayi secara bersiri ibarat bunyi enjin kereta rosak yang cuba dihidupkan. Ia terhasil bila abdomen bayi mengalami kontraksi ketika cubaan menolak angin yang terperangkap untuk keluar sebagai sendawa.
Kegagalan ibubapa menyendawakan bayi ketika dia telah memberi isyarat tak selesa kerana ingin sendawa, akan selalunya menyumbang kepada 2 situasi paling biasa berikut;
Jika bayi membuat tangisan ingin sendawa dan ibu salah fahaminya sebagai tangisan lapar, lalu ibu menyususkan bayi, susu yang masuk ke dalam badan bayi akan berada di atas angin yang masih terperangkap didalam abdomen nya. Katakanlah angin berjaya dikeluarkan selepas itu, ia akan keluar bersama-sama susu yang telah ditelan tadi. Ia bukan saja ‘membazirkan’ masa penyusuan dan susu itu sendiri, malah ada ibu yang mungkin panik melihat banyaknya susu yang di muntahkan bayi.
Atau lebih teruk..
Angin yang awalnya terperangkap di dalam abdomen tidak dibantu dikeluarkan melalui proses menyendawakan bayi akan akhirnya bergerak ke dalam perut dan menyebabkan kembung.
P/S ‘Hingga usia berapakah bayi perlu di bantu untuk di sendawakan?’.
Jawapannya: bila bayi telah masuk usia pandai duduk. Ini kerana perbuatan duduk akan membantu gas di tolak sendiri ke atas untuk sendawa
Lihat gambarajah untuk idea posisi terbaik menyendawakan bayi.
Anak bongsu menyusul pergi sebulan selepas isteri dan anak sulung terkorban kemalangan jalan raya. Seorang bapa sekali lagi diuji apabila anak bongsunya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hanya sebulan selepas kehilangan isteri dan anak sulung dalam kemalangan.