Tahun 2025 merupakan kali pertama diadakan Top Educator Pa&Ma yang menghimpunkan jenama-jenama hebat dari institusi kewangan, taska, pra sekolah, dan pusat perkembangan kanak-kanak untuk diraikan penuh makna.
Ia bukan sekadar penganugerahan tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, keringat dan komitmen mereka yang bekerja tanpa penat demi memastikan ibu bapa di Malaysia dapat memilih pendidikan terbaik untuk anak-anak. Buat julung kalinya telah menyaksikan satu nama yang cukup menonjol dan layak diangkat iaitu Hawary Education bagi anugerah Pusat Mesra Asuhan Kanak-Kanak & Taman Didikan Awal Kanak-Kanak Holistik.
Madam Linda, Sosok Pendidik Dengan Jiwa Penyayang
Di sebalik perjalanan Hawary Education berdiri seorang tokoh pendidikan yang rendah hati namun besar wawasannya, Roszlinda Sham, atau mesra dipanggil Madam Linda. Beliau merupakan graduan Master Pendidikan Awal Kanak-Kanak, dan sejak awal sudah menanam tekad bahawa pendidikan awal bukan sekadar mengajar ABC dan 123, tetapi membina asas emosi, sosial dan karakter anak.
Kehalusan nilai seorang pendidik jelas terpancar dalam pendekatan kepimpinannya yang tegas pada standard, lembut pada jiwa dan sentiasa percaya bahawa setiap anak berhak mendapat asuhan berkualiti tinggi.
Selain keteguhan semangatnya dalam membina generasi baharu yang berkualiti, wanita hebat ini juga bergiat aktif dalam NGO bagi komuniti sokongan bagai B40 & asnaf sekitar Johor Bahru.
Bermula Dari Tekad, Terbina Sebuah Institusi
Hawary Education bermula pada tahun 2008, lahir daripada keinginan Madam Linda untuk menyediakan ruang pembelajaran yang lebih holistik dan mesra kanak-kanak. Apa yang ketika itu bermula sebagai satu pusat kecil kini berkembang menjadi 7 cawangan, hasil keyakinan ibu bapa serta budaya kerja yang konsisten dan penuh kasih.
Ads
Titik permulaan ini menjadi saksi bagaimana sebuah visi peribadi berubah menjadi institusi pendidikan yang dipercayai.
Tenaga Pendidik Hebat Yang Menjadi Tulang Belakang
Kekuatan Hawary Education terletak pada pasukan pendidiknya. Dengan 65 pendidik terlatih serta 10 staf pentadbiran, setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran pembelajaran bukan sahaja ceria, tetapi selamat dan menyeluruh.
Selari dengan misi mereka, setiap pendidik diperkasakan dengan latihan profesional, peka dengan isu semasa, mempraktikkan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak (DPKK), dan menjadi role model kepada murid dan ibu bapa.
Ads
Misi dan Visi Yang Menyempurnakan Matlamat Pendidikan Awal
Hawary Education mempunyai misi yang jelas bagi memastikan semua pendidik berpengetahuan, penyayang, sabar dan profesional, serta sentiasa mempraktikkan perlindungan kanak-kanak sebagai asas kerja mereka.
Visi mereka pula memberi fokus kepada pendekatan Belajar Melalui Bermain, supaya lahir modal insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi. Pendekatan ini bukan sahaja selari dengan keperluan kanak-kanak abad ini, tetapi juga mencerminkan identiti Hawary sebagai pusat pendidikan yang holistik dan berpaksikan kasih sayang.
Kejayaan Demi Kejayaan Yang Mengukuhkan Reputasi
Kepercayaan masyarakat terhadap Hawary Education bukan lagi satu persoalan apabila melihat deretan pencapaian yang berjaya diraih. Antaranya termasuk:
Ads
ASEAN Women Entrepreneurs Network (AWEN) Awards (2025)
BritishPedia Media Roszlinda Binti Sham, Pengasas Hawary Education disenaraikan di dalam buku ensiklopedia “Successful People in Malaysia & Singapore”
Asia Trusted Award 2025
Anugerah Kecemerlangan Industri 2025 (AKI)
SME100® Awards 2025 – Malaysia’s Fast Moving Companies
Parents’ Choice Awards 2025 – Best Islamic Early Childhood Programme (Johor)
Jenama Pilihan Pa&Ma 2024 – Pusat Asuhan & Didikan Mesra Kanak-Kanak
Award Educational Entrepreneur 2024 (Edupreneur of the Year)
Malaysia Influential Women Entrepreneurs (MIWE) 2024 & 2025
Penarafan 4 Bintang (Taska Berdaftar Negeri Johor)
Setiap anugerah bukan sekadar simbol prestij, tetapi bukti komitmen Hawary dalam mengekalkan standard tinggi.
Perancangan Masa Depan Yang Lebih Besar Dan Bermakna
Melangkah ke fasa baharu, Hawary Education merangka perkembangan strategik antara tahun 2026 hingga 2030 dengan pembukaan 10 cawangan baharu, selain pembangunan 2 Pusat Latihan PAKK.
Fokus ini bukan sekadar pembesaran, tetapi usaha menyediakan lebih ramai pendidik awal kanak-kanak yang berkemahiran, dan seterusnya memperluaskan akses pendidikan berkualiti kepada pelbagai komuniti.
Harapan Untuk Anak-Anak Malaysia
Hawary Education membawa satu harapan besar untuk masa depan pendidikan awal. Ini kata-lata Madam Linda tentang harapannya untuk masa depan Hawary Education:
“Hawary Education bertekad untuk terus memperkukuh kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak melalui peningkatan standard kualiti, peluasan program berimpak tinggi, serta pembangunan latihan bagi warga pendidik awal kanak-kanak (key player industry) yang kompeten dan berintegriti, demi memastikan setiap anak dididik dalam persekitaran yang holistik, selamat dan penuh nilai murni.”
Harapan ini menjadi nadi kepada setiap langkah mereka bahawa pendidikan awal yang berkualiti adalah hadiah pertama dan terpenting untuk setiap anak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak sayang anak kerana itulah amanah buat kita. Bagi Datin Almy Nadia, dia selesa menguruskan empat anak perempuannya sendiri tanpa bantuan pengasuh.
Malah menerusi akaun Tik Tok, isteri kepada pelakon handalan, Datuk Fizz Fairuz itu mengakui selesa menguruskannya sendiri berbanding meletakkan tanggungjawab itu kepada pengasuh. Apa lagi ketika mahu pergi ber ‘me time’ bersama kawan-kawan.
Akui Almy lagi, dia rela mengorbankan segalanya demi harta dunia akhiratnya bersama suami.
“Saya korbankan segala-galanya demi harta akhirat saya iaitu anak-anak saya. Tak apalah. Mula-mula bila ada anak satu rasa give up, stress dan sedih.
“Tapi bila dah ada dua, tiga dan empat, saya dah tak rasa benda tu. Saya rasa seperti ‘heaven’. Orang yang rasa stress tu mungkin dia rasa tak suka.
” Saya rasa happy. Saya punya prinsip, tak tahu orang lain macam mana. Mungkin diorang fikir hantar jelah anak pergi rumah pengasuh untuk dapat “me time, boleh keluar dengan kawan-kawan.
“Tapi saya tidak ada kehidupan dengan kawan-kawan, kami on the phone saja. Saya tak tahu la orang lain,” katanya lagi berkongsi.
Jelas Almy lagi, dia amat bersyukur kerana dapat membesarkan anak-anaknya sendiri tanpa bantuan orang lain selain dapat memasak makanan kegemaran anak-anak setiap hari.
“Mungkin orang kata, dia Datuk Datin ambil jelah pembantu rumah, sibuk nak jaga sendiri buat apa. Kita tak tahu pemikiran orang tu macam mana, rambut pun warna lain.
“Tak ada kawan tak apa tapi harta dunia akhirat saya selamat. Saya dapat jaga anak-anak saya depan mata. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang,” kongsinya.
Dalam pada itu, rata-rata wargamaya memuji tindakan Almy kerana sanggup berkorban masa dan kehidupannya demi membesarkan anak-anak.
Rezeki kurniaan Allah! Siapa sangka, penantian selama 32 tahun Datuk Rosyam Nor berakhir apabila beliau selamat menimang cucu lelaki pertama yang ditunggu-tunggu selama ini.
Perasaan gembira dan kesyukurannya itu dikongsikan di instagram. Sebelum ini Datuk Rosyam sudah pun mempunyai tiga orang cucu perempuan.
“32 TAHUN! Alhamdullilah. Lama sangat tunggu..Terima kasih Allah kerana kurniaanMu”
Dalam perkongsian sama, Datuk Rosyam juga memberitahu, hasil perkahwinannya, beliau dan isteri telah dikurniakan 5 anak perempuan.
“HASIL PERKAHWINAN AKU..Dikuniakan 5 anak perempuan. Alhamdullilah”
HASIL PERKAHWINAN ANAK SULONG @_nieshafiz..Dikurniakan 3 cucu perempuan. Alhamdullilah”
Penantian yang sangat lama dan mengambil masa lama menunggu sang hero. Akhirnya tanggal 15 November 2021, Allah makbulkan doa selama ini.
“Proses panjang selama 32 tahun, tunggu Sang Hero. Alhamdullilah semalam anak aku @_aniskiss selamat melahirkan. Alhamdullilah. CUCU LELAKI !yeyyyy
Tiga cucu perempuan yang menjadi penyeri Datuk Rosyam selama ini
Terimakasih Doktor dan staff di @andorrahospitalofficial. Apa nama nak letak ni?.
Diruangan komen, rakan artis tumpang gembira dan mendoakan yang baik-baik untuk Datuk Rosyam Noor sekeluarga.
Tahniah buat Datuk sekeluarga. Lepas ni dah ada geng lah ye. Atoknya masih handsome bergaya lagi tu.
Kredit: IG Datuk Rosyam Noor
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Si comel Nur Fatima Aisya, anak pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin sememangnya cukup petah berkata-kata. Ada sahaja yang dibualkannya bersama ibu dan ayahnya.
Terbaru, menerusi akaun rasmi famili kecil itu, @fattzuralovelife, Fazura memuat naik video comel Fatima yang memandang ke luar jendela di sebalik langsir.
Namun paling menarik pastinya kapsyen ringkas perbualan Fatima yang mengadu nasib dengan neneknya dek kerana merasa kesunyian ditinggalkan ibu dan ayahnya yang terpaksa keluar bekerja.
“Semalam nak tidur dia cakap kat nanny dia.
“Sian Nyamma. Daddy work work, mommy work work, nenek nak dodo (tidur)..” kongsi pasangan ini dikapsyennya.
Biar pun masih kecil namun kata-kata si kecil yang cukup petah berkata-kata ini menarik perhatian ramai.
Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji kebijakkan yang dimiliki Fatima biar pun baru berusia hampir dua tahun.
Tidak kurang juga yang memujuk anak kecil ini untuk bersabar seketika sebelum dapat meluangkan masa bersama-sama ibu dan ayahnya bercuti kelak.
Terdahulu, Nur Aisya Fatima, kesayangan Fazura dan Fattah Amin dilahirkan pada 2 Oktober 2020. Fatima bakal berusia dua tahun tidak berapa lama lagi.
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.