Mandian Buah & Daun Limau Purut Kembalikan Kesegaran Tubuh, Hilang Segala Letih, Lesu
Letih dan lesu. Itulah yang sering dirasakan selepas seharian sibuk bekerja. Tubuh rasa letih dan tidak bermaya. Sampai sahaja di rumah kalau boleh hendak terus tidur sahaja. Apa kata mama cuba mandi dengan air buah dan daun limau purut supaya tubuh berasa kembali segar.
Daun limau purut berbau harum dan bau ini membantu melegakan keletihan. Daun dan buah limau purut turut membantu menyingkirkan toksin dari badan dengan baik. Bertindak sebagai antibakteria, limau purut membantu mengatasi masalah bau badan.
Cara penyediaannya mandian limau purut sangat mudah. Selain buah limau purut, daunnya juga sesuai untuk dijadikan mandian bagi melegakan tubuh yang keletihan. Hasilnya tubuh kembali sengar dan bertenaga jika diamalkan sekurang-kurangnya seminggu sekali atau bila perlu.
CARA-CARA MANDIAN MENGGUNAKAN BUAH DAN DAUN LIMAU PURUT:
1. Ambil 10 helai daun limau purut. Hiriskan halus-halus.
2. Ambil 5 biji buah limau purut, potong menjadi 4.
3. Masukkan kedua-dua bahan tadi ke dalam satu baldi air suam.
4. Ramaskan daun limau purut dan perah buah limau purut untuk mengeluarkan airnya.
Ads
5. Gunakan air tadi sebagai bilasan terakhir semasa mandi.
6. Ratakan ke seluruh badan terutamanya bahagian kepala dan rambut.
7. Air mandian ini akan membantu membuang toksin yang terkumpul dalam badan anda.
INFO TENTANG BUAH LIMAU PURUT:
1. Limau purut atau nama saintifiknya Citrus hystrix yang bermaksud ‘Landak’ dalam bahasa Greek kerana batang dan rantingnya yang berduri.
2. Limau purut juga dikenali dengan beberapa nama lain diseluruh dunia seperti Keiffer lime atau Kafir lime dalam bahasa Inggeris.
3. Pokok limau purut boleh tumbuh di negara kita dengan subur jika dijaga dengan baik iaitu sehingga 30 meter tinggi.
Ads
4. Ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand sejak lama dahulu sehingga sukar di kesan habitat asalnya.
5. Tanaman limau purut memerlukan kawasan lapang yang mendapat cahaya matahari penuh tanpa lindungan.
6. Limau purut dapat tumbuh dengan subur pada suhu 25 darjah celcius hingga 30 darjah celcius namun limau purut juga dapat tumbuh dengan subur pada tahap suhu yang lebih tinggi iaitu sehingga 38 darjah celcius.
7. Jenis tanah yang sesuai untuk tanaman limau purut ialah tanah 10 meter dan 10 meter berpasir dengan peratusan liat 7 hingga 27 peratus, debu (silt) 25 hingga 50 peratus dan pasir kurang daripada 50 peratus.
8. Jenis-jenis tanah andosol dan latosol sangat sesuai untuk penanaman limau purut.
9. Limau purut dapat tumbuh dengan baik pada pH tanah 5.5 hingga 6.5 dan pH optimum 6.0.
Ads
10. Kawasan yang sesuai untuk tanaman limau purut juga mesti mempunyai aras air bawah tanah pada kedalaman 150 hingga 200 sentimeter.
11.Tanaman limau purut juga memerlukan saliran yang baik dengan aras air sekitar 50 sentimeter dari permukaan tanah pada musim hujan.
12. Daun limau purut mempunyai bentuk tersendiri dengan tangkai daun (petiole) bersayap yang memberi gambaran dua helai daun yang dicantumkan hujung ke hujung. Bahagian daun ini seakan nombor ‘8’ dan berwarna hijau muda bagi daun dibahagian pucuk dan menjadi hijau gelap apabila tua.
13. Minyak pati limau purut yang mempunyai sifat-sifat antiseptik, astringen dan antibakteria membolehkannya digunakan dalam produk untuk merawat luka, lebam dan sengatan serangga berbisa.
14. Minyak pati limau purut yang dicampurkan ke dalam minyak urut pula dapat memberikan kesegaran dan merangsang perjalanan darah yang lancar pada kulit.
15. Penggunaan pati limau purut dalam air mandian terapeutik dan minyak urut juga dapat membersihkan kulit.
Selepas bersalin wanita lazimnya akan mengalami beberapa perubahan fizikal termasuklah perubahana saiz kaki yang ketara seperti yang dialami oleh pelakon dan penerbit, Liyana Jasmay.
Dia yang berkongsi di Instagram miliknya baru-baru ini memilih untuk menjual beberapa pasang kasut berjenama miliknya, termasuk kasut yang dipakai pada hari perkahwinan 7 tahun yang lalu.
Dalam posting tersebut pelakon Papadom ini memuat naik video pendek menunjukkan kasut-kasut yang akan dijual.
Liyana menjelaskan, saiz kakinya itu telah berubah selepas dia melahirkan anak pertamanya iaitu Sofia Arissa kira-kira enam tahun lalu.
“After I beranak, I dah tak muat dah. Jadi sebab itulah saya nak jual. Tak ada sebab untuk saya simpan lagi kasut-kasut ini meski saya suka,” kata pelakon berusia 32 tahun ini menerusi paparan video yang dimuat naik.
Di kapsyen posting tersebut pula, Liyana menyatakan saiz kakinya sebelum ini adalah 35 atau 35.5 sebelum berubah menjadi saiz 36.5. Malah kasut-kasut yang mahu dijual itu sangat berharga dan ada makna tersendiri bagi dirinya.
“My shoes for sales! 35.5 and size 35. DM me if you are interested! Lols I bebel bnyk sambil show u my shoes. But basically kasut-kasut ni I jarang pakai. So after beranak kan Sofia, kaki I besar jadi size 36 and half.
“Oh well.. These shoes are so precious to me. Sbb tu la lama I fikir nak jual ke tak!? So if any of you girls yg kaki size 35.5 and size 35 can DM me if you are really interested okay?,” tulisnya.
Untuk makluman, Liyana mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Fathudin Mazlan pada Februari 2013. Pasangan ini dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Sofia Arissa dan Selena.
Untuk mama-mama yang kasut saiz macam Liyana Jasmay tu bolehlah usha instagramnya, mana tahu ada yang berkenan bolehlah beli prelove daripada Liyana Jasmay.
Sumber: Media Hiburan & IG Liyana Jasmay
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila anak tidak sihat dan demam pastinya ibu bapa risau. Tambah lagi dengan kes Covid-19 yang semakin tinggi, lagi menyebabkan kerisauan semua orang. Seboleh mungkin ibu bapa tak mahu anak-anak sakit.
Ini kerana bila anak tak sihat, segala pergerakan jadi terbatas. Daripada seorang yang aktif bermain, selera makan akan berkurang dan asyik merengek kerana tak selesa. Tambah pula jika ada batuk dan berkahak. Bila ada simptom ini, tidur anak pun pasti terganggu.
Bagi mengelakkan keadaan lebih terkawal dan ibu bapa pun tak stres, boleh cuba teknik tepukan dada untuk anak yang berkahak seperti perkongsian seorang doktor.
Menerusi perkongsian video berdurasi kurang dua minit itu, bayi berusia bawah setahun, kanak-kanak yang ke sekolah dan kanak-kanak istimewa mudah berkahak. Kahak yang ada akan menyebabkan mereka mudah penat.
Jadi, sebagai langkah untuk menjaga paru-paru anak, ibu bapa boleh mencuba teknik chest physio untuk menguatkan paru-paru anak.
Menurut doktor itu, ibu bapa perlu pegang anak-anak dan pastikan mereka dalam kedudukan selesa. Kemudian, tepuk dari atas ke bawah tetapi pastikan tangan sedikit curve.
Ulang langkah tersebut depan dan belakang. Pastikan kena selalu rajin buat supaya kahak dan paru-paru anak akan vibrate. Bila vibrate kahak akan cepat hilang. Selamat mencuba!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayi baru lahir memiliki kulit yang nipis berbanding kulit orang dewasa. Menjaga kulit bayi agak rumit kerana ia agak sensitif. Mama papa perlu mengetahui apa yang perlu dielakkan agar si manja terhindar daripada masalah kulit.
Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu kaedah untuk merawat anak yang mempunyai kulit sensitif. Kalau tersalah kaedah rawatan mungkin boleh menyebabkan kulit anak lebih teruk.
Ruam Panas
Ruam panas ialah biji kecil kemerah-merahan. Ia biasanya muncul pada bahagian-bahagian badan bayi anda yang terdedah kepada peluh, seperti leher, kawasan lampin, ketiak dan pada pelipatan kulit.
Cara merawatnya ialah dengan mendedahkan bahagian tersebut ke persekitaran yang lebih dingin, sentiasa kering dan memastikan bayi berpakaian kain kapas yang longgar.
Kepala Berkerak
Kulit kepala berkerak selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua dan biasanya hilang dalam tahun pertama. Keadaan ini juga dipanggil dermatitis seboroik yang disebabkan oleh minyak yang berlebihan dan muncul sebagai kulit bersisik, berlilin, ruam merah pada kulit kepala, kening, kelopak mata, sisi hidung, atau dibelakang telinga, keadaan ini selalu terjadi kepada bayi yang mempunyai ekzema.
Dapatkan rawatan atau dapatkan syampu khas untuk menghilangkan kerak ini, jangan sesekali mengikis atau menanggalkannya sendiri.
Ekzema
Ekzema juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah ruam kulit yang biasanya muncul sebelum anak mencapai usia lima tahun. Pada bayi ia cenderung muncul pada pipi dan kulit kepala, tetapi ia boleh merebak ke lengan, kaki dan dada atau bahagian tubuh yang lain.
Selepas tahun pertama kanak-kanak, ia mungkin muncul di bahagian dalam siku, belakang lutut, pergelangan tangan, pergelangan kaki dan lain-lain. Kuli bayi akan kering dan kemerah-merahan.
Dapatkan rawatan dengan segera agar penyakit ini dapat dikawal.
Ruam Lampin
Jika bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipatan paha dan bahagian sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana kerengsaan kulit kerana lampin yang terlalu ketat; lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau disebabkan oleh detergen, lampin, tisu lembab yang mengandungi bahan kimia yang keterlaluan.
Cara terbaik untuk mengurangkan kerengsaan ini ialah dengan membiarkan bahagian tersebut sentiasa kering serta menambah kekerapan menukar lampin.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!