HB Anak Rendah & Berat Tak Cukup, Semak Cara Berikan Zat Besi. Elak Makanan Halang Penyerapan!

Share

HB rendah atau anemia juga turut dihadapi kanak-kanak, tidak hanya ibu hamil. Ia selalunya akan muncul bersama masalah berat badan yang rendah. Sungguh merunsingkan! Ikuti penerangan pegawai dietetik ini.

Betapa resahnya ibu apabila anak menghadapi masalah. Setiap kali pemeriksaan, anak tidak mencapai berat yang sepatutnya mengikut graf yang ditetapkan. Tambah membimbangkan jika ujian darah menunjukkan paras Hb dalam darahnya rendah walau pun suplemen zat besi telah diberikan.

Perkongsian daripada pegawai dietetik, Puan Fizah Sobri ini diharapkan dapat membantu. Kemungkinan cara pengambilan yang salah dan makanan yang menghalang penyerapan yang menyebabkan Hb si anak tidak naik.

HB low, anak kurang selera makan. Berat pula tak naik. Ibu bapa buntu walau pun dah berikan suplemen yang diberikan

Suplemen yang dibekalkan itu hanya 30% sahaja peranannya untuk naikkan Hb. Mesti elak makanan halang penyerapan zat besi.

4 langkah berikan anak suplemen zat besi. Salah satunya jangan ambil dengan makanan. 

Daripada link yang dinyatakan, antara makanan yang kaya zat besi ialah seperti berikut;

  • ayam
  • daging
  • kerang
  • sayur berdaun hijau
  • hasil bijirin seperti cereal/ roti gandum/ oat.

Sumber: Fizah Sobri www.nasihatdiet.com

 

IKLAN