Kehamilan adalah momen penuh debaran dan cabaran buat setiap wanita. Selain berdepan morning sickness, perubahan hormon dan keletihan, ada satu masalah kesihatan yang sering menghantui ibu hamil iaitu anemia atau paras hemoglobin (Hb) rendah.

Masalah anemia bukan sekadar membuatkan ibu cepat letih, malah jika tidak dirawat ia boleh membawa kesan serius terhadap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan. Sebab itu, setiap ibu perlu lebih peka dengan tanda-tandanya dan tahu cara untuk mengatasinya sejak awal.

Apa Itu Anemia Semasa Hamil?

Anemia berlaku apabila badan kekurangan zat besi untuk menghasilkan hemoglobin – protein penting dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Semasa hamil, badan ibu memerlukan lebih banyak zat besi kerana isi padu darah bertambah dan janin juga perlukan oksigen untuk membesar.

Menurut garis panduan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anemia dalam kalangan ibu hamil diklasifikasikan seperti berikut:

  • Normal: Hb > 11 g/dL

  • Anemia ringan: Hb 10 – 11 g/dL

  • Anemia sederhana: Hb 7.9 – 10 g/dL

  • Anemia teruk: Hb < 7 g/dL

Hb Rendah Waktu Hamil, Bahaya Untuk Ibu & Bayi!

Ads

Tanda-Tanda Anemia Pada Ibu Hamil

Ibu hamil yang mengalami anemia biasanya menunjukkan tanda seperti:

  • Mudah letih & lesu walaupun selepas rehat

  • Kulit, bibir & kuku kelihatan pucat

  • Pening, sakit kepala atau mudah pitam

  • Nafas pendek

  • Degupan jantung laju atau tidak teratur

  • Tangan & kaki terasa sejuk

  • Mudah marah & susah fokus

  • Keinginan pelik seperti nak makan ais

Jika mama ada tanda-tanda ini, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Ads

Hb Rendah Waktu Hamil, Bahaya Untuk Ibu & Bayi!

Bahaya Anemia Kepada Ibu & Bayi

Jangan pandang ringan ya mama. Jika anemia tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:

Ads
  • Risiko kelahiran pramatang

  • Bayi lahir dengan berat rendah

  • Risiko kematian ibu dan bayi meningkat

  • Ibu lebih mudah alami kemurungan selepas bersalin

Cara Mudah Tambah Darah Secara Semulajadi

Selain pengambilan pil zat besi dan vitamin C yang dibekalkan doktor, pemakanan harian juga boleh bantu naikkan Hb. Antara makanan yang baik untuk tambah darah ialah:

  1. Daging merah – sumber zat besi terbaik & mudah diserap badan.

  2. Hati ayam – bagus untuk tambah darah, tapi jangan ambil terlalu kerap.

  3. Kerang – kaya zat besi, bantu pembentukan darah.

  4. Sayuran hijau – bayam, brokoli, kubis & kentang; tinggi zat besi & antioksidan.

  5. Buah-buahan – pisang (bantu pembentukan sel darah merah), delima (kaya antioksidan).

  6. Kekacang – kacang kuda, kacang hitam, walnut; tinggi zat besi & nutrisi lain.

👉 Tip Pa&Ma: Ambil makanan kaya zat besi bersama buah-buahan tinggi vitamin C (seperti oren, jambu, strawberi) untuk bantu penyerapan zat besi dengan lebih baik. Elakkan minum teh atau kopi selepas makan kerana ia boleh menghalang penyerapan zat besi.

Masalah anemia memang mencabar, tetapi jangan risau mama. Dengan pemeriksaan berkala, pemakanan seimbang dan disiplin mengambil suplemen yang dibekalkan doktor, paras Hb boleh kembali normal. Paling penting, ibu sihat dan bayi membesar dengan baik.

Pa&Ma ingatkan: Hb rendah bukan perkara remeh. Sayangi diri mama, jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat sepanjang kehamilan demi kesihatan dua jiwa – ibu dan si manja dalam kandungan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads