Seorang kanak-kanak perempuan telah menyentuh hati ramai kerana membawa ibunya yang berstatus OKU penglihatan ke klinik kesihatan.
Biarpun masih lagi kecil namun anak kecil itu pandai berdikari malah membantu ibu tersayang untuk berurusan di sana.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagar mrbennjo, dia memuji kehebatan anak kecil itu kerana kebiasaannya kanak-kanak di usia tersebut masih lagi memerlukan bantuan orang lebih berusia dalam melakukan aktiviti seharian.
Ads
Anak kecil ini terlebih dahulu mendapatkan nombor giliran dan membawa ibunya ke kaunter bagi mendapatkan ubat. Dia juga mendengar penerangan tentang ubat yang perlu diambil walaupun tidak pasti sama ada benar-benar memahami atau sebaliknya.
Menurut mrbennjo lagi, orang ramai yang melihat situasi tersebut turut membantu kanak-kanak berkenaan dan ibunya dalam menyelesaikan urusannya di klinik.
Ads
“Semoga hang berjaya dunia akhirat.
Ads
“Uncle pun tak tahu nak kata apa. Hebat jalan cerita hidup hang hari ni, untuk kami faham macam mana tentang kehidupan,” tulisnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon positif daripada netizen di media sosial apabila masing-masing mengakui kagum dengan kanak-kanak berkenaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang kanak-kanak perempuan, Alisa Umairah Nur Hisham atau lebih dikenali sebagai adik Alisa Umairah yang menghidap kanser mata tahap empat telah menghembuskan nafas terakhir pada tengah malam semalam.
Kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian ramai selepas bapa Alisa iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya yang gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan kimoterapi, sehingga mengundang sebak orang ramai.
Kata bapanya, Alisa Umairah didiagnos menghidap kanser ketika usianya setahun dan telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua matanya pada Mei dan Julai lalu.
Sebelum ini, menerusi beberapa hantaran di laman Instagram @era.je, adik Alisa yang berada dalam kritikal bertemu dengan selebriti popular, Elly Mazlein untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai kesihatan kanak-kanak tersebut.
Malah, sebelum ini juga Elly Mazlein telah mengunjungi adik Alisa di kediamannya yang terletak di Labis, Johor selepas selesai menjalani sebuah pembedahan terakhir pada bulan lalu.
Menerusi video yang dikongsikan, artis wanita itu turut membawa beberapa buah tangan termasuklah gula-gula kegemaran adik Alisa.
Ely Mazlein menerusi Instagramnya turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan itu.
“Adik Alisa sekarang dah berlari di taman syurga. Adik Alisa seorang anak yang kuat. Adik Alisa berehat ya, Mama Lina akan sentiasa ingat Adik Alisa. Al-fatihah,” tulisnya.
Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia atau NASOM melakar satu detik bersejarah apabila memperkenalkan identiti baharu organisasi, sekali gus merasmikan Pejabat Sekretariat NASOM yang kini beroperasi di Ara Damansara, Petaling Jaya.
Majlis bermakna ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Inisiatif ini bukan sekadar perubahan visual, sebaliknya mencerminkan komitmen berterusan NASOM sebagai peneraju perkhidmatan serta advokasi autisme di Malaysia.
Pengenalan logo baharu NASOM membawa aspirasi untuk tampil lebih moden, progresif dan relevan dengan keperluan semasa komuniti autisme. Ia melambangkan semangat penerimaan, kefahaman serta sokongan berterusan terhadap individu dalam spektrum autisme yang memerlukan pendekatan berbeza sejak usia awal.
Menurut Mohd Nazrul Mohd Amin, Presiden NASOM, logo baharu ini merupakan medium pemerkasaan yang mencerminkan komitmen organisasi untuk terus responsif terhadap aspirasi komuniti autisme dan keluarga mereka.
Beliau turut menegaskan bahawa identiti baharu ini menjadi simbol bahawa setiap suara ibu bapa, penjaga serta individu autisme sentiasa dihargai dan diambil kira dalam hala tuju organisasi.
Logo baharu NASOM direka dengan elemen simbolik yang sarat makna dan nilai empati. Simbol infiniti melambangkan konsep neurodiversiti, iaitu kefahaman bahawa perbezaan neurologi seperti autisme bukan kekurangan, sebaliknya variasi semula jadi manusia yang wajar diterima dan dihormati.
Simbol dua titik air pula menggambarkan fleksibiliti serta keupayaan menyesuaikan diri, selari dengan realiti kehidupan anak autisme yang memerlukan sokongan berterusan mengikut persekitaran dan fasa perkembangan mereka.
Dari sudut warna, setiap tona membawa mesej tersendiri. Merah jambu melambangkan kasih sayang, empati dan belas kasihan, manakala warna firus mencerminkan ketenangan, kestabilan emosi serta kejelasan. Biru pula membawa makna kepercayaan, keselamatan dan rasa damai.
Gabungan ini menjadikan logo baharu NASOM bukan sekadar identiti visual, tetapi simbol sokongan emosi buat keluarga anak autisme.
Perasmian Pejabat Sekretariat NASOM menandakan langkah penting dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan dan sokongan komuniti. Menurut Julian Wong, Pengerusi NASOM, sekretariat ini akan menjadi nadi utama kepada perancangan program, kerjasama strategik serta usaha advokasi.
Pejabat ini juga diharap menjadi pusat rujukan buat ibu bapa yang memerlukan bimbingan, maklumat dan sokongan sepanjang perjalanan membesarkan anak dalam spektrum autisme.
Ditubuhkan pada 3 Mac 1987, NASOM telah lebih 38 tahun komited menyediakan sokongan sepanjang hayat kepada individu autisme. Antara program yang ditawarkan termasuk intervensi awal, intervensi intensif, terapi cara kerja, latihan vokasional serta pembangunan kemahiran.
Kini, NASOM mengendalikan 18 pusat di seluruh negara dan memberi perkhidmatan kepada lebih 400 pelajar dengan sokongan 120 kakitangan termasuk guru terlatih.
Sebagai pertubuhan bukan berasaskan keuntungan, NASOM terus bergantung kepada sokongan masyarakat melalui pelbagai inisiatif kesedaran, program komuniti dan pengumpulan dana.
Dengan sokongan, kefahaman dan penerimaan masyarakat, anak-anak autisme mampu membesar dengan yakin serta mencapai potensi terbaik mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Juru solek terkenal, MUA Bellaz tampil memberi bantuan kepada penduduk yang terkesan dengan banjir selepas Kedah dilanda banjir sejak minggu lalu.
Tidak mahu berdiam diri bahkan Bellaz dan suaminya berulang alik memberi bantuan kepada penduduk sekitar yang terkesan.
Apa yang lebih mengharukan susulan ramai yang mengalami kesulitan dalam mendapatkan bekalan makanan sejak bencana alam itu berlaku, Bellaz dan suami menyerahkan bantuan bekalan makanan dari kedai runcitnya sendiri untuk diagihkan kepada orang ramai. Satu usaha yang seharusnya dipuji.
“Rumah Bellaz dah surut banjir alhamdulilah. Dah boleh keluar dah. Insyallah Bellaz dan Mat Nuart dan Team Bellaz Beauty akan agihkan dalam beberapa bantuan makanan dari kedai Bella Z Mart Nuart untuk mangsa banjir yang terjejas di Alor Setar.
“Insyallah kedai runcit Mat Nuart akan beroperasi beberapa minggu lagi. Doakan hampa semoga dipermudahkan,” tulisnya.
Bahkan hasil pembelian produk orang ramai, Bellaz juga turut menyelitkan keuntungan pembelian itu untuk diagihkan kepada mangsa banjir.
“Terima ksih buat pelanggan Bellaz Beauty semua yang support Bellaz. Duit yang hampa beli barang Bellaz, Bellaz selitkan jugak bantu keluarga yang memerlukan. Dalam rezeki kita terselit rezeki orang lain,” kongsinya menerusi kapsyen.
Perkongsian ibu kepada empat cahaya mata ini pastinya mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji tindakan yang dilakukan Bellaz dan suami.
Wargamaya turut mendoakan agar Bellaz dan suami terus dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan susulan bantuan yang diberikan kepada masyarakat setempat walaupun kediamannya sendiri turut mengalami banjir.
Bellaz sebelum ini turut tular kerana sempat melaram sakan dengan mengambil gambar Oufit Of The Day (OOTD) sewaktu meredah banjir.