Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh si manja untuk membesar dengan sihat. Berikut 14 khasiat susu ibu buat si manja anda!
1.Vaksin pertama
Kandungan susu ibu pertama yang berkhasiat ialah kolostrum. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih. Merupakan vaksin semula jadi yang baik untuk bayi dan bertindak sebagai “imunisasi” pertama bayi. Susu ibu yang mengandungi banyak faktor bio yang kompleks ini memberi kesan positif dan merangsang sistem biologi badan, mengekalkan mikro organisma berguna dalam usus bagi mengekalkan kestabilan kesihatan.
2.Kulit
Kulit bayi lebih sihat dan tidak kering. Malah mampu membantu mengelakkan dia mendapat alahan pada kulit seperti ekzema.
3.Tekak
Dapat mengelakkan jangkitan gejala sakit tekak yang merupakan penyebab berlakunya demam kepada kanak-kanak.
4.Telinga
Antibodi dalam susu ibu melindungi bayi daripada jangkitan telinga yang menyebabkan gangguan tidur dan pemakanan kanak-kanak.
5.Mata
Ads
Susu ibu yang kaya dengan vitamin A dan E membantu penglihatan bayi lebih tajam serta mengelakkan daripada penyakit mata.
6.Kecerdasan otak
Bahan penting susu ibu antaranya mengandungi kandungan protein dan asid lemak omega 3 yang mudah hadam untuk membantu perkembangan mental. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders, Australia membuktikan bayi yang disusukan dengan susu ibu kecerdasan mampu memperoleh IQ sehingga tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
7.Mulut
Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia dapat membantu perkembangan otot bahagian muka yang baik.
8.Lidah
Ads
Khasiat susu ibu bergantung kepada apa yang anda makan setiap hari. Oleh itu adalah lebih mudah untuk anda menentukan corak pemakanan yang baik untuk bayi. Justeru, susu ibu yang mempunyai pelbagai rasa membuatkan bayi lebih menerima pelbagai jenis makanan apabila bayi mula makan makanan pejal.
9.Sistem pernafasan
Kandungan kolostrum membuatkan bayi kurang mendapat jangkitan pernafasan, nafas kurang berbunyi, mengelakkan penyakit pneumonia dan selesema.
10.Jantung
Rendah paras kolesterol apabila dewasa kelak. Ini kerana ia mengandungi enzim I yang menghadam lemak. Kadar degupan jantung lebih rendah dan mengurangkan kadar serangan jantung.
Ads
11.Buah pinggang
Kadar kandungan garam yang minimum membolehkan susu ibu lebih mudah dicerna oleh buah pinggang bayi.
12.Saluran kencing
Ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Malah dapat mengelak jangkitan pada saluran kencing.
13.Sistem penghadaman
Kandungan susu ibu yang mempunyai kolostrum mampu melawan jangkitan penyakit seperti cirit-birit dan sembelit. Bagi bayi baru lahir, ia dapat memudahkan pengeluaran najis (mekonium) selepas kelahiran.
14.Jalinan emosi
Proses penyusuan mampu mengeratkan hubungan ibu dan bayi kerana ia adalah satu jalinan darah yang secara semula jadi yang dapat mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak. Dakapan dan sentuhan semasa penyusuan membuatkan bayi secara psikologi berasa selamat bersama anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda mengalami masalah anak lambat merangkak? Sebenarnya kemampuan bayi untuk merangkak biasanya bermula dalam lingkungan 6 hingga 10 bulan.
Merangkak adalah proses permulaan untuk memasuki fasa belajar berjalan sebelum ke peringkat seterusnya. Ibu bapa perlu tahu proses merangkak ni juga dapat kuatkan otot-otot tangan dan kaki untuk bayi angkat beban dirinya.
Tetapi setiap bayi perkembangannya berbeza-beza juga. Ada yang tidak merangkak tapi terus berjalan. Jadi ibu janganlah bimbang ya.
Cara merangkak pun ada juga beza. Ada yang gunakan tangan dan kaki untuk merangkak. Ada yang merangkak secara bergesel dengan perut dan ada juga merangkak menggunakan punggung dan kaki.
Bagaimanapun, jika anak anda tidak dapat merangkak mungkin ada faktor menyebabkannya. Berikut adalah punca anak lambat merangkak :-
– Bayi anda mungkin mempunyai berat badan yang berlebihan
– Kekurangan nutrisi
– Kurang simulasi merangkak
– Gangguan keseimbangan
Bagi ibu bapa yang ingin merangsang anak merangkak boleh cuba beberapa cara ini:
Sering meniarapkan bayi sejak awal merupakan rangsangan terbaik untuk si kecil. Dengan meniarap, bayi akan mengangkat kepala, badan dan mula bergerak menggunakan perut mereka.
Elakkan penggunaan baby walker dan biasakan diri mereka diletakkan di ruangan yang luas dan bersih tanpa mengendong atau meletakkan di atas kereta sorong. Sediakan alas atau play mat yang comel untuk merangsang bayi bermain dan merangkak.
Letakkan permainan di hadapan bayi. Bermain dengan permainan tersebut agar bayi anda tertarik untuk mendapatkannya. Berikan sedikit pujian untuk mereka jika mereka berjaya menuju ke permainan yang ada. Pujian juga boleh merangsang si kecil untuk terus berusaha merangkak.
Merangkaklah bersama si kecil anda. Anak-anak kan suka ikut apa yang ibu dan ayah buat.
Tidak terburu-buru untuk menyuruh si kecil berjalan. Biarkan bayi anda melalui fasa merangkak mereka dengan gembira tanpa rasa tertekan.
Ada kalanya simulasi sahaja tidak mencukupi untuk merangsang bayi anda untuk merangkak, oleh itu fisioterapi dan juga senaman juga boleh anda lakukan namun ia perlu dilakukan atas nasihat doktor.
Sumber: anakibu.com.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelagat Faliq anak Puteri Aisyah kali pertama makan ‘solid food’ buat warga maya ‘geram.’ Memperkenalkan makanan pejal kepada bayi adalah satu milestone yang besar dalam perkembangan mereka.
Gelagat Faliq Anak Puteri Aisyah Kali Pertama Makan ‘Solid Food’ Buat Warga Maya ‘Geram’
Bagi ibu bapa, ia mungkin pengalaman yang mendebarkan, tetapi juga menimbulkan pelbagai soalan.
Menerusi satu entri terbaru Puteri Aisyah, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Faliq yang sedang menikmati ‘solid food’ yang pertama.
Paling menarik perhatian pastinya badan semangat Faliq yang begitu semangat dan kini semakin membesar.
Meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya teruja melihat perkembangan sihat Faliq yang kini semakin sihat membesar dengan badan berketak-ketak. Rakan-rakan selebriti juga turut meninggalkan ‘jejak’ di ruangan komen.
Terdahulu, Puteri Aisyah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024 lalu.
Karies botol susu hanya pada nama kerana anak yang tak guna botol pun masih boleh dijangkiti. Kenapa boleh berlaku? Ikuti perkongsian daripada juruterapi pergigian, Puan Sharipah Eyie.
KARIES BOTOL SUSU hanya pada nama. Kalau tak hisap botol pun still boleh jadi. Jangan kata, i breast feeding (bf) mom, i tak macam uollsss formula (fm) mom, tak guna botol. So anak i tak karies botol susu.
Nama lain nya ialah karies rampan
Terjadi apabila anak tertidur dengan botol susu di mulut, kemudian susu bertakung di dalam mulut, gigi atas terendam di dalam susu yang bertakung tersebut. (Biasa terjadi pada gigi hadapan and then spread all over)
So tak hairan la kalau bf tapi still jadi karies. Terutama pada baby atau akak baby atau abang baby yang suka ngempeng. Plus, fm ke ebm ke both ada kandungan gula, ( CUMA TAK NAFI, GULA DALAM FM MEMANG TINGGI), even tak nampak kat mata gegula nya.
Still akan jadi punca-punca kerosakan gigi. Jangan lupa resepi utama;
1. jangan biar anak tidur dengan susu di mulut. 2. bagi baby hisap botol plain water selepas susu, or: 3. Lap dengan wet cloth yang bersih.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.