Perkembangan gigi anak adalah proses transformasi berterusan sehingga mereka memasuki alam dewasa.

Untuk lebih lanjut, berikut adalah pecahan pertumbuhan gigi anak anda.

Jenis gigi anak

Terdapat empat jenis gigi utama. Setiap satunya adalah unik serta memberi fungsi dan kegunaan yang berbeza:

−Gigi kacip adalah gigi depan atas dan bawah. Apabila kita menggigit makanan, gigi kacip akan berfungsi seperti gunting untuk memotong makanan tersebut.

Masuk Usia 2 Tahun, Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

−Gigi taring adalah tajam dan mengapit gigi seri pada rahang atas dan bawah. Gigi taring berfungsi untuk mengoyak makanan.

−Gigi geraham depan adalah gigi yang mempunyai permukaan rata pada bahagian belakang mulut di sebalik gigi taring dan berfungsi untuk menghancurkan makanan.

−Gigi geraham belakang terletak di bahagian belakang dan lebih besar daripada gigi geraham depan. Jenis gigi ini juga rata dan juga digunakan untuk menghancurkan makanan.

Gigi sebelum lahir

IKLAN

Semasa dalam kandungan, bayi sudah mula membentuk gigi pada awal kehamilan. Hakikatnya, tisu pertama tunas gigi bayi terbentuk pada minggu keenam semasa dalam rahim ibu.

Enamel mula untuk berkembang apabila fetus berada pada usia tiga ke empat bulan. Apabila bayi lahir, mereka selalunya sudah mempunyai 20 gigi susu di bawah gusi.

Gusi selepas lahir

Kanak-kanak bermula fasa tumbuh gigi (teething) sekitar usia mereka enam bulan. Ini adalah proses di mana gigi susu hendak keluar melalui gusi bagi membolehkan gigi berfungsi.

Kanak-kanak selalunya tumbuh semua 20 gigi susu sebelum usia mereka 24 bulan. Gigi bayi selalunya akan keluar dalam turutan tertentu termasuklah gigi kacip, gigi geraham depan, gigi taring dan gigi geraham belakang.

Gigi geraham belakang kekal mula tumbuh pada usia kanak-kanak 5 tahun. Gigi geraham ini berada di bahagian belakang dan tumbuh terakhir sekali.

IKLAN

Seterusnya, gigi kacip tengah pada rahang bawah akan tercabut dan digantikan dengan gigi kacip kekal. Meskipun ini adalah turutan standard, namun setiap kanak-kanak mengalami pertumbuhan gigi berbeza dan giginya boleh tercabut pada masa atau turutan yang berbeza.

Masuk Usia 2 Tahun, Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

Dari usia 5 hingga 11 tahun, kanak-kanak akan hilang gigi susu yang lain dan digantikan dengan gigi kekal.

Kanak-kanak akan tumbuh gigi geraham belakang kedua sekitar usia 11 atau 12 tahun. Ini adalah gigi paling belakang yang tumbuh sebelum gigi bongsu, sekitar usia anak 17 hingga 21 tahun.

Namun, bukan semua orang akan tumbuh gigi bongsu. Walau bagaimanapun, jika semua gigi sudah terbentuk, maka terhasil 32 batang gigi secara keseluruhannya bagi orang dewasa.

Bagaimana untuk menangani kehilangan gigi?

IKLAN

Walaupun ia merupakan proses semulajadi, namun kehilangan gigi boleh jadi menyakitkan untuk kanak-kanak, terutamanya bagi anak kecil. Namun, sesetengah kanak-kanak juga ada yang tidak merasai kesakitan semasa gigi tercabut.

Sebagai ibu bapa, anda perlu membantu anak menangani proses ini secara fizikal dan emosi. Setiap ibu bapa perlu menenangkan anak mereka dengan cara menerangkan bahawa setiap kanak-kanak akan merasai pengalaman proses kehilangan gigi untuk tumbuh gigi kekal.

Bagi melegakan kesakitan akibat kehilangan gigi, anda boleh letakkan ubat anti-keradangan atau kompres-dingin tanpa preskripsi bagi melegakan ketidakselesaan.

Berbincanglah dengan doktor gigi anak anda untuk mendapatkan saranan bagi ubat yang boleh mengurangkan sakit gigi kanak-kanak.

Kredit: Hello Doktor

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Masuk Usia 2 Tahun, Ini Jumlah Gigi Si Kecil Anda Yang Perlu Tumbuh

Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?

Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI