“Mika ni lagi bijak dari Arisa kan, pandai betul dia” “Mika ni lebih putih dari Arisa” biasanya perbandingan ini dibuat apabila kedua-dua mereka bermain bersama, si ibu yang mendengar perbandingan ini pastinya kecewa, terasa hati dan sedih.
Tak kurang juga ada ibu bapa sendiri yang kerap membanding-bandingkan kelebihan anak-anak mereka. Yang kurang dalam segala hal pasti dimarah-marah. Yang pandai, cantik pastinya dipuji si ibu dan ayah. Namun semuanya memberikan kesan dalam kehidupan anak-anak.
Perbandingan yang sering dilakukan dalam keluarga:
Ibubapa membanding-bandingkan
Ads
Antara anak dengan anak
Antara anak dengan anak saudara
Antara anak dengan anak jiran
Antara anak dengan anak rakan
Antara anak dengan rakan anak
Antara anak dengan diri ibubapa ketika seusia anak
Datuk nenek membanding-bandingkan
Ads
Antara cucu dengan cucu
Antara cucu dengan cucu orang lain
Sebarang bentuk perbandingan tidak membantu anak dan cucu untuk memperbaiki kelemahan diri. Apabila perbandingan dilakukan, apa yang dilihat hanyalah kekurangan anak berbanding kelebihan orang lain sedangkan anak juga mempunyai kelebihan tertentu yang semestinya tidak dimiliki oleh orang lain.
Ads
Perbandingan adalah cara yang paling tidak kreatif dan tidak produktif dalam proses keibubapaan. Ia hanya mewujudkan rasa “I am good for nothing” dalam diri anak-anak.
Dan anak akan mula menjauhkan diri dan memberontak.
Beri peluang dan bantu anak untuk menjadi versi terbaik dirinya sendiri.
Setiap orang ada cara tersendiri mendidik anak. Ada yang bertegas, ada ibu bapa yang guna pendekatan santai dan tak kurang juga sesekali menggunakan kata-kata kasar.
Tidak kira apa pendekatan ibu bapa guna, yang pasti ramai harapkan anak disiplin dan sentiasa membanggakan ibu bapa.
Mungkin dari pendaoat peribadi ibu bapa, mereka mempunyai alasan tersendiri mengapa didikan sedemikian dipilih untuk membesarkan anak-anak.
Walaupun banyak perkongsian daripada pakar psikologi namun berapa ramai antara yang betul-betul ikut cara yang betul. Mungkin waktu marah kita tak rasa salah tapi bila anak tidur rasa penyesalan itu datang dengan sendirinya.
Seperti perkongsian seorang bapa, Izzat Ibrahim Shamjuddin , kita sebagai ibu bapa tak lari daripada melakukan kesilapan ketika mendidik anak.
Entah kenapa balik rumah lewat malam semalam, timbul rasa penyesalan dan rasa bersalah yang teramat sangat kepada anak.
Saya renung wajah Abdurrahman yang sedang tidur. Saya teringat reaksi dia kalau saya cubit atau sedikit kasar. Saya luahkan rasa bersalah itu pada isteri.
1. Terbayang reaksi dia selepas kena cubit. Menangis kesakitan sambil menyapu dan melihat tempat yang kena cubit. Mencubit satu yang menyakitkan.
2. Setiap kali ada kes anak mati didera, mesti ada kesan cubitan. Mungkin mak ayah awal-awal cubit perlahan. Tapi lama kelamaan akan cubit lagi kuat. Budak itu meninggal mungkin sebab tekanan perasan yang amat kuat. Atau cubitan itu terkena saraf yang sensitif untuk kanak-kanak.
3. Abdurrahman masih kanak-kanak dan belum mumayyiz pun. (tidak tahu membezakan baik dan buruk). Tiba-tiba kena hukuman dan dia tidak tahu apa kesalahannya.
Bagi saya ini sebuah bentuk kezaliman. Saya rasa berdosa. Tidak sepatutnya perbuatan ini dilakukan oleh orang yang cuba membawa imej keadilan.
4. Rasa looser betul sebab tak dapat lebih kreatif dan lebih rasional mendidik anak.
Saya istighfar sambil buka beberapa laman sesawang tentang kesan mencubit atau memukul anak.
Banyak kesan buruk berbanding kesan baik sekiranya kita kerap pukul anak. Antaranya:
1. Dia akan tiru apa yang kita buat. Akan buat pada orang lain. Maka tradisi kekerasan akan berulang. Dia hanya akan memukul untuk sampaikan perasaan marah.
2. Anak akan lebih membantah. Lagi dipukul, lagi dia buat. Tidak berkesan pun untuk jadikan mereka berdisiplin.
3. Anak akan menyimpan rasa marah terhadap ibu ayah. Perasaan itu menyebabkan dia akan melakukan perkara yang tidak dijangka apabila besar nanti.
4. Anak akan rasa dia tidak disayangi. Bertambah lagi kalau kita pukul depan orang lain. Dia rasa tidak dihormati.
5. Dia akan kurang berfikir dengan baik. Mungkin kesan daripada kita sendiri menghukum dengan emosi dan tanpa berfikir dengan lebih rasional.
Begitulah dan sebenarnya banyak lagi. Allahu. Bergetar jantung saya rasa besarnya salah saya pada anak.
Rasa bersalah pada diri sendiri. Bercakap tentang adil, diri sendiri yang pertama perlu membuat keadilan. (Meletakkan sesuatu pada tempatnya).
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi. Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya.
Dalam kamus, istilah tegas bererti jelas, terang dan lantang. Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau marah-marah dengan bengisnya.
Mak ayah tak ada lah sampai garang gitu sekali kan. Nak bertegas dengan anak demi kebaikan anak tak ada masalah. Tapi yang ramai silap hari ini adalah terlampau garang sehingga anak jadi perit. Jom kita tengok 4 perkara pencetus garang yang dikongsikan oleh Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.
1.Menjerit-jerit
Lupa nak perlahankan volume suara, maklum banyak tenaga yang datang dari emosi sebab rasa macam tidak dipercayai atau dikhianati. Apa pun perasaan kita, kawal sebaik mungkin volume suara.
Guna nada profesional seperti pembaca berita. Suara diaorang serius namun mesra walau sedang membaca berita yang lucu.
Ingatkan diri sendiri bahawa Allah tegur kita dalam surah al-Hujurat:2 supaya tidak angkat suara melebihi suara nabi. Begitu juga ingatan Allah dalam surah Luqman:19 tentang suara keldai meringkik.
2. Lupa nak tarik nafas dan senyum
Bila rasa tercabar sikit mak ayah akan cepat tarik muka sepatutnya kena tarik nafas dulu. Fikir dulu kita yang kena kawal anak sebab anak tak faham, anak degil, anak terpengaruh dengan kawan dan sebagainya.
Kita lupa bahawa satu-satunya insan yang kita boleh kawal adalah diri sendiri. Bila tak dapat kawal muka kita jadi bengis, masam kelat, kening berkerut, mata jadi bulat besar, hodoh jadi nya!.
Apa yang kita pamerkan itulah yang kita dapat. Anak tengok kita jadi takut terciptalah jurang antara mak ayah dan anak. Imam Ghazali pernah berpesan untuk kita lihat wajah kita sendiri di cermin sebagai kaedah kawal diri ketika rasa nak marah-marah.
3. Lupa niat; nak terang atau nak serang
Mak ayah sering lupa kita adalah pembimbing anak, kita bukan hakim yang kena menghukum anak sepanjang masa. Nabi pun ajar kita untuk bimbing anak selama 3 tahun supaya menguasai ibadah solat, nak jadikan solat sebagai budaya diri, 3 tahun adalah tempoh yang panjang dan dalam tempoh yang panjang itulah kita akan ulang, terang, jelaskan, tunjukkan berulang kali.
Lepas 3 tahun yang setiap hari 5 kali proses mengulang menerang berlaku pun tak jalan juga barulah dirotan anak itu. Bila kita lupa peranan kita pada anak, hati mudah jengkel dan bosan, mulalah kita rasa anak ni lembab ke, tak faham-faham ke, kita mula bandingkan dengan anak orang lain ataupun bandingkan diri kita dulu-dulu, masa kecik dulu kita cepat faham, cepat patuh dan cepat taat padahal kita perasan je tu, akhirnya dengan anak cepat je nak serang dan mudahnya jadi garang.
4. Lupa anak kita bukan milik kita
Kita sering lupa bahawa Allahlah yang merancang perjalanan hidup kita. Allah sentiasa melihat dan menilai respon kita pada perancangan-Nya yang kudus itu. Anak-anak kita adalah milik Allah.
Allah pinjamkan pada kita untuk kita urus anak sebagaimana yang dikehendaki oleh pemiliknya. Anak kita bukan juga hamba kita, bukan pula sumber kebanggaan mutlak, tetapi dia adalah jambatan dan jalan untuk meraih reda Allah. Anak-anak merupakan asbab untuk capai keredaan dan kasih sayang Allah.
Kanak-kanak ibarat kain putih, bersih dan suci. Begitu jugalah perwatakan dan sifat dalam diri mereka. Banyak perkara yang kita sebagai orang dewasa boleh pelajari dari anak-anak kecil.
Banyak perkara yang saya jealous dengan anak-anak kecil ni
1️.Mereka mudah melupakan dan memaafkan. Tadi baru lepas bergaduh. Tiba-tiba dah boleh bergelak ketawa bersama balik.
2️. Mereka menemui kebahagiaan pada perkara-perkara kecil. Ada je perkara yang buat mereka terhibur dan ketawa. Jatuh berguling bersama pun boleh lagi ketawa.
3️. Mereka ada keazaman yang untuk capai apa saja yang dimahukan. Kalau nak sesuatu, nak jugak-jugak. Selagi tak dapat, selagi tu mereka usaha.
4️. Mereka mudah mengekspresikan apa saja emosi yang dirasa. Tak perlu pendam sampai sakit kepala.
5. Berani hadapi risiko. Selagi tak dilarang, selagi itu mereka berani melompat dan berkejaran.
6️. Bercita-cita besar dan percaya diri tiada limit. Ada yang yakin nak jadi Spiderman, ustaz dan bomba dalam satu masa.
7️. Menyayangi orang sekeliling tanpa syarat. Walaupun tahu ayah dia ketiak masam dan mak garang macam harimau.
8️. Gembira dan ketawa setiap hari seolah-olah tak ada perkara yang perlu diambil serius. Tak perlu risaukan hari esok atau runsing dengan perkara semalam. Always enjoy the moment.
Cuma, sifat tu beransur hilang asbab dari kita sendiri yang menghalang. Ada masanya kita lupa untuk memandang, banyak falsafah yang dapat kita belajar dari sifat anak-anak yang tulus dan berhati terang.