Ads

Anak Ramai Jatuh Sakit, Ibu Ayah Diminta Lebih Berhati-Hati Bawa Si Kecil Ke Tempat Sesak!

Anak Ramai Jatuh Sakit, Ibu Ayah Diminta Lebih Berhati-Hati Bawa Si Kecil Ke Tempat Sesak!

Bila anak mula demam, batuk, muntah atau cirit-birit, memang hati ibu ayah tidak senang. Lebih membimbangkan apabila semakin ramai berkongsi pengalaman anak perlu mendapatkan rawatan di hospital akibat jangkitan penyakit berjangkit.

Baru-baru ini, satu hantaran di Threads menarik perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa kes melibatkan HFMD, influenza, Respiratory Syncytial Virus (RSV) serta rotavirus semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Anak Ramai Jatuh Sakit, Ibu Ayah Diminta Lebih Berhati-Hati Bawa Si Kecil Ke Tempat Sesak!

Menerusi perkongsian tersebut, wanita berkenaan mengingatkan ibu bapa supaya lebih berhati-hati dan mengurangkan pendedahan anak-anak kepada kawasan yang sesak, terutama tempat permainan yang menjadi tumpuan ramai kanak-kanak.

“Korang yang ada anak, wad kanak-kanak di hospital makin penuh.

Please jaga-jaga tau datang musimnya HFMD, influenza, RSV. Tolong sangat jangan bawa anak main indoor atau outdoor yang ramai anak-anak buat masa sekarang.”

Ibu-Ibu Kongsi Pengalaman Anak Masuk Wad Akibat HFMD dan Jangkitan Lain

Perkongsian berkenaan turut mengundang reaksi daripada para ibu yang menceritakan pengalaman anak masing-masing dimasukkan ke hospital akibat pelbagai jangkitan.

Ads

Ada yang terpaksa berada di wad selama beberapa hari, malah ada juga anak-anak dalam satu keluarga yang dijangkiti penyakit sama pada waktu yang hampir serentak.

“Betul, anak-anak saya baru seminggu keluar wad. Stay 15 hari di wad, tiga-tiga positif rotavirus,” kongsi seorang ibu.

“Dah masuk musim HFMD, influenza dan RSV. Tolong sangat jangan bawa anak bermain di tempat indoor atau outdoor yang ramai kanak-kanak buat masa sekarang,” kongsi ibu yang lain.

Anak Ramai Jatuh Sakit, Ibu Ayah Diminta Lebih Berhati-Hati Bawa Si Kecil Ke Tempat Sesak!

Dalam pada itu, seorang ibu mendakwa anaknya dimasukkan ke hospital selama enam hari akibat rotavirus. Menurutnya, sehari sebelum anak menunjukkan simptom, mereka sekeluarga sempat mengunjungi sebuah kolam renang.

Ads

Seorang lagi ibu pula berkongsi bahawa anaknya tiba-tiba mengalami batuk dan selesema sehingga memerlukan rawatan nebulizer. Sehari sebelum simptom tersebut muncul, mereka sempat membawa anak berjalan-jalan ke pasar malam.

“Anak-anak saya tujuh hari warded, lepas itu sambung mak dia pula tiga hari warded. Rotavirus is not a joke! Stres muntah dan cirit-birit,” kongsi pula ibu lain.

Tidak kurang juga yang meluahkan rasa simpati apabila melihat bayi masih kecil menerima rawatan di wad akibat rotavirus.

Anak Ramai Jatuh Sakit, Ibu Ayah Diminta Lebih Berhati-Hati Bawa Si Kecil Ke Tempat Sesak!

Ads

Langkah Mengurangkan Risiko HFMD dan Penyakit Berjangkit

Walaupun sukar untuk mengelakkan semua risiko jangkitan, ibu ayah masih boleh mengambil beberapa langkah berjaga-jaga bagi membantu melindungi anak.

  • Elakkan membawa anak ke tempat yang terlalu sesak sekiranya tidak perlu, terutama jika anak masih kecil atau mempunyai sistem imun yang lemah.
  • Pastikan anak mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap, khususnya selepas bermain, menggunakan tandas dan sebelum makan.
  • Bersihkan permukaan serta barangan yang kerap disentuh seperti permainan, botol susu dan peralatan makan.
  • Pastikan anak mendapat rehat yang mencukupi, pemakanan seimbang dan pengambilan air yang mencukupi bagi menyokong sistem imun.

Sekiranya anak mengalami demam, batuk, selesema, muntah, cirit-birit atau menunjukkan simptom penyakit berjangkit, biarkan mereka berehat di rumah dan elakkan daripada dihantar ke taska atau sekolah.

Langkah ini bukan sahaja membantu anak pulih dengan lebih baik, malah dapat mengurangkan risiko jangkitan kepada kanak-kanak lain.

Ibu ayah juga dinasihatkan mendapatkan pemeriksaan doktor jika keadaan anak tidak bertambah baik, simptom berpanjangan atau semakin serius.

Kesimpulan

Ibu ayah tetap disarankan untuk sentiasa berwaspada terutama ketika membawa anak keluar pada hujung minggu. Paling penting elakkan kawasan yang penuh sesak atau taman permainan tertutup yang mudah dijangkiti.

Mengamalkan kebersihan, mengurangkan pendedahan kepada tempat sesak ketika musim penyakit serta mendapatkan rawatan awal sekiranya anak menunjukkan simptom boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi dan penyebaran jangkitan.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Susu Ibu Sejuk, Jangan Panik! Bayi Boleh Minum Terus & Ini...

Susu ibu sejuk sebenarnya selamat diminum terus oleh bayi tanpa dipanaskan. Ketahui kelebihannya, cara memanaskan susu dengan betul serta panduan penting yang setiap ibu perlu tahu.