Keibubapaan

HFMD Meningkat: Panduan Penting Ibu Ayah Elak Panik Bila Anak Dijangkiti

Share

“Taska anak ada kes HFMD.”

“Anak kawan dah mula demam.”

“Tangan naik bintik sikit, tapi masih aktif. HFMD ke tu?”

Sejak beberapa minggu ini, makin ramai ibu ayah mula berkongsi pengalaman anak dijangkiti HFMD atau Hand, Foot and Mouth Disease. Media sosial juga dipenuhi dengan luahan parents yang terpaksa kuarantin anak di rumah, skip event sekolah, malah ada bayi bawah setahun turut dijangkiti.

Seorang ibu berkongsi bagaimana anaknya baru sahaja habis kuarantin sehari sebelum sambutan Teachers Day di playschool.

“My son baru habis kuarantin HFMD kelmarin. Tak dapat sambut Teachers Day dengan kawan-kawan,” tulisnya.

Namun dia bersyukur kerana simptom anaknya agak ringan.

“Cuma naik bintik sedikit dekat tangan dan kaki. Mulut tak kena sebab risau dia tak nak makan.”

Dalam masa sama, ramai parents turut tertanya-tanya sama ada bayi kecil juga boleh terkena HFMD.

“Baby under 1 year old boleh kena?” tanya seorang ibu di ruangan komen.

Jawapannya, ya. Bayi juga boleh dijangkiti HFMD, terutama jika terdedah kepada ahli keluarga atau kanak-kanak lain yang membawa virus tersebut.

Begitulah antara komen luahan ibu bapa apabila dikatakan kes HFMD

atau Hand, Foot and Mouth Disease dikatakan meningkat sejak akhir-akhir ini.

Situasi inilah yang menyebabkan ramai ibu ayah mula panik apabila notis HFMD mula tersebar dalam group WhatsApp sekolah dan taska.Dalam pada menerusi perkongsian daripada  Dr Nisa Khalil , pakar kanak-kanak menjelaskan mengenai hal ini.

Menurut Pakar Pediatrik dan Child Development, Dr Nisa Khalil, perkara pertama yang parents perlu tahu ialah majoriti kes HFMD sebenarnya akan sembuh dengan baik.

“Most kids will be fine. A rough, uncomfortable week. But fine,” jelas beliau menerusi perkongsian di media sosial.

Apa Sebenarnya HFMD?

Foto: AI

HFMD atau Hand, Foot and Mouth Disease ialah jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit dan lazim berlaku dalam kalangan kanak-kanak bawah enam tahun.

Ia disebabkan oleh kumpulan enterovirus seperti:

  • Coxsackievirus A16
  • EV71
  • CA6

Virus ini merebak melalui:

  • Air liur
  • Hingus dan kahak
  • Cecair blister
  • Najis anak yang dijangkiti

Disebabkan itu, taska, tadika dan nursery menjadi antara tempat paling mudah untuk virus tersebar.

HFMD Boleh Merebak Sebelum Ruam Keluar

Ini antara perkara yang ramai parents tak sedar.

Menurut Dr Nisa, HFMD mempunyai tempoh inkubasi sekitar 3 hingga 6 hari selepas terdedah kepada virus.

Dalam tempoh itu, anak mungkin nampak sihat seperti biasa tetapi sebenarnya sudah boleh menyebarkan virus kepada orang lain.

Biasanya simptom awal akan bermula dengan:

  • Demam
  • Sakit tekak
  • Meragam
  • Tak mahu makan

Kemudian baru muncul:

  • Ulser dalam mulut
  • Ruam atau blister di tangan
  • Ruam di kaki
  • Kadang-kadang ruam di punggung

“Ulcer dalam mulut sangat sakit bila telan. Jangan paksa anak makan. Fokus pada fluids sahaja,” kongsi Dr Nisa.

Tak Semua Kes HFMD Datang Dari Taska

Ramai ibu ayah terus menyalahkan taska atau sekolah bila anak terkena HFMD.

Tetapi menurut Dr Nisa, majoriti kes HFMD sebenarnya bukan outbreak di sekolah.

“90% of cases this year bukan dari sekolah. Playground, mall, rumah saudara. Anywhere,” jelas beliau.

Ini bermaksud anak boleh terdedah di mana-mana:

  • Playground
  • Shopping mall
  • Rumah saudara
  • Tempat awam
  • Playdate

Sebab itu langkah pencegahan HFMD perlu diamalkan setiap hari, bukan hanya ketika outbreak berlaku.

Ada Ubat Untuk HFMD?

HFMD ialah jangkitan virus, jadi tiada ubat khas untuk menyembuhkannya.

Antibiotik juga tidak membantu sama sekali.

Apa yang lebih penting ialah memastikan anak selesa sementara badan mereka melawan virus sendiri.

Antara yang boleh membantu:

  • Rehat secukupnya
  • Banyakkan minum air
  • Minuman sejuk atau aiskrim untuk kurangkan sakit ulser
  • Makanan lembut
  • Elakkan makanan masin dan masam
  • Paracetamol untuk demam atau sakit

“Comfort is the treatment,” kata Dr Nisa.

Kalau anak tak mahu makan, jangan paksa. Fokus utama ialah memastikan mereka masih minum dan tidak mengalami dehidrasi.

Bila Anak Boleh Balik Sekolah Selepas HFMD?

Ini antara soalan paling kerap ditanya oleh parents.

Ramai ingat cukup sekadar tunggu beberapa hari sebelum hantar anak semula ke sekolah atau taska.

Menurut Dr Nisa, ada dua syarat penting:

  • Semua blister sudah kering sepenuhnya
  • Anak bebas demam sekurang-kurangnya 24 jam tanpa ubat

“Kedua-dua syarat mesti dipenuhi. Satu sahaja tidak cukup,” tegas beliau.

Menghantar anak terlalu awal boleh menyebabkan jangkitan terus merebak kepada kanak-kanak lain.

Red Flags HFMD Yang Parents Perlu Alert

Walaupun majoriti kes HFMD ringan, ibu ayah tetap perlu peka dengan tanda bahaya seperti:

  • Demam lebih tiga hari
  • Anak terlalu lemah atau tidak responsif
  • Muntah berterusan
  • Susah bernafas
  • Pergerakan badan tersentak atau sawan
  • Tidak kencing lebih 6 hingga 8 jam
  • Bibir dan lidah terlalu kering
  • Mata nampak cengkung

“Trust your instincts. Kalau rasa tak kena, pergi,” pesan Dr Nisa.

Orang Dewasa Pun Boleh Dijangkiti HFMD

HFMD bukan hanya berlaku pada kanak-kanak.

Menurut Dr Nisa, orang dewasa dan remaja juga boleh dijangkiti walaupun simptom biasanya lebih ringan.

Malah seseorang juga boleh terkena HFMD lebih daripada sekali kerana terdapat pelbagai strain virus yang berbeza.

Jangan Panik, Tapi Jangan Ambil Mudah Tentang HFMD

Bila kes HFMD meningkat, panik memang mudah berlaku terutama bila group WhatsApp parents mula penuh dengan notis dan screenshot kes terbaru.

Tetapi apa yang paling penting ialah ibu ayah mempunyai ilmu yang betul.

Pantau simptom anak, fokus pada hidrasi dan rehat mereka, serta jangan tergesa-gesa menghantar anak kembali ke sekolah sebelum benar-benar sembuh.

Seperti yang dikongsikan Dr Nisa, prevention bukan hanya masa outbreak sahaja. Ia perlu jadi amalan setiap hari.

 

Sumber: dr.nisa.khalil

Published by
Nor Yusoff