Betullah orang kata, bila dapat cucu, sayangnya lebih pada anak. Begitulah perasaan yang dilalui oleh Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo sekarang ini. Kemeriahan rumah semakin bertambah lagi-lagi bila dah lama rumah tiada anak kecil.
Sempena Hari Bapa, perkongsian Sheila Rusly di instagram telah mendapat perhatian ramai. Ini kerana dia sangat bersyukur diberikan rezeki untuk melihat cucu dan berasa bangga dikelilingi hero yang hebat.
Dalam gambar tersebut, kelihatan Jinggo, anak lelaki sulungnya, Uzair Haqimy dan bapa Elisya Sandha.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah baby Bunga Elhaq. Walaupun wajahnya nampak sipi-sipi sahaja, jelas kelihatan hidungnya yang mancung. Memang ikut muka mommy Elisya cucu Nana Sheila dan tok sidang ni!
Sebelum itu, pada 18 Jun, Elisya selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Kelahiran itu memberi kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga Sheila yang sudah lama menantikan kehadiran ‘Bunga’ dalam keluarganya.
Sementara itu, menerusi perkongsian Uzair pula, dia memperkenalkan nama bayi perempuannya secara rasmi.
Ads
Bunga Elhaq Binti Uzair Haqimy. My wife and I really appreciate all the kind words and prayers. Alhamdullillah terlahir lah anak sulung kami, syukur Ya Allah..
Cun cun pulak Father’s day hari ni hehe terus dapat title father lah for 2022 and i would also like to wish two of my Fathers Papa and Daddy a Happy Father’s day! Tanpa mereka siapa lah kami.
Aku bersyukur Ya Allah dengan rezeki yang tidak mampu ku nilai ini, Alhamdullillah, muka Bunga nanti kita belanja ye sekarang sipi sipi je boleh!😉
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan tak sabar untuk melihat wajah cucu pertama Nana Sheila.
Ads
“Dari tepi dah comelllll masya allah tabarakkallah”
“Tahniah Beautiful Nanny untuk Cucu Pertama”
“Hati sis dan tok sidang berbunga² la kan…malah bertambah² dengan kelahiran bunga”
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Tidur sememangnya cukup penting sebagai salah satu tumbesaran bayi. Pun begitu mendodoikan bayi tidak mudah. Penat mendodoi, anak masih tak mahu tidur. Ada waktunya, bayi kecil kita perlu dibiarkan tidur sendiri supaya ia mudah terbiasa dengan keadaan ini.
Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi si manja sukar untuk tidur tanpa disusukan atau didodoi sebelum tertidur. Ia pastinya menjadi satu masalah, lebih-lebih lagi jika ibu mengejar masa dan terpaksa melakukan pelbagai kerja lain.
Melatih anak tidur sendiri sebenarnya memerlukan teknik dan beberapa cara agar anak mudah terbiasa. Latihlah mereka untuk terbiasa dengan keadaan dan akhirnya apabila sudah biasa, bayi kecil kita akan tertidur dengan sendirinya.
Bawa masuk bilik awal
Perkara paling utama dalam melatih bayi tidur sendiri adalah dengan membawa si manja untuk masuk ke bilik tidur lebih awal daripada waktu tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal. Sebaiknya ketika di dalam bilik tidur, elakkan sebarang rangsangan yang membuatkan si kecil cergas seperti bunyi daripada televisyen yang kuat.
Rutin sejak kecil
Anda pasti pernah mendengar rungutan sesetengah ibu bapa yang anak mereka sukar tidur awal. Ini adalah disebabkan oleh kebiasaan sejak kecil untuk tidur lambat. Jadi untuk mengelakkan situasi seperti itu, anda harus menyedari kepentingan mendidik waktu tidur kepada anak sedari usia bayi lagi.
Lebih-lebih lagi bayi memerlukan masa tidur yang lebih lama berbanding individu dewasa. Cara tidurkan bayi terbaik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.
Rutin tidur konsisten
2 hingga 3 jam sebelum waktu tidur, anda amat disarankan untuk melakukan aktiviti yang tenang dan boleh merangsang otak si kecil untuk tidur. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan seperti memperdengarkan alunan zikir, bercerita, menyanyi atau sebarang perkara lain yang bersesuaian. Sebolehnya lakukan aktiviti yang sama setiap kali tiba waktu tidur.
Hindari aktiviti melibatkan gajet seperti televisyen atau gajet. Ia tidak membantu merangsang si manja untuk tidur, sebaliknya lebih menjadikan mereka cergas.
Elakkan gangguan ketika mengantuk
Biasanya apabila melihat bayi kelihatan mengantuk, apa yang anda lakukan? Membiarkannya atau mengusik mereka agar tidak tidur? Jika anda membiarkannya, ia adalah antara cara tidurkan bayi yang betul.
Apabila si manja tampak mulai lali dan hampir melelapkan mata, elakkan daripada terus bermain dengan mereka. Jika boleh, sebaik sahaja mereka kelihatan letih, bawalah si kecil ke dalam bilik yang sunyi dan tenang. Ini merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan dalam melatih bayi tidur sendiri tanpa dipengaruhi oleh ibu bapa.
Kurangkan tabiat menyusu hingga tidur
Mendukung atau menyusukan bayi sehingga tertidur merupakan antara perkara yang sering dilakukan kebanyakan ibu bapa.
Jangan bimbang, ia tidak salah tetapi jika dilakukan secara berterusan, si kecil mungkin tidak dapat belajar untuk tidur dengan sendirinya. Jadi apabila bayi kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan si manja di atas tilam untuk membolehkan dia menenangkan dirinya sebelum tertidur.
Sediakan ruang tidur yang selesa
Jika kita sebagai individu dewasa juga mahukan ruangan selesa untuk tidur, begitu jugalah keadaannya dengan si kecil. Sediakanlah ruangan tidur yang selesa dan tenang untuknya beradu dengan selesa sepanjang malam.
Hindari pencahayaan yang terlalu terang atau terlalu sejuk. Elakkan juga daripada memenuhi ruangan tidur si kecil dengan terlalu banyak barang mainan.
Jadikan waktu tidur sebagai keutamaan
Mesti ada yang bertanya kenapa waktu tidur si manja penting, bukan? Ia bukan sahaja waktu untuk melelapkan mata, bahkan ia juga adalah waktu untuk tumbesaran otak si manja.
Bukan sekadar itu, waktu tidur si manja juga adalah waktu untuk ibu berehat. Jika bayi sukar tidur, ia boleh menyebabkan wujudkan tekanan kepada ibu. Haaa…timbul masalah lain pula.
Melatih bayi tidur adalah perkara penting
Anda mungkin berasakan ia perkara yang tidak begitu penting untuk melatih si kecil tidur dengan sendiri. Tetapi percayalah semakin bayi anda meningkat besar, anda akan berasakan bahawa ia penting untuk mereka belajar tidur secara sendiri.
Jadi mulakan daripada awal, ia bukan sahaja penting untuk si kecil tetapi juga kepada ibu bapa kerana anda juga memerlukan rehat yang secukupnya.
Peluang Jadi Vendor di Baby Bazaar by Pa&Ma
Ada waktunya kita kesuntukan masa untuk mencari kelengkapan si comel. Tidak perlu waktu yang lama, membeli belahlah melalui atas talian yang lebih menjimatkan masa anda.
Pa&Ma ingin memperkenalkan portal barangan bayi dan ibu hamil yang baru, iaitu Baby Bazaar by Pa&Ma. Menerusi portal ini, ibu bapa tidak perlu gusar untuk mencari makanan atau kelengkapan buat si comel. Portal ini menjanjikan proses pembelian yang mudah dan barang akan terus dihantar ke rumah anda.
Bagi anda yang ingin menjual produk bayi, produk ibu atau servis berasaskan bayi dan ibu, inilah peluang anda untuk menjadi vendor di bazaar kami. Jom cepat-cepat sertai kami dengan melayari portal Baby Bazaar by Pa&Ma, babybazaar.my.
Lumrah seorang wanita, selagi dia boleh bertahan, jarang dia nak menitiskan air mata. Kecuali jika benar-benar dah sampai kemuncaknya, hanya air mata boleh buat dia sedikit tenang.
Menurut Pakar Motivasi, Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, suami harus faham jika isteri menitiskan air matanya, bermakna ada sesuatu yang boleh menyebabkan isteri menjadi sedemikian.
Tingginya nilai air mata seorang wanita. Di saat seorang wanita menangis di hadapanmu, bukan tanda dia lemah. Namun betapa kuat dirinya menahan dan memendam demi sebuah kebahagiaan.
Peganglah tangannya dengan sebuah pengertian, maka dia akan bersamamu selamanya. Jika kamu membiarkannya pergi, maka pergilah dia bersama tangisannya selamanya.
Lihatlah anak matanya, rasakan kesakitan yang terpendam dari dalam dirinya.
Hitunglah setiap titis air matanya. Kamu akan lihat betapa beratnya beban dari deras air matanya.
Para suami, sedarlah bahawa tangisannya itu bukan kerana dia lemah. Bukan juga tanda dia merintih memohon simpati dan belas kasihan darimu.
Dia menangis kerana tak dapat menanggung beban dari dalam hatinya. Dia meronta-ronta, merintih dan lemas dalam kesedihan tak bertepi.
Waktu ini, fikirkan sejenak apa yang kamu lakukan untuknya. Hanya kamu sahaja yang tahu jawapan itu. Pertimbangkanlah baik-baik.
Kerana satu saat nanti, kamu mungkin akan terlambat untuk mengucap sepotong ayat, “Abang minta maaf!”
Masa itu segalanya sudah terlambat. Tak mampu dibaiki dan diungkapkan apa-apa untuk lagi. Maka jangan kita biarkan keadaan itu berlaku pada kita.
Sedarlah bahawa, Allah kuatkan bahu wanita untuk menjaga anak-anakmu. Allah lembutkan hatinya untuk menyelimuti hatimu hingga tenteram.
Allah berikan naluri yang kuat untuk tetap saling menyayangi walau pada saat itu wanita itu dikhianati berkali-kali.
Maka, layakkah kita mengasari dan menyakiti hatinya disebabkan oleh ego kita yang meninggi? Tentu tidak, bukan.
Moga kita buka mata dan hati. Moga Allah beri kita hidayah untuk mencipta kebahagiaan berumahtangga.
Perkongsian daripada lelaki ini tentang pengalamannya menjaga anak selama 12 jam semasa isterinya tiada kerana bekerja. Baru tahu susahnya tu macam mana….
Firdaus Shakirin berkongsi mengenai pemgalamannya sendiri menjaga anak semasa isteri bekerja.
Bukan senang, tak mudah, serius stres. Masa tak ada anak masih boleh lagi. Tapi bila ada anak hidup tanpa pasangan sangat menguji & teruji.
Jaga anak time weekend. 12 jam sahaja. Kalau lelaki letih, orang perempuan?
Anak bangun dengan lampin penuh & lapar susu. Nak mandi letak anak depan bilik air, bimbang anak jatuh katil & pergi ke dapur.
Masa solat berapa kali berhenti, anak masuk dalam kain & letak mainan tempat sujud dan sebagainya.
Mandi, anak main air. Buai dalam buaian sejam baru tertidur.
Anak detect ayahnya bangun, kena hayun buaian lagi. Anak tidur baru boleh sarapan. Nak membuang air besar pun kena buang cepat-cepat sebelum anak bangun.
Anak sepahkan bilik masa ayahnya tertidur. Perkara ini diteruskan selama dua tiga tahun sebelum isteri berhenti kerja.
Kepada para suami, the struggle is real beb! Bagaimana isteri hadap semua seorang diri masa anda tiada? Dengan penat kerja, kerja rumah, masalah office dan sebagainya
Para suami kerapkanlah telefon isteri, bagi semangat. Bila balik rumah take over kerja dia. Bagi dia rehat. Jangan sampai isteri fikir ada suami dengan tak ada suami sama je…
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...