Betullah orang kata, bila dapat cucu, sayangnya lebih pada anak. Begitulah perasaan yang dilalui oleh Sheila Rusly dan suaminya, Jinggo sekarang ini. Kemeriahan rumah semakin bertambah lagi-lagi bila dah lama rumah tiada anak kecil.

Sempena Hari Bapa, perkongsian Sheila Rusly di instagram telah mendapat perhatian ramai. Ini kerana dia sangat bersyukur diberikan rezeki untuk melihat cucu dan berasa bangga dikelilingi hero yang hebat.

Dalam gambar tersebut, kelihatan Jinggo, anak lelaki sulungnya, Uzair Haqimy dan bapa Elisya Sandha.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah baby Bunga Elhaq. Walaupun wajahnya nampak sipi-sipi sahaja, jelas kelihatan hidungnya yang mancung. Memang ikut muka mommy Elisya cucu Nana Sheila dan tok sidang ni!

“Hidung Ikut Mommy Ni..” Tengok Sipi-Sipi Muka Bunga Elhaq Pun Dah Comel!

Sebelum itu, pada 18 Jun, Elisya selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Kelahiran itu memberi kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga Sheila yang sudah lama menantikan kehadiran ‘Bunga’ dalam keluarganya.

“Hidung Ikut Mommy Ni..” Tengok Sipi-Sipi Muka Bunga Elhaq Pun Dah Comel!

Sementara itu, menerusi perkongsian Uzair pula, dia memperkenalkan nama bayi perempuannya secara rasmi.

IKLAN

Bunga Elhaq Binti Uzair Haqimy. My wife and I really appreciate all the kind words and prayers. Alhamdullillah terlahir lah anak sulung kami, syukur Ya Allah..

Cun cun pulak Father’s day hari ni hehe terus dapat title father lah for 2022 and i would also like to wish two of my Fathers Papa and Daddy a Happy Father’s day! Tanpa mereka siapa lah kami.

Aku bersyukur Ya Allah dengan rezeki yang tidak mampu ku nilai ini, Alhamdullillah, muka Bunga nanti kita belanja ye sekarang sipi sipi je boleh!😉

“Hidung Ikut Mommy Ni..” Tengok Sipi-Sipi Muka Bunga Elhaq Pun Dah Comel!

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan tak sabar untuk melihat wajah cucu pertama Nana Sheila.

IKLAN

“Dari tepi dah comelllll masya allah tabarakkallah”

“Hidung Ikut Mommy Ni..” Tengok Sipi-Sipi Muka Bunga Elhaq Pun Dah Comel!

“Tahniah Beautiful Nanny untuk Cucu Pertama”

“Hati sis dan tok sidang berbunga² la kan…malah bertambah² dengan kelahiran bunga”

Kredit: IG Sheila Rusly; Uzair Haqimy & Elisya Sandha

IKLAN

Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.

Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/

“Hidung Ikut Mommy Ni..” Tengok Sipi-Sipi Muka Bunga Elhaq Pun Dah Comel!Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI