Biasa makan kek hokkaido yang ada filling di dalamnya, kali ini apa kata buat pula Hokkaido Cheese Tart. Caranya tak lah susah sangat, ia lebih kurang resipi cheese tart tapi ada beberapa penambahan lain.
Kalau rasa leceh nak buat kulitnya, boleh beli yang dah siap kulit cheese tart di kedai bakeri. Cuma buat je fillingnya ikut citarasa kemanisan yang anda mahu.
Tak rugi buat sendiri. Berbaloi sangat berbanding kalau nak beli yang dah siap. Ada masa santai bolehlah cuba dengan anak-anak.
1. Kacau marjerin dan gula dengan sudip kayu hingga rata.
2. Masukkan kuning telur kacau sebati.
3. Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.
4. Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya.
5. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
6. Bakar pada suhu 180°c selama 20 minit.
Ads
7. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isi filling cheese.
Bahan filling cream cheese :
250gm cream cheese/krim keju
200gm isi durian (optional)
40gm mentega
1 putih telur
1 sudu teh esen vanilla
1 kuning telur untuk sapuan
120gm dairy whipping cream
60gm gula kastor
1. Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula ke dalam periuk.
2. Whisk@pukul di atas api perlahan hingga licin dan tidak berketul.
Ads
3. Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla. Kacau rata kalau berketul boleh kacau guna mixer hingga licin.
4. Masukkan ke dalam piping bag plastik dan picit ke dalam kulit tart.
5. Masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit dan kemudian barulah sapu kuning telur.
6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°c selama 6 minit.
7. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resepi & foto : Azizi Zamani
Nak dapatkan keperluan dapur yang memudahkan kerja anda, klik je di sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pernah dengar mirepoix? Ia adalah masakan dari Perancis yang menggunakan hanya 3 bahan iaitu bawang holand, batang celery dan lobak merah.
Seperti bone broth, ia juga di gunakan sebagai “perasa semulajadi” masakan. Tanpa menggunakan penambah rasa yang dijual secara komersial, mirepoix ini pun dah boleh menyedapkan makanan yang anda sediakan.
Boleh digunakan untuk penyediaan makanan anak dan juga untuk seisi keluarga. Mirepoix ini juga menjadi pilihan Dr Nurhaya untuk hampir semua masakannya.
Ia kerap digunakan sebagai bahan menumis untuk membuat sup, asas perapan dan pelbagai lagi.
Potong dadu dan kecil-kecil untuk memudahkan urusan memasak.
Ratio bahan adalah 2:1:1
2 bawang
1 celeri
1 lobak merah
Panaskan kuali dan cairkan butter
Masukkan 3 bahan yang di dadu.
Masak sehingga kekuningan. Saya masukkan satu gelas air dan tutup kuali sehingga 15 ke 20 minit. Sesekali lihat untuk tidak rentung.
Tadaaa siap dah. Sekejap je dalam 30 minit. Kalau nak buat untuk masukkan dalam makanan bayi, boleh lah guna handmixer untuk blend atau masuk dalam blender/food processor. Nak lenyek pun boleh sebab lembut sangat.
Saya simpan dalam tempt penyimpanan begini. Dinginkan dan kemudian bekukan. Stok ni cukup untuk seminggu je kalau kegunaan saya. Semua masakan keluarga saya masukkan cube mirepox ni. Sekali pakai 2 atau 3 cube.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tinggal lima hari berbaki lagi sebelum kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Pastinya ibu sudahpun menyediakan juadah untuk dipersiapkan pada hari raya nanti. Apa menu anda? Jika memilih untuk menu berkuah, jangan lupakan soto yang sudah semestinya menjadi santapan istimewa ketika raya kedua atau ketiga.
Resipi kuah soto yang dikongsikan oleh Fara Lome ini memang power. Kuahnya pekat dan likat malah tersangatlah enak. Jom cuba untuk raya nanti.
Resipi Kuah Soto (resipi ni untuk 2 liter air/ 6 orang makan)
Lengkuas 1 inci
Halia 1 inci
Bawang merah besar 4 biji (mmg Klau byk lg sdp)
Bawang putih 1 ulas
Buah keras 1 biji
Blend semua bahan di atas
Ayam potong besar sebab nak carik kan nnti
Serai 2 batang (ketuk)
Minyak untuk menumis
Serbuk sup adabi (kalau sepeket kecik tu guna separuh)
Serbuk kurma adabi (guna separuh juga)
Kiub ayam 1
Akar daun sup (potong dan cuci bersih)
Air 2 liter/ sejug *Atau kalau tak nak guna serbuk sup/kurma guna saja rempah soto. Saya kadang guna rempah soto je boleh dapatkan jenama apa saja. Bahan lain jangan ubah ya. Tetap sama. Tu kuah boleh jadi pekat. Jangan bergantung dengan rempah semata-mata.
Tumis bahan blend, serai dan akar daun sup sehingga naik bau, betul-betul masak/sedikit garing. Supaya bawang semua tu tak rasa mentah di kuah nnti. Bila masak elok kuah akan jadi wangi.
Masukkan serbuk sup dan kurma / rempah soto.
Masukkan ayam. Agak-agak air ayam dah hampir kering baru masukkan air.
Masukkan kiub ayam, perasakan gula garam. Renehkan sehingga ayam masak elok. Angkat ayam dan toskan (untuk dicarik nnti)
Siap!
Resipi Begedil Kentang
5/6 ubi kentang –buang kulit then potong kecil, rebus dan lenyekkan. Masukkan hirisan daun sup dan bawang goreng. Bulat-bulatkan dan leperkan sedikit.
Telur 1 biji
Lada sulah
Garam secukup rasa
*Pecahkan telur, masukkan garam dan lada sulah. godek laju supaya bila goreng nanti jadi macam bersarang.
Cara goreng begedil supaya tak hancur Panaskan minyak agak-agak tenggelam separuh bergedil je. Jangan penuh. Panaskan dengan api yang kecil sehingga betul-betul panas.
Celup begedil dalam bancuhan telur then goreng. Jangan rajin nak balik-balikkan selagi yang sebelah kena minyak tu tak garing/kekuningan.
Dah garing baru balikkan ye. Kalau balikkan awal-awal memang pecah ler.
Hujung minggu ini pasti mama dah mula terfikir-fikir apa menu nak disediakan untuk hujung minggu ni. Selain deretan makanan untuk mama dan papa, jangan dilupakan menu untuk anak-anak. Barulah anak makin selera dan makan.
Resipi Pisang Coklat Stik ni memang mudah nak disediakan. Malah nak buatnya tak sampai 15 minit. Hanya perlu cairkan coklat dan celup. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Rohana Awang Long ni. Sedap!
Hai uolls hari ni mama Ana nak kongsi 1 resepi snack yang super duper simple untuk ibu-ibu semua cuba ye.
Hah ni resepinya ” pisang bersalut coklat ditaburi coklat rice bak pelangi”..Perghh nama resepi pun tak beragak kan.
Senang je kan nak cari semua bahan tu. Ok jom layan cara nak buat plak.
Caranya:
Pisang yang dah siap freezer..
Potong dua pisang tu kemudian cucuk dengan lidi.
2. Siap cucuk simpan dalam freezer dulu sementara nak masak coklat.
3. Masukkan semua bahan yang bertanda ke dalam periuk dan masak atas api yang perlahan. Masak sampai coklat tu pekat sikit.
4. Siap masak coklat boleh celupkan pisang dan tabur coklat rice atas pisang tu.
5. Dah siap semua masukkan dalam peti ais 10 minit untuk bekukan coklat. Lepas 10 minit dah boleh makan.
Ok siap…
Macam mana senangkan?
Mama Ana gerenti si manja ibu semua mesti suka snack yang super sedap ni. Jom la try buat untuk si manja kesayangan. Tadaa siap bekukan coklat dan dah boleh makan
Kredit: Rohana Awang Long
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.