Tanyalah mana-mana anak pun, mesti ramai yang suka nuget. Tapi kadang tu terdetik kerisauan kerana ia boleh menjejaskan kesihatan anak untuk jangka masa panjang kerana kebanyakan produk ini mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan.

Ada anak memang nasi tolak ke tepi tapi jika dihidangkan makanan jenis ini, laju je makan. Cuma itulah nak beli yang dah siap dan terjamin untuk kesihatan anak susah.

Homemade Nuget Ayam Tanpa MSG & Pengawet. Pilihan Sihat Untuk Anak!

Tak apa, mama tak payah fikir banyak lagi. Cuba buat sendiri nuget resipi sihat yang dikongsikan oleh Habibah sekali dengan langkah membuatnya.

Ni resepi nuget sihat. Takde guna MSG, takde pengawet. Pilihan sihat untuk anak anak.

Rasa sedap, nak buat pun senang. Boleh buat banyak banyak, goreng separuh masak, lepas tu kita simpan dalam freezer.

Dalam ni kita letak carrot. Anak yang tak suka sayur pun makan laju.

Homemade Nuget Ayam Tanpa MSG & Pengawet. Pilihan Sihat Untuk Anak!

IKLAN

HOMEMADE CHICKEN NUGET

6 keping dada ayam dikisar halus (buang tulang lembut tu dulu)
1 batang carrot dikisar halus
Serbuk lada putih (agak agak jek)
Garam secukup rasa
Bread crumbs putih (agak agak dalam 1-2 cawan)
1/2 sudu makan baking powder
1 telur
1 sudu besar butter

Homemade Nuget Ayam Tanpa MSG & Pengawet. Pilihan Sihat Untuk Anak!

Bahan salut

Bread crumbs secukupnya. Kak Bib guna warna oren untuk nugget nampak menarik.

IKLAN

Homemade Nuget Ayam Tanpa MSG & Pengawet. Pilihan Sihat Untuk Anak!

Cara penyediaan:

Campur semua bahan. Bentukkan mengikut bentuk kegemaran. Kalau guna pencetak, basahkan dulu pencetak setiap kali sebelum di terap pada ayam supaya tak melekat.

Homemade Nuget Ayam Tanpa MSG & Pengawet. Pilihan Sihat Untuk Anak!

Salut dengan bread crumbs. Goreng hingga masak.

IKLAN

Homemade Nuget Ayam Tanpa MSG & Pengawet. Pilihan Sihat Untuk Anak!

# Boleh tambah kepingan cheese kalau suka. Kisar sekali dengan isi ayam tadi.

Homemade Nuget Ayam Tanpa MSG & Pengawet. Pilihan Sihat Untuk Anak!

Jom cuba!

#DapurCasadiab

Kredit: Habibah

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI