Sekian lama menantikan cahaya mata kedua, akhirnya pada tanggal 12 Februari lalu, pasangan pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya dan Awal Ashaari selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Sejak si comel Lyla Amina dilahirkan, Instagram kedua pasangan ini sering diterjah dengan wajah-wajah Lyla Amina yang saling tak tumpah seperti kakaknya, Lara Alana.
Namun bukan hanya Lyla yang semakin menjadi perhatian para pengikut Awal dan Scha, kini gelagat anak sulung mereka, Lara Alana juga amat mencuit hati.
Bergelar kakak kini, gelagat dan aksi Lara sememangnya mencuit hati. Terbaru menerusi Instagramnya, Awal turut berkongsi sebuah videonya yang terpaksa membahagikan kasih sayang pada kedua anaknya.
Namun bukan cara Awal yang menarik perhatian wargamaya sebaliknya gelagat Lara yang cemburu dengan adiknya mula menjadi perhatian ramai.
“How about me” tanya Lara kepada ayahnya bila mana Awal sedang mengagah adiknya.
Ads
Rupanya sepanjang mengagah Lyla, kakak Lara memerhatikan dari jauh dan mula cemburu pada adiknya.
Namun bijaknya Lara, dia tidak merajuk atau menangis tetapi sekadar bertanya kepada ayahnya.
Namun sebaik disapa oleh Awal, wajah masam Lara kembali tersenyum manis dan ceria. Bijaknya kakak Lara!
Dalam pada itu, video perkongsian Awal kini semakin jelas menampakkan wajah Lyla yang sama seperti kakaknya. Malah seakan serupa. Comel seperti kakaknya ketika waktu kecil.
Ads
Rata-rata warganet turut menyatakan hal yang sama. Sebijik kakak Lara!
” Sebijik Kakak Lara.
” How about me”, comelnya. You still no 1 Lara sayang!
Terbaru, Scha dan Awal kini muncul dalam satu program realiti terbaru Schawal Baby Boom yang bersiaran pada setiap Khamis, jam 9 30 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Menariknya kisah kelahiran si comel Lyla Amina turut dikongsikan secara eksklusif kepada umum menerusi program ini. Jangan lupa menonton!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Viral semalam kisah arwah adik Nur Qaisarah Medina Sufian, 2 tahun, dikatakan tertusuk pisau di bahagian perut ketika berada di rumahnya. Mangsa meminta susu dengan ibunya sebelum ke dapur untuk mendapatkan neneknya dan terpijak pinggan.
Dia kemudian jatuh atas pinggan itu sebelum pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut. Akibat panik, nenek mangsa mencabut pisau yang tertusuk di perutnya.
Kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai termasuklah pengamal perubatan, jururawat, menerusi laman facebooknya telah berkongsi langkah rawatan awal jika berlaku kecemasan.
Ya, saya ada baca kes kanak-kanak berumur 2 tahun yang tertusuk pisau itu, gara-gara panik, neneknya mencabut pisau yang tersusuk dan akibatnya berlaku keadaan kehilangan nyawa.
Takziah saya ucapkan.
Keselamatan kanak-kanak perlu dititik beratkan dirumah. Jangan sesekali biarkan objek tajam dari bersepah di mana-mana. Seperti kes ini, adik beradik mangsa makan pelam dan tinggalkan pisau bersama pinggan diatas lantai. Kita sebagai ibu bapa perlu kerap menasihati anak cara mengendalikan objek tajam dan simpanan yang betul.
Dalam kes ini, mengapa anda DILARANG dari mencabut pisau atau apa-apa objek yang tertusuk di mana-mana anggota?
Ini kerana, kita tak tahu tahap mana kecederaan akibat tusukan itu berlaku. Salur darah mana yang dah tercedera pun kita tak tahu. Mana organ terdekat dah terkena lagilah kita tak boleh lihat dari mata kasar.
Objek tajam yang masih kekal tertusuk akan menjadi penghalang kepada berlakunya perdarahan kerana ia masih melekat di tempat yang terlibat dan memberikan tekanan pada kawasan tersebut dari terus mengalirkan darah.
Jadi, bila anda tarik objek tersebut keluar, penghalang tadi dah tidak ada, malahan geseran dari objek sewaktu dikeluarkan boleh terus mencederakan kawasan sekitarnya lalu berlakulah perdarahan yang banyak. Perdarahan yang teruk boleh mengancam nyawa.
Jadi, disini jika berlaku kecederaan tusukan seperti ini, apa yang perlu anda lakukan?
Rawatan awal untuk elak risiko kematian boleh diambil oleh mangsa atau orang sekeliling antaranya:
1. Mangsa perlu bertenang atau mangsa ditenangkan oleh orang sekeliling. Tak perlu ramai-ramai kerumun sampai panik boleh berjangkit.
2. Alirkan kawasan yang cedera dengan air bersih bagi tujuan membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang oleh dilihat oleh mata kasar.
3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.
4. Jika objek masih ada, jangan cabut tetapi buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letak di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.
5. Lakukan tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk menahan darah daripada keluar dengan banyak.
Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ atau anggota tubuh dapat dikembalikan.
Jangan ikat anggota yang tercedera kerana ia boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.
6. Tinggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar.
7. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999 atau bawa mangsa terus ke hospital dan klinik berdekatan.
Malang memang tidak berbau, tetapi langkah keselamatan dan rawatan awal perlu dikemas kini dari semasa ke semasa supaya kecederaan dapat dielakkan dan kehilangan nyawa dapat dihindari.
Betulah kata orang, bila kita dah jadi ibu ataupun bapa kita sanggup lakukan apa sahaja untuk keluarga demi melihat mereka tersenyum. Terkadang entah datang dari mana kekuatan untuk melakukan sesuatu yang diluar jangkaan tapi demi anak-anak tiada yang mustahil.
Begitulah besarnya pengorbanan seorang ibu apabila dia berkongsi kisahnya menggali tanah lapang untuk dijadikan kolam buat anak-anak beriadah sedalam 5 kaki, panjang 10 kaki dengan tulang empat keratnya. Sesuatu yang luar biasa buat wanita yang bergelar ibu. Tangan yang lembut mampu menggali tanah lapang okay!
Ketika dihubungi oleh Pa&Ma, Puan Hezline Atherra 26 tahun yang juga mempunyai Diploma dalam Kejuruteraan Awam memberitahu kolam berkonsepkan garden tersebut dibuat khas untuk anak-anaknya, Mohammad Darryl Abrar 3, Mohammad Daiyyan Abrra 1 dan 5 orang adik perempuannya sempena hari jadi Puan Hezline sendiri pada oktober lepas.
Persiapan untuk membuat kolam tersebut bermula pada awal September dan jangkaan siap sebelum hari jadinya. Impian menjadi kenyataan apabila kolam tersebut berjaya disiapkan dalam tempoh sebulan sahaja. Bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan disiplin yang tinggi untuk menyiapkan kolam tersebut.
Dia mula menggali tanah pada pukul 1 pagi sehingga pukul 3 pagi setiap hari kerana pada sebelah malam cafenya beroperasi seperti biasa dan pada waktu siang dia berniaga secara atas talian. Pada waktu hujung minggu pula dia sibuk dengan bisnes MUA. Ikuti perkongsianya tentang D.I.Y kolam garden dirumah.
Hadiah kolam garden buatan sendiri untuk anak-anak mummy sempena hari jadi mummy!
Seperti mummy janjikan 2 minggu lepas mummy nak share mummy buat kolam garden kan? So today mummy tunaikan janji..
Bersungguh mummy gali tanah, ikat bata, buat simen, untuk siapkan garden dan sebijik kolam mandi lebih kurang 5 kaki (dalam kannn, sebab mumi pon nak tumpang berendam) untuk anak-anak, family mummy lepak santai..
Kalau korang suka tengok hasil dia, boleh share tau.. mummy izinkan!
Tips nekad mummy senang je “cari bahagia untuk diri sendiri”
mummy bukanlah tulang besi urat dawai wehh.. tapi mummy suke buat sendiri if mummy rasa mampu guna tulang 4 kerat ni.. apa pon yang nak buat, usaha dulu, jadi tak jadi kemudian fikir.
Mummy tak lah mewah, tapi garden ni cukup bahagiakan mumi, tengok anak-anak happy main, membesar depan mate..mummy busy, macam-macamm maummy buat kerja dari jadi make-up artist, bisnes, sehinggalah buka cafe. Ni cara mummy cari kebahagian untuk diri dan keluarga, mummy punye impian dah nak masuk tahun ketige ni, barulah bersungguh nak jadikan realiti gitu.. ingatkan dah terkubur niat tu sebab kekangan banyak.
Alhamdulillah..Tadaaa dan ni hasilnye
Sebulan masa mummy target untuk siap kolam garden, dan Allah make it perfectly to me.. sebab bajet mumi tak besar, ni pon around 5k termasuk gazebo dan barang-barang sampingan lain tu..
Disclaimer: Mummy bukan buat sorang, ko gilerr ke??
2 minggu taw korek/gali tanah sampai pukul 3 pagi, nak buat sorang sorang?? Memang TAKKKK LAH! Adik-adik mummy ada dan ofcourse lah daddy(suami) bahagian pasang piping semua..
Haa jum share mummy ajar awak buat kolam garden cara mummy, dan mummy dah buat langkah, step step yang awak perlu ada di setiap caption gambar taw
Semoge menjadi insipirasi buat kawan2 AMINN. Nampak senang tapi to me nak separuh mati nak siapkan demi nak bahagiakan anak-anak dan keluarga.
Satu tanah lapang dan agak membosankan. Hampir 3 tahun aku tenung port ni, nak buat “dok pakai cekok” takut behenti separuh jalan sebab modal ciput..So tunggu rumput panjang, mesin lagi dan lagi..Sampai lah tiba seruan..
Ok tak yah beleter panjang2. Dah! So first ni plan aku lah ye..
Korang kene imagine atau sketch, nak bentuk cmne , luas mane, piping belah mane, tempat pump dekat mane, dan paling penting kedalaman dan besar mane kolam yang nak.. Plan baik2, yang paling penting part ni, imiginasi kene tinggi..Kau ibarat kau dah nampak kolam tu dah siap lawa kat port kau nk korek tu..
Dah siap imaginasi yang kau lakar dekat A4 tadi, ko mula pacak tanda kat tanah yang ko nak korek tu..
Kalau mumi, mumi letak besi penanda dan “tali” keliling petak yang nk korek tu.. dan start korek slow2 , mumi ambik mase 2 minggu.. korek korek dengan adik adik , diorang lembik kecian tp dah bayang ni, nanti hari2 boleh mandi kolam.. 😝😝
Kalau ko nak dalam lagi, kene panggil backhoe lah korek, kalu ko korek sendiri mati lah kau dalam tu
Mumi punye ni hampir 5 kaki lebih, tak kire actual.. sebab mumi naikan tinggi dinding atas sebab tak nak buat salur air limpah keliling kolam..
Parah kosnye nanti, tak pasal pasal aku makan nasi krik dinding nanti kang 😂
Adik adik yang sangat membantu.. diaorang tak nampk lagi rupe mumi nak buat ape ni.. tp dieorang korekkk dan korekk je sebab kene marah hahaha 😂😂
Ok part ikat bata ni memang win, sebab mumi ikat sendiri.. tak ade upah orang ikat ye..Ko tengok je muke aku lembut, sekali aku maki habis lah satu kampung boleh dengar..
Same kejadian dengan ikat bata ni.. Haha Dulu nak jadi arkitek, engineer lah ape lah, tapi tak kesampaian haha, nasib ade basic tu pon renyok petok ikat bata..
Ok siap separuh bata tu, mumy peratakan bahagian tanah bawah.. dan letak crusher run kasar..Then letak besi brc size lupe tp boleh je mane2 yang standard ,
Besi brc potong pakai cuter (ni keje laki aku) ni kalau aku buat, mau terpotong kuku aku. Dan lapiskan dengan campuran simen dan pasir.. (tunggu kering, baru sambung ikat bata) Jangan tanya aku macam mane nak ikat bata, encik google ade.. sile jangan malas 😝
Tuhhh tengok dekat dua pagi kiteorang buat keje, sebab siang bz plus panas wehhh.. Sorry ladies sangat, skin kene jage takmau burn hahaha
Settle base konkrit bawah, then aku sambung bata, Dan buat piping flow in and out, kalu tu ko pakai baldi je la cebok air.
Tp mumi buat piping tanam dalam konkrit , sebab mummy ikat bata.. selebihnye daddy sambung lepas konkrit siap
Ok, cerite tentang tanam pipe flow in and out, Flow in mummy buat 3 saluran air, dan flow out satu salur air..
Dan mummy gune dua pump untuk filter air rolling dalam kolam, pump jename ape2 pon boleh ikut kemampuan dan kapasiti kolam.
Asyik hujan je , air bertakung dalam konkrit.. seminggu lebih tak ley buat kerje.. hold dulu..Part buang air pakai baldi tu memang win.
Darryl tiap tiap pagi bangun tidur die tanya “Mummi kolam siap dok ag!! “
Penat mummi, Siap2 mandi , die keluar main tepi ni.. tak sabar time ni nak tengok die mandi betul2 dalam kolam mumi die buat
Then mummy niat nak letak lampu dalam kolam, so letak or tak , mumy just buat dulu piping untuk wayar eletric (ni pon selebihnye sepupu aku cover job)
Then siap ikat bata pada ketinggian yang ko nak.. Tibe buat “melas” so ni pass job kat sepupu, sebab mami nak ikat bata untuk lantai luar plak..
Lantai garden pon same, nak besar mane dan ikat bata macam mule2 tadi…Ok lepas siap keje memelas dinding, process minyok plak lagi sekali untuk bagi effect licin pada lantai dinding kolam..
Suami dan sepupu buat part lantai garden ..
Dah datang gazebo mumi.. time pasang gazebo tak ade ye.. mumi bz tak sempat nak poteshut 😅 Ok part kolam plak ni adelah Proses Pengujian..Proses pengujian ni penting dimana kite nak tengok kot kot ade bocor dan crack
Tengok muke si daiyyan tu.. bahagia sangat wehh.. hati mak mane tak luluh
Untuk part kemasan dinding, mumi cat kolam dengan cat expoxy waterproof blue colour dan cat ni around rm 250 ke atas dan perlu tempah dua minggu ke atas baru sampai..
Ok mumi cerite sikit part cat ni,
Sebelum proses mengecat, bersih dulu dindang kolam, keringkan dulu, dan sapu2 habuk2 lantai tu..Untuk kemasan yang lawa buat 2-3 lapis, Lepas kering cat lagi dan lagi..Dan mengeringan yang sempurna ambik mase 4-5 hari..
Sebelum masukan air , kolam perlu bilas dulu sebab cat ni die punye aroma bau memang pergghh ! Padu beb! Haha Then baru masukan air
Jadi seorang mak, dan kakak yang jage semua adik adik adelah satu tugas berat, so sisra nak mahligai yang sisra bina menjadi satu satunye tempat untuk dieorang happy, berkumpul,.. balik rumah tu rasa bahagia.. Tiada kate kate lain selain rase syukur .. Allah always beside me.. Alhamdulillah 😭
And pada hari jadi sisra, its already done..Nah hadiah paling besar dari mumi buat anak anak adik adik 🏖 sebuah taman nan indah
Happy dapat lepak buat makan2 macam ni..Kedalaman kolam hampir 5 kaki , so mak mak pon boleh berendam..
Tip keselamatan
Pastikan ibu ayah ada sewaktu anak mandi di dalam kolam.. If takut kedalaman tu dalam sangat, boleh buat kolam yang cetek. Pastikan air sentiasa ditukar..mummy tak letak klorin sebab baby pun mandi dalam kolam tu. Mummy selalu keringkan kolam dan bila nak mandi baru mummy akan penuhkan air dalam kolam.
Memang comel setiap kali melihat gelagat anak penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti, Siti Aafiyah Khalid.
Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati warga net apabila Tok Ti berkongsi video mengenai si kecilnya itu.
Terbaru di laman Instagram CTDK, ada memuat naik beberapa rakaman video ketika sedang berseloroh dengan menegur Aafiyah kerana membuat pakaian dalam bilik bersepah.
Anakanda kepada pelantun lagu 7 Nasihat ini memang makin bijak dan petah berkata-kata walaupun baru berusia dua tahun.
Menerusi video berkenaan, Aafiyah pada awalnya cuba untuk mengemas kembali pakaian yang telah dipunggahnya, namun usaha yang dibuat nampaknya tidak berjaya. Takut dimarahi oleh ibunya, Aafiyah kemudian dilihat mula mencebik dan menangis.
Perkongsian yang dibuat oleh Tok Ti mendapat pelbagai respon daripada warga net di Twitter. Rata-ratanya terhibur dengan gelagat Aafiyah yang comel dan lucu itu.
Sebelum ini, perkongsian Tok Ti pernah mendapat perhatian daripada netizen apabila berkongsi gelagat Aafiyah yang sudah mahir menyebut nama Datuk Seri Siti Nurhaliza secara lancar.
Untuk rekod, Tok Ti selamat bergelar ibu kepada Aafiyah pada 19 Mac 2018 setelah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Mohamad Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Sumber: Media Hiburan, Twitter Syafiq Hairiey & Instagram CTDK
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!