Sepanjang tempoh PKP, para ibu mengambil peluang untuk mendidik anak-anak tentang nilai murni. Salah satunya untuk menjadi lebih rajin dan suka membantu ibu di rumah. Untuk menggalakkan anak serta menarik minat mereka, sistem ganjaran diwujudkan. Menariknya, idea tersebut membuatkan anak-anak bersemangat dan berebut-rebut untuk mendapatkan ganjaran.

Seperti yang dikongsikan oleh ibu ini, Hani Mohamed, yang memberi ganjaran snek dan kudapan sekiranya anak-anak rajin melakukan kerja rumah yang telah ditetapkan. Untuk setiap kerja rumah, ganjaran berbeza. Bukan sahaja kerja rumah, sekiranya anak-anak solat dan mengaji juga layak menebus ganjaran yang disediakannya.

Waktu PKP Anak Syok ‘Shopping’. Nak Bayar, Kena Jadi Budak Baik!

Boleh Tambah RM1 Atau Penalti Tolak RM1 Jika Ingkar Arahan

Saya pun dah terjebak skali dengan aktiviti ni dengan anak-anak berumur 9, 8 & 4 tahun (semua perempuan). Anak-anak cuma perlu lakukan aktiviti dalam Reward Chart & dibayar mengikut aktiviti yang dilakukan, ada juga bonus yang dirasakan sesuai boleh ditambah RM1 & penalti tolak RM1 jika ingkar arahan.

Waktu PKP Anak Syok ‘Shopping’. Nak Bayar, Kena Jadi Budak Baik!

Selain Makanan, Boleh Tukar Reward Dengan Benda Lain

Upah yang diterima boleh diguna untuk shopping barang makanan di kedai comel mummy ni atau tukar dengan reward main game/masa dengan skrin secara terkawal atau movie pilihan mereka. Cuma sy guna duit Kidzania (Kidzo) & cuba limitkan makan jajan & bnda manis. Tq pada yang berkongsi idea tempohari. Kami suka sangat. Anak2 lepas gian nak gi kedai, behave tak bergaduh, mak ayah tenang je. Aman damai & bersih je rumah 🤩 perkongsian terbaik 👍🏻👍🏻

Disclaimer:
Anak-anak saya bukanlah pemakan jajan yang tegar. Dari pagi tadi sehingga malam hari ini, hanya 1 pek biskut cream cracker, 1 pek Mamee Monster, 1 keping coklat Crispy & 1 pek Honey Stars yang luak, untuk tiga org anak. Mereka lebih suka tukarkan duit dengan masa untuk tengok movie atau main game, dgn mengikut had masa yang ditetapkan. Stok makanan yang ada ni hanyalah distractor atau gangguan mereka sahaja. Mummy & daddy yang banyak habiskan 😂

IKLAN

Pa&Ma juga sempat bertanyakan kepada Hani tentang sistem ganjaran yang dijalankan ini:

1. Macam mana Pn dapat idea untuk reward anak cara mcm ni?

Saya dapat idea dari perkongsian rakan-rakan saya semuanya ibu2 & juga posting rakan fb yang lain. Cuma saya tambah baik dengan beberapa syarat tambahan seperti tambahan bonus RM1 sekiranya berjaya makan sayur, bangun awal pagi & mandi tanpa disuruh.

Waktu PKP Anak Syok ‘Shopping’. Nak Bayar, Kena Jadi Budak Baik!

IKLAN

2. Macam mana penerimaan anak-anak Pn tentang cara ini?

Mereka sangat teruja & seronok sebab dah terkurung lama dalam rumah, jadi apa yang mereka nampak ialah peluang utk mereka berbuat sesuatu yang boleh mendatangkan manfaat pada mereka sendiri.

3. Boleh Pn ceritakan kelebihan cara ini?

IKLAN

Anak-anak boleh merancang aktiviti yang ingin dilakukan pada esok hari. Sebelum ini lebih kepada free & easy, jadi terlalu banyak masa dihabiskan menonton tv & gajet. Susah juga nak disiplinkan sebab dah ada depan mata 24 jam. Jadi selepas dapat idea dari rakan-rakan, terus sy buat dan set up ‘kedai’ cantik-cantik utk mengikut konsep ‘pretend play’ tapi mirip keadaan yang sebenar seperti mana apa yg anak2 terdedah bila mereka ke kedai/pasaraya.

4. Macam mana Pn tentukan jenis reward dan harganya?

Utk jenis reward, sy melihat kepada aktiviti seharian apa yg perlu dilakukan dan apa yang mereka kurang lakukan walaupun perkara itu perlu, seperti limit masa dengan skrin, menolong mummy & daddy, jadi sy lebihkan harga di situ. Bagi solat & mengaji pula sy letakkan harga sebegitu disamping penjelasan secara lisan, utk memberitahu anak2 yang ini hanya sebagai ‘reinforcement’. Bukan reward sebenar sekiranya mereka solat & mengaji.

Secara umumnya sy cuma menggalakkan cara yang menyeronokkan dalam aktiviti seharian anak2 selama terkurung dalam rumah sepanjang tempoh PKP.

Waktu PKP Anak Syok ‘Shopping’. Nak Bayar, Kena Jadi Budak Baik!

Walaubagaimanapun sy perlu bgtahu yang sy & suami bukanlah menggalakkan anak2 utk mengambil junk food & makanan tinggi gula secara tanpa kawalan. Ini juga sebagai satu effort kami dalam mengawal. Secara tak langsung anak2 belajar menghargai nilai duit yang mereka miliki & aplikasikan skill matematik yang mudah.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI