Sempena sambutan Hari Ibu semalam chef selebriti Dato’ Fazley Yaakob turut tidak terkecuali mengucapkannya kepada tiga orang ibu penting dalam hidupnya.
Dalam posting di Instagramnya semalam Fazley bukan sahaja mengucapkan Selamat hari ibu kepada ibu dan isteri tersayangnya tetapi juga kepada ibu mertuanya, Datin Seri Rosmah Mansur.
Happy Mothers day buat semua yang bergelar Ibu, Umi, Mama, Mommy, Emak! Selamat Hari Ibu buat 3 insan yang bergelar ibu ini: Ibu saya, Ibu kepada anak-anak saya dan Ibu mertua saya
Sebagai seorang anak, Fazley yang sememangnya dikenali sebagai seorang anak yang amat menyayangi ibunya tetap menghormati ibu mertuanya Datin Rosmah Mansur.
Walaupun hubungan mereka agak ‘tegang’ apatah lagi selepas Fazley dan isterinya Azrene membuat pendedahan tentang perbuatan Rosmah terhadap mereka selama ini di media sosial baru-baru ini namun atas dasar hormat hubungan ibu dan anak (dengan isterinya) beliau membuat perkongsian tersebut.
Manusia mana tak buat salah
Ads
Mungkin akibat terikut nafsu amarah yang sekian lama dipendam membuatkan suami isteri ini berani membuat pendedahan terbuka mengenai apa yang berlaku ke atas mereka selama 13 tahun hidup berumah tangga.
Namun bila keadaan sudah tenang, keberanian membuat kemaafan secara terbuka patut diberikan pujian. Memang tak seharusnya mereka berkongsikan segala aib dan kesalahan yang dilakukan oleh wanita bergelar ibu tersebut.
Keputusan Fazley untuk berkongsi ucapan hari ibu kepada ibu mertuanya mendapat pujian daripada segelintir netizen.
Semoga hubungan mereka sekeluarga akan kembali bertaut dan jadikan semuanya sebagai pengajaran. Pasti ada hikmah yang tersembunyi daripasa semua yang berlaku. InshaAllah.
Letih, rebah dan muntah, itulah nasib malang yang menimpa sepasang anak kembar berusia empat tahun apabila mereka didenda melakukan lebih 100 kali lompat bintang serta berlari puluhan pusingan di sebuah tadika di Taiwan. Kisah menyayat hati ini bukan sahaja mengundang kemarahan ramai ibu bapa, malah membuka mata masyarakat tentang bahaya hukuman fizikal terhadap anak kecil.
Menurut laporan Must Share News, kejadian itu terbongkar apabila ibu bapa si kembar menonton rakaman CCTV sekolah selepas anak-anak mereka mengadu terlalu penat dan enggan ke tadika. Dalam video yang tular, kedua-dua kanak-kanak itu dilihat bergelut menyelesaikan hukuman fizikal tersebut malah beberapa kali rebah ke tanah kerana tidak mampu meneruskan aktiviti berat itu.
Lebih menyedihkan, apabila salah seorang daripada mereka muntah akibat kepenatan, guru berkenaan hanya menyalahkan anak itu kononnya kerana “makan terlalu banyak”. Hati ibu bapa mana yang tidak remuk melihat anak kecil diperlakukan sebegitu rupa?
Biro Pendidikan Tainan kemudiannya menjalankan siasatan dan mengesahkan memang berlaku hukuman fizikal di tadika Taiwan tersebut. Dua guru terlibat dikenakan denda seorang sebanyak NT$54,000 (RM7,400) dan seorang lagi NT$48,000 (RM6,600). Mereka juga diwajibkan menghadiri latihan pemulihan sebagai peringatan untuk tidak mengulangi kesilapan sama.
Namun begitu, ibu bapa kepada anak kembar itu tetap mengambil tindakan undang-undang kerana bimbang anak-anak mereka mengalami kesan emosi dan trauma jangka panjang akibat insiden itu.
Menurut pakar psikologi kanak-kanak, hukuman fizikal bukanlah cara mendidik yang berkesan untuk usia awal kanak-kanak. Pada usia empat tahun, anak masih belum mampu memahami konsep disiplin secara mendalam. Mereka memerlukan pendekatan lembut, komunikasi yang jelas serta bimbingan berulang untuk memahami peraturan dan tingkah laku baik.
Hukuman fizikal hanya menyebabkan ketakutan, bukan kesedaran. Ia boleh menjejaskan perkembangan emosi serta keyakinan diri anak, malah mencetuskan trauma yang mungkin berlarutan hingga dewasa.
Sebagai ibu bapa, kisah ini perlu dijadikan pengajaran penting. Kita perlu peka terhadap cara guru atau pengasuh mendidik anak-anak di pusat jagaan. Pastikan pendekatan yang digunakan berasaskan kasih sayang, bukan tekanan. Sekiranya anak tiba-tiba menunjukkan perubahan tingkah laku seperti takut ke sekolah, mudah menangis atau enggan bercakap jangan pandang ringan. Itu mungkin tanda mereka sedang mengalami tekanan atau trauma.
💗 Pa&Ma Nasihat:
Anak kecil tidak perlukan hukuman berat untuk belajar menjadi baik. Mereka perlukan pelukan, penerangan yang lembut dan contoh yang baik daripada orang dewasa. Didiklah dengan hati, bukan dengan marah. Kasih sayang adalah asas sebenar disiplin yang berkesan.
Kita mungkin sering menggunakan hand sanitizer, dengan tujuan untuk membasmi kuman. Walau bagaimanapun, adakah penggunaan hand sanitizer benar-benar berkesan untuk membunuh virus? Adakah terdapat cara lain yang lebih mudah dan berkesan bagi membunuh virus pada tubuh anda?
Ikuti jawapannya melalui penulisan ini.
Hand sanitizer boleh bunuh virus flu dan Ebola?
Baru-baru ini, The Food and Drug Administration (FDA) telah mengeluarkan surat amaran kepada GOJO Industries, pengeluar produk Purell, agar menghentikan tuntutan bahawa produk hand sanitizer mereka boleh membunuh virus seperti flu dan Ebola.
Menurut FDA, produk Purell yang berasaskan alkohol diperakui sebagai ubatan, tetapi belum diluluskan untuk diiklankan seperti tuntutan berikut. Di Amerika Syarikat, jenama hand sanitizer Purell ini adalah jenama yang paling popular bagi penduduk di sana.
Apa yang Purell letakkan pada botol hand sanitizer mereka?
Purell membuat tuntutan ‘Terbukti mampu membunuh 99.9% kuman pada tangan’ bagi produk-produk mereka. Untuk pengetahuan anda, tuntutan sebegini berada di kesemua botol produk, penjenamaan, laman web dan keterangan produk Purell.
Ia adalah satu tuntutan yang sangat meyakinkan pengguna terutama sekali pada waktu di mana wabak novel coronavirus sedang merebak di seluruh dunia. Tuntutan berlebihan sebegini boleh memperdayakan pengguna yang mungkin beranggapan bahawa produk mereka boleh membunuh virus hampir 100%
Saranan CDC dan WHO
Hand sanitizer
Pusat Kawalan Penyakit (CDC) dan WHO menggalakkan penggunaan air dan sabun sebagai cara utama bagi membersihkan diri anda daripada kuman dan virus. Penggunaan air dan sabun lebih berkesan menanggalkan bahan kimia berbahaya dan juga virus berbanding hand sanitizer.
Jika tiada air dan sabun, maka hand sanitizer berasaskan alkohol boleh digunakan sebagai salah satu langkah-langkah pencegahan bagi jangkitan virus flu. CDC menyatakan bahawa disinfektan dengan kepekatan alkohol antara 80 hingga 90 peratus adalah ‘kuat’ atau ‘berkuasa’ dalam melemahkan kesemua enveloped virus (virus berkapsul).
Hand sanitizer berasaskan alkohol boleh mengurangkan mikrob pada tangan anda dengan lebih pantas dalam situasi tertentu, tetapi ia tidak mampu membunuh kesemua mikrob atau kuman pada tangan anda.
Hand sanitizer tidak begitu berkesan apabila tangan anda kotor dan berminyak
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa, hand sanitizer berkesan dalam perkhidmatan klinikal seperti hospital, kerana tangan tidak terlalu kotor dengan tanah dan berminyak. Ini kerana, jika tangan anda berada dalam keadaan yang sangat berminyak atau kotor, penggunaan hand sanitizer sememangnya tidak begitu berkesan.
Jika tangan anda kotor dengan kesan tanah selepas bersukan, cara terbaik untuk membersihkannya daripada kuman atau virus adalah dengan menggunakan sabun dan juga air.
Hand sanitizer tidak menanggalkan bahan kimia berbahaya pada tangan anda
Berdasarkan banyak kajian yang telah dilaksanakan, hand sanitizer mungkin tidak mampu untuk menanggalkan bahan kimia berbahaya daripada tangan anda.
Dalam satu kajian, individu yang menggunakan hand sanitizer untuk membersihkan tangan mereka memiliki tahap kandungan racun perosak yang lebih tinggi dalam tubuh. Oleh itu, jika tangan anda ada menyentuh bahan-bahan kimia berbahaya, basuh tangan anda dengan bersih menggunakan sabun dan juga air.
Adakah hand sanitizer boleh menyebabkan mudarat jika saya tertelannya?
Hand sanitizer
Kanak-kanak cenderung untuk menelan hand sanitizer yang mempunyai bau yang wangi, berwarna atau memiliki pembungkusan yang menarik. Hand sanitizer perlu disimpan jauh daripada dicapai oleh kanak-kanak dan digunakan di bawah pengawasan individu dewasa.
Hand sanitizer yang berasaskan ethyl alcohol (ethanol) adalah selamat jika anda menggunakannya seperti yang diarahkan. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keracunan alkohol jika seseorang menelannya dengan kadar yang tertentu.
Jelas sekali bahawa hand sanitizer tidak mampu untuk membunuh 100% kuman pada tangan anda seperti yang didakwa. Selain itu, ia juga tidak begitu berkesan bagi menanggalkan kotoran fizikal yang lebih berat seperti sisa makanan dan tanah. Oleh sebab itu, CDC menyarankan untuk kita sebaiknya mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air. Jika tidak terdapat sabun dan air, barulah hand sanitizer boleh digunakan sebagai pilihan kedua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti terkenal Priyanka Chopra dan Nick Jonas menimang cahaya mata perempuan awal Januari tahun ini.
Namun mereka tidak pernah mendedahkan gambar anak sulung mereka yang menggunakan kaedah ibu tumpang tersebut sehinggalah semalam apabila pasangan ini mengambil keputusan untuk berkongsi gambar bayi tersebut di laman Instagram mereka.
Difahamkan bayi perempuan yang diberi nama Malti Marie Chopra Jonas dilahikan secara pramatang dan terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
“Selepas lebih 100 hari berada di NICU, anak kecil kami akhirnya pulang ke rumah. Perjalanan setiap keluarga itu unik dan memerlukan kepercayaan yang tertentu. Walaupun perjalanan kami beberapa bulan ini penuh mencabar, apabila difikirkan semula, setiap saat ianya sangat berharga dan bermakna.”
“Kami sangat gembira kerna anak perempuan kami akhirnya berada di rumah dan terima kasih kami ucapkan kepada doktor, jururawat serta pakar di Rady Children’s La Jolla & Cedar Sinai, Los Angeles.”
“Our next chapter begins now, and our baby is truly a badass. Let’s get it M! Mommy and Daddy love you.”
Sempena Hari Ibu yang diraikan di seluruh dunia semalam, Nick Jonas sempat mengucapkan kata penghargaan buat isterinya.
“Sayang, kamu memberi saya inspirasi dalam banyak hal dan kamu menjalankan tanggungjawab baru dengan sangat baik. Saya sangat bersyukur kerana berada dalam perjalan ini bersama-sama. Kamu sudah menjadi ibu yang luar biasa. Selamat Hari Ibu. Saya Sayang Awak.”
Pasangan selebriti popular ini mendirikan rumah tangga pada 2018 dalam majlis gilang gemilang yang diadakan di India, negara kelahiran Priyanka.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi perempuan ditemukan di Tawau dalam keadaan ditinggalkan di kawasan semak sebelum diselamatkan orang awam. Polis kini mengesan ibu kandung dan meminta saksi tampil membantu siasatan.