“Kami maafkan dan halalkan semua kecaman warganet. Kami tidak meminta perkara yang menakutkan ini berlaku, lebih-lebih lagi kepada isteri yang sarat mengandung.

Demikian luahan lelaki yang dikenali sebagai Nahiz, 32, suami kepada seorang wanita mengandung yang dikecam warganet selepas disahkan positif Covid-19.

Pasangan itu yang tinggal di Ampang, Kuala Lumpur ke Kuala Krai kerana isteri mahu pulang bersalin di rumah ibu bapanya.

“Kami Maafkan Semua.” Suami Minta Hentikan Kecaman Tak Mahu Emosi Isteri Terganggu
Gambar Hiasan

Nahiz mengakui dia amat terkejut sejurus mengetahui isterinya disahkan positif Covid-19.

“Ketika itu perasaan saya bercampur baur kerana perkara yang sebelum ini menjadi kebimbangan (Covid-19) tiba-tiba berlaku kepada orang tersayang.

“Sekiranya saya tahu dia positif Covid-19 sebelum pulang ke kampung. Pasti saya tidak akan membenarkan dia bersalin di Kuala Krai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Hantar isteri balik kampung ikut SOP

Menurutnya, dia terpaksa menghantar isterinya bersalin anak kedua di Kuala Krai atas faktor kekangan tugas sebagai juruteknik yang memaksanya terus berkhidmat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Kami Maafkan Semua.” Suami Minta Hentikan Kecaman Tak Mahu Emosi Isteri Terganggu
Gambar Hiasan

Nahiz berkata, isterinya dijangka bersalin antara seminggu hingga dua minggu selepas umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

IKLAN

“Saya bimbang keselamatan isteri bersama anak sulung berusia 4 tahun di rumah kerana waktu pekerjaan saya tidak menentu.

Dia berkata, lebih mengejutkan kecaman yang dilontarkan kepada mereka terutama isteri melampaui batas.

Menurutnya, isterinya terpaksa menyahaktifkan akaun Facebook miliknya dan berdepan kemurungan akibat kecaman tersebut.

“Bagaimanapun saya lega apabila ‘emosi’ isteri berada dalam keadaan tenang dan kami sentiasa berhubung melalui telefon.

“Saya doakan isteri dan anak di dalam kandungan diberikan kekuatan untuk melalui semua ini dan cepat sembuh. Tiada orang yang meminta mereka ditimpa musibah, kami reda dengan ujian ini,” katanya.

Nahiz berkata, dia berterima kasih pada keluarga yang sentiasa memberi sokongan dan kata-kata semangat kepada isteri untuk melawan penyakit tersebut,” katanya yang turut sebak mengenangkan ujian menimpa isterinya itu.

IKLAN
“Kami Maafkan Semua.” Suami Minta Hentikan Kecaman Tak Mahu Emosi Isteri Terganggu
Gambar Hiasan

Anak sulung dan ahli keluarga terdekat negatif Covid

Sementara itu, anak sulung kepada wanita ini didapati negatif virus itu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, kanak-kanak berusia 4 tahun itu termasuk 20 kontak rapat yang juga negatif Covid-19.

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan mangsa mendapat virus berkenaan daripada suami kerana mangsa adalah suri rumah.

“Setakat ini alhamdulillah hanya wanita itu didapati positif Covid-19 manakala 20 kontak termasuk anak mangsa negatif.

IKLAN

“10 lagi kontak dengan pesakit berkenaan akan menjalani ujian saringan,” katanya.

Dr Zaini berkata, ujian saringan juga akan dilakukan terhadap bayi dalam kandungan selepas wanita itu bersalin dan tidak memerlukan pembedahan.

“Kami akan memberikan perkhidmatan terbaik di samping mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika wanita itu melahirkan bayinya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN [Wanita Hamil Pulang Ke Kelantan Untuk Bersalin Tapi Disahkan Positif Covid-19, KKM Cari Kontak Rapat]

Pemantauan di rumah 2 jam sekali

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, polis akan menjalankan pengawasan dan pemeriksaan terhadap kesemua rumah kontak rapat berkenaan sepanjang Aidilfitri.

“Kesemua kontak didapati negatif tetapi perlu berada di rumah dan tidak boleh menerima tetamu ketika sambutan hari raya. Pemantauan akan dijalankan mungkin setiap dua jam sekali,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI