Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak bermula 5 hingga 8 Disember. Untuk ibu bapa, ini bukan sekadar info cuaca tapi ini melibatkan keselamatan, keselesaan dan rutin harian anak.
Menurut Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, hujan dijangka turun tanpa henti di beberapa zon utama dalam tempoh empat hari tersebut.
Bagi keluarga di kawasan ini, terutama yang ada anak kecil atau bayi pastikan perjalanan luar diminimakan kerana beberapa lokasi di sini memang sensitif terhadap cuaca lebat.
▶ 6–7 Disember: Pantai Timur & Pahang pula menerima kesan
Antara kawasan terlibat:
Kelantan
•Tumpat
•Pasir Mas
•Kota Bharu
•Bachok
•Pasir Puteh
Terengganu
•Seluruh negeri
Pahang
•Kuantan
•Pekan
•Rompin
Ini tempoh yang biasanya mencetuskan banjir kilat, angin kencang dan kesukaran bergerak. Ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah, taska atau pusat tuisyen mungkin perlu mula rancang lebih awal.
▶ 7–8 Disember: Giliran Johor & banyak kawasan di Sarawak
Johor
•Segamat
•Kluang
•Mersing
•Kulai
•Kota Tinggi
•Johor Bahru
Sarawak
•Kuching
•Serian
•Samarahan
•Sri Aman
•Betong
•Sarikei (Pakan, Sarikei, Meradong)
•Sibu (Sibu, Selangau)
•Mukah
•Bintulu
Kawasan rendah, berhampiran sungai, atau laluan utama mungkin alami kelewatan perjalanan dan potensi banjir.
Kenapa Info Ini Penting Untuk Ibu Bapa?
1. Kesihatan anak lebih sensitif waktu cuaca begini
Hujan berpanjangan = cuaca lembap + sejuk.
Ini mudah mencetuskan:
•batuk
•selsema
•asthma flare
•kulit anak sensitif (eczema naik bila lembap)
Mama-papa mungkin perlu lebihkan warm bath, pakaian tebal, dan pantau simptom awal.
2. Risiko keselamatan meningkat, terutama bila bergerak dengan anak
Jalan licin, air bertakung, pokok tumbang, dan paras sungai naik.
Elakkan perjalanan jauh kecuali perlu. Kalau terpaksa keluar, sediakan:
•baju hujan anak
•tuala kecil
•plastik spare untuk kasut basah
•powerbank
•ubat keperluan
3. Rutin sekolah & aktiviti luar anak mungkin terganggu
Hari hujan = anak mudah cranky sebab tak boleh keluar main.
Ibu bapa boleh mula standby aktiviti indoor untuk elakkan anak bosan dan bergaduh sesama sendiri.
Antara idea:
•lukis & mewarna
•playdough
•bina blok
•mini scavenger hunt dalam rumah
•movie time
4. Penting untuk buat persediaan kalau rumah berada di kawasan rendah
Bukan nak takut-takutkan, tapi berjaga-jaga:
•Sediakan beg kecemasan anak (susu, diapers, baju, lampu suluh kecil)
•Dokumen penting simpan dalam fail kedap air
•Powerbank & bateri sentiasa penuh
•Pastikan kereta ada minyak
•Periksa longkang rumah supaya air tak bertakung
Ads
Ads
Ads
Saluran Rasmi Untuk Mama-Papa Semak Info Cuaca Terkini
MetMalaysia menasihatkan orang ramai untuk dapatkan info tepat melalui:
•Laman web rasmi MetMalaysia
•Aplikasi myCuaca
•Platform media sosial MetMalaysia
•Hotline: 1-300-22-1638
Kalau cuaca tak menentu, elakkan bergantung pada WhatsApp viral atau info tak sah.
Musim hujan bukan boleh dielak, tapi boleh diurus. Dengan info awal dari MetMalaysia dan persediaan rapi dari ibu bapa, anak akan kekal selamat, sihat dan selesa walaupun cuaca kurang menyebelahi.
Anak Hidup Dengan Tiub Sepanjang Hayat, Kerajaan Diperintah Bayar Pampasan RM2.28 Juta. Kisah ini benar-benar meruntun hati setiap ibu bapa kerana ia melibatkan seorang anak yang terpaksa menanggung derita sepanjang hayat akibat kecuaian ketika proses kelahirannya.
Menurut laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini memerintahkan kerajaan membayar pampasan lebih RM2.28 juta kepada seorang remaja berusia 15 tahun yang mengalami kerosakan otak kekal selepas dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Remaja istimewa ini disahkan menghidap palsi serebrum tahap paling serius, tidak mampu mengangkat kepala dan hanya boleh menerima makanan melalui tiub sepanjang hidupnya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Gan Techiong dalam penghakimannya pada 6 Mei lalu tidak dapat menahan rasa sebak apabila plaintif dibawa masuk ke mahkamah dengan kereta sorong bayi. Katanya, keadaan anak itu sangat menyedihkan, namun keputusan pampasan tetap perlu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang, bukan semata-mata simpati.
Kes saman ini difailkan oleh ibu plaintif pada Januari 2023. Mahkamah diberitahu bahawa doktor gagal melakukan pembedahan caesarean kecemasan dalam tempoh yang disyorkan. Kelewatan itu menyebabkan bayi kehilangan peluang untuk dilahirkan tanpa komplikasi dan akhirnya mengakibatkan palsi serebrum.
Mahkamah memutuskan jumlah pampasan yang besar ini untuk menampung rawatan dan penjagaan anak sepanjang hayat, dengan pecahan berikut:
RM300,000 – ganti rugi am
RM458,400 – ganti rugi khas
RM51,300 – ganti rugi sebelum perbicaraan
RM1.47 juta – ganti rugi am masa hadapan
Selain itu, faedah lima peratus setahun turut dikenakan ke atas sebahagian jumlah pampasan. Walaupun mahkamah menolak tuntutan ganti rugi teruk (aggravated damages), jumlah ini diharap mampu meringankan beban keluarga yang menjaga anak istimewa ini.
Kisah ini menjadi pengajaran penting kepada semua ibu bapa bahawa kita berhak mengetahui setiap prosedur perubatan, khususnya ketika proses kelahiran. Jangan takut untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan jika timbul sebarang keraguan. Pada masa sama, ia mengingatkan pihak hospital tentang tanggungjawab besar mereka dalam memastikan keselamatan ibu dan bayi.
Semoga pampasan yang diberikan dapat membantu keluarga ini menyediakan rawatan terbaik untuk anak syurga mereka. Buat kita semua, kisah ini adalah ingatan betapa berharga setiap nyawa, dan betapa pentingnya memastikan anak dilahirkan dalam keadaan paling selamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Merajuk itu seakan sudah sebati bagi kanak-kanak perempuan. Namun lain pula dengan anak kecil ini yang bukan hanya merajuk dan menangis namun disertakan dengan jelingan maut buat ayahnya.
Terdahulu, si comel yang seringkali muncul di Tik Tok dengan akaun ibunya, Riena Rosli @rienarosli ini cukup dikenali dengan jelingan mautnya.
Pantang sahaja ada rasa tidak puas hati, bukan tangisan tetapi jelingan padu tapi comel yang diberikan. Memang comel.
“Pantang tinggi suara sikit. Jelingan maut dia bagi,” tulis ibunya di kapsyen.
Anak kecil ini terlebih dahulu dimarahi bapanya yang sengaja meninggikan suara gara-gara berada di tempat pemandu dalam kereta.
Sengaja mengusik dan ingin melihat keletah anaknya itu, ayahnya sengaja meninggikan suara. Paling menarik, anak comel ini pada mulanya tidak menangis tetapi membalasnya dengan jelingan buat ayahnya. Comel sungguh.
Tambah menguatkan jelingan bila mana perkongsian video kedua dari ibunya. Jelingan kali ini lebih tajam buat ayahnya bila mana dimarahi bapanya kerana bermain dengan suiz lampu.
Memang comel untuk anak seusia itu!
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, ramai yang cukup terhibur dengan gelagat comel anak kecil ini. Lain dari yang lain malah bijak mempamerkan emosinya pada ayahnya.
Bagi membolehkan mak dan ayah menunaikan solat tarawih dengan baik dan sempurna tanpa sebarang gangguan, dua masjid memilih untuk mengadakan pusat asuhan untuk anak-anak.
Sempena Ramadan kali ini, Masjid Putra Nilai mengambil inisiatif mengumumkan perkhidmatan asuhan kanak-kanak yang ternyata menerima respon yang cukup baik dari orang ramai.
Masjid Putra Nilai
Masjid ini merupakan antara masjid terawal yang menyediakan tempat asuhan kanak-kanak bagi jemaah yang datang untuk menunaikan solat tarawih. Sudah semestinya, ruangan khas ini adalah untuk memudahkan para jemaah yang sukar meninggalkan anak mereka di rumah.
Menurut pihak pengurusan Masjid Putra Nilai, perkhidmatan dikenali sebagai ‘Nurseri Ramadan’ itu menyediakan tempat selamat buat si kecil yang berumur 3 hingga 9 tahun. Dalam laman Facebook itu menyatakan nurseri dibuka jam 8 malam hingga 10.30 sepanjang bulan puasa bertempat di Dewan Besar Masjid Dato’ Klana Petra, Undang Luak Sungei Ujong, Putra Nilai.
Lebih menarik lagi ada pelbagai jenis aktiviti agar si kecil boleh meluangkan masa bersama rakan-rakan yang lain. Antaranya:
– Permainan Soopa Doopa
– Tayangan cilik
– Kanak-kanak juga boleh bermain permainan video e-sport di kiosk TGS Studio seperti Virtual Reality Astro Bot, X-Box Kinect dan Nintendo Switch Sport.
Biarpun mengenakan bayaran namun usaha kecil ini seharusnya dipuji sebagai salah satu usaha membantu di bulan Ramadan ini.
Masjid Wilayah Persekutuan
Bukan sahaja di Masjid Putra Nilai, malah Masjid Wilayah Persekutuan turut sama menyediakan tempat asuhan untuk anak-anak yang digelar sebagai Program Asuhan Masjid Wilayah.
Menariknya ia diberikan secara percuma sahaja malah boleh terus ‘walk in’ tanpa perlu menempah slot untuk anak-anak. Lokasinya pula terletak di Ruang Legar Tingkat 2, Anjung C, Masjid Wilayah Persekutuan.
Menerusi video perkongsian, kelihatan anak-anak menghabiskan masa dengan permainan-permainan dan tayangan kartun. Bukan itu sahaja, ada juga sedikit kudapan makanan dan minuman buat kanak-kanak tersebut.