Menjelang detik kelahiran, ramai ibu hamil akan mengalami satu perubahan tingkah laku yang dikenali sebagai “nesting instinct”, iaitu dorongan kuat untuk membersihkan, menyusun, dan menyediakan rumah untuk menyambut bayi.
Naluri ini adalah perkara biasa ketika berada di trimester ketiga, tetapi apabila anda mula mengalami keinginan yang sangat mendadak dan kuat untuk mengemas atau menyusun semula rumah secara ekstrem, ia boleh menjadi tanda bahawa proses bersalin bakal berlaku dalam masa 24 hingga 48 jam.
Nesting instinct adalah satu dorongan semula jadi yang berlaku kepada ibu hamil—terutamanya dalam trimester ketiga. Naluri ini buat ibu rasa terdesak nak siapkan ‘sarang’ untuk sambut bayi. Macam burung nak bertelur, ibu pun rasa tak tenang selagi rumah tak kemas, baju baby tak basuh, atau beg hospital tak siap.
Secara biologinya, nesting ni sebenarnya datang dari tindak balas hormone terutamanya hormon estrogen dan oksitosin yang meningkat menjelang akhir kehamilan.
Ia bantu ibu rasa lebih bersedia dari segi fizikal dan emosi untuk sambut kelahiran. Dalam erti kata lain, badan dan minda ibu tengah ‘gear up’ untuk fasa seterusnya menjadi seorang ibu.
Nesting biasa atau melampau
Ada beza antara nesting yang normal dan yang terlalu ekstrem:
Ads
Normal: Tiba-tiba rajin kemas rumah, rasa nak shopping barang baby, susun bilik nursery.
Melampau: Rasa macam ‘kena’ mop semua sudut rumah jam 3 pagi, ulang lipat baju baby sampai 10 kali, atau marah kalau orang alih barang yang sudah disusun dengan kemas. Ini kadang-kadang boleh jadi petanda baby nak keluar dalam masa 24-48 jam!
Jika ibu terlalu obses sampai tidak cukup tidur, stress atau terlalu banyak bergerak keadaan ini boleh beri tekanan kepada badan. Jangan sampai niat nak bersedia, tapi badan pula keletihan masa nak bersalin nanti.
Nesting tanda bersalin makin hampir
Jika perasaan nesting ini datang beberapa petanda ini, anda bakal bersalin awal. Jadi jaga-jaga!
Ads
* Rasa ringan di bahagian perut (baby dropped)
* Keputihan pekat atau keluar lendir darah (bloody show)
* Sakit pinggang atau cramp macam senggugut
* Kontraksi yang konsisten dan makin kerap
Ads
Jadi buat para ibu jika rasa perasaan nesting itu meluap-luap, buatlah berpada-pada. Gunakan semangat dan rasa teruja untuk menyambut orang itu untuk lakukan perkara yang ringan-ringan sahaja, jangan paksa diri. Apa ibu boleh buat:
* Buat checklist barang keperluan ibu & baby
* Beri kerja pada suami atau ahli keluarga
* Rehatkan badan sekejap, minum air dan makan on time
* Jangan panik tapi sentiasa bersedia
Nak bersalin bukan senang, tapi naluri nesting tandanya tubuh tengah bersedia. Jadi, peluk naluri dan semangat dengan penuh kasih sayang tapi jangan sampai lupa rehat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas mengumumkan kehamilan cahaya mata sulung mereka pada April lagi, pasangan instafamous, Maryam Yun Nae dan Ryzal yang lebih dikenali sebagai nama Durian Kimchi ternyata cukup teruja untuk menimang cahaya mata pertama mereka sedikit masa lagi.
Mana tidaknya, setiap hari ada sahaja yang dilakukan bakal ibu ini untuk anak kecilnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
Paling menarik pastinya kesungguhan dan kegigihan Maryam menyiapkan pakaian buat bayinya itu walaupun jam sudah menunjukkan pukul empat pagi.
Menerusi Instagram, Durian Kimchi, rata-rata pengikut kedua pasangan ini memuji usaha dan kegigihan Maryam yang bakal melahirkan bayi perempuannya tidak lama lagi.
“Pukul 4 pagi masih lagi menjahit topi untuk bakal anak perempuan kami.
“Bertuahnya anak perempuan bapak ni, dapat omma suka menjahit,” tulis Ryzal di kapsyennya.
Video yang direkodkan jam empat pagi itu bukti kegigihan Maryam buat bayi sulungnya kelak. Bukan hanya topi bahkan Maryam turut menyiapkan sarung kaki dan juga sarung tangan yang cukup comel.
Malah menerusi Instagramnya, Maryam turut menyatakan ia merupakan hadiah dan tanda kenangannya buat anak sulung tersayang mereka.
“First present for my baby as a mother❤.
“Buat sendiri lagi meaningful, 25 weeks 6 days D -99days,” tulis Maryam lagi.
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @duriankimchi & @maryamyunrrr
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika seseorang wanita mengandung, akan berlaku perubahan hormon yang mungkin menganggu emosinya. Apabila keadaan ini berlaku, tanpa sedar ibu hamil akan berubah menjadi lebih sensitif dan mudah marah-marah.
Berdasarkan pemerhatian, ibu hamil lekas marah semasa berada di trimester pertama. Jangan begitu. Emosi perlu dikawal dengan sebaik-baiknya.
Hal ini kerana emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kemudaratan kepada bayi di dalam kandungan.Seperti yang ramai sedia maklum, bayi di dalam berupaya ‘merasai’ dunia luarnya melalui si ibu.
Menurut kajian, emosi ibu hamil yang tidak stabil akan membebaskan kimia tertentu ke dalam saluran darah dan terus ke plasenta bayi. Akibatnya, ia boleh menimbulkan tekanan kepada bayi.
Berikut adalah kesan yang boleh dialami oleh bayi jika anda selaku ibu hamil tidak berjaya mengawal emosi marah:
# Kelahiran pramatang
Terdapat satu kajian yang mendapati satu daripada 10 wanita yang sering marah dan mengalami tekanan keterlaluan sewaktu mengandung akan melahirkan bayi sebelum cukup usianya.
Apabila dilahirkan tidak cukup bulan, bayi pramatang boleh terdedah kepada pelbagai jenis risiko seperti penyakit yang berkaitan paru-paru, pertumbuhan lambat dan paling membimbangkan boleh membawa maut.
# Aliran darah kepada janin terganggu
Apabila marah, tekanan darah anak naik. Begitu juga dengan degupan jantung. Hormon adrenalin dan epinefrin yang dilepaskan membentuk tekanan lalu menjejaskan bekalan oksigen yang diberi pada rahim.
Jika tekanan terlalu kuat, tumbesaran bayi yang terjejas boleh menyebabkan punca keguguran.
# Berat badan bayi rendah
Berat lahir normal di antara 3kg hingga 3.5 kg. Manakala berat yang rendah pula adalah dalam lingkungan kurang daripada 2.5kg dan berat yang sangat rendah adalah di bawah 1.5 hingga 1kg.
# Bayi hiperaktif
Kajian mendapati emosi marah yang tidak dikawal serta kebimbangan yang melampau sepanjang kehamilan boleh meningkatkan risiko si ibu melahirkan bayi hiperaktif.
# Bayi kuat meragam
Sekiranya kerap kali mengalami masalah emosi tidak stabil, bayi yang bakal dilahirkan lebih mudah meragam. Corak tidurnya mungkin boleh terganggu selepas dilahirkan kelak. Corak negatif ini bakal meningkat apabila bayi menjangkau usia dua hingga empat bulan.
Kawal Emosi Marah, Jangan Ikutkan Perasaan!
Anda pasti tidak mahu kesan-kesan yang dinyatakan ini terjadi kepada bayi bukan? Oleh yang demikian, anda perlu bijak dalam mengatur kehidupan dan mengawal emosi apabila berhadapan dengan sesuatu perkara yang menimbulkan tekanan kepada diri.
Jangan biarkan gangguan itu mengganggu emosi anda sehingga menjejaskan kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan. Lakukan perkara berikut yang ternyata dapat membantu pengawalan emosi:
Bersenam
Aktiviti senaman akan merangsang tubuh melepaskan hormon endorfin yang boleh menimbulkan rasa tenang dan gembira. Antara senaman yang elok dilakukan oleh ibu hamil ialah berenang.
Bersantai & Relaks
Luangkan masa dengan menonton wayang, mendengar lagu kegemaran ataupun menjalani terapi di spa.
Makan Apa Anda Suka (secara terkawal)
Dapatkan makanan yang boleh memberikan rasa gembira kepada anda. Contohnya ais krim atau coklat. Sekurang-kurangnya dengan mengambil makanan berkenaan, anda akan berasa lebih lega dan kembali tenang.
Tidur secukupnya
Masalah kekurangan waktu tidur boleh menyebabkan anda mudah tertekan dan cepat marah. Jadi, tidur lebih awal pada malam hari agar anda dapat bangun keesokan harinya dengan rasa lapang dada.
Sebaiknya jangan berjaga sehingga lewat malam kerana ia akan membuatkan anda menjadi letih. Untuk lebih tenang, minum susu dan gunakan haruman aromaterapi dalam bilik tidur.
Terbaca satu soalan di group KHDU (kenangan haji & umrah) tentang tips umrah ketika hamil. Saya pernah mengerjakan ibadah haji ketika hamil pada trimester pertama. Saya kongsikan sedikit tips yang saya amalkan ketika itu. InshaAllah semoga dapat membantu serba sedikit.
Tip mengerjakan Umrah/Haji
1. Ada 3 trimester kehamilan. Paling selamat untuk travelling adalah pada trimester ke 2.
2. Minta pandangan dan nasihat doktor anda. Biasanya doktor akan beri pil untuk menguatkan rahim. Saya pernah diberikan pil nama duphaston oleh doktor. Perlu mula ambil beberapa hari sebelum fly.
3. Amalkan makanan ringan yang sihat seperti jenis kekacang (walnut, cashew, almond), dry fruits seperti kismis, dry apricot, dry fig, guava atau mango dan lain-lain. Paling terbaik adalah kurma. Tips ni saya dapat dari doct di sini untuk mengurangkan ‘morning sickness’ jika ada. Pada masa yang sama dapat mengekalkan tenaga. Biasanya saya akan mengunyah makanan sebegini setiap 15-20min! InshaAllah akan kekal bertenaga. Mood pun baik. Makanan jenis begini senang untuk dibawa. Tidak kira di mana.. dalam kapal terbang, dalam bas… ketika ziarah… dan boleh bawa masuk masjid peneman iktikaf.
4. Ketika hamil badan cepat masuk angin, jadi dengan mengambil makanan secara sedikit-sedikit dan kerap akan mengurangkan risiko masuk angin. Kurangkan juga makanan yang berminyak.
5. Jangan sesekali skip segala jenis vitamin anda! Bawa bekalan yang cukup sepanjang bermusafir.
6. Kurangkan berjalan. Boleh naik wheelchair atau scooter untuk tawaf dan saie. Jangan paksa diri untuk berjalan jauh meskipun kita rasa badan kita kuat. Terutama jika berada pada trimester pertama kehamilan.
7. Sebaiknya pergi masa musim sejuk. Elakkan ketika kemuncak musim panas seperti bulan may, june, july. Musim panas menyebabkan badan cepat dehydrate dan lebih penat.
8. Pastikan minum air secukupnya. Terutama air zam-zam. Tips supaya tidak kerap ke tandas adalah minum sedikit-sedikit tetapi kerap.
9. Berdoalah dan tawakal. InshaAllah semoga perjalanan ibadah ketika hamil dipermudahkan dan lancar. Amin
Tips ini saya dah ubahsuai mengikut keadaan dan kesesuaian jemaah serta hasil pengalaman travel saya ketika hamil.
Tambahan: nanti dah smpai Makkah jangan lupa minum pelbagai jenis juice terutama juice avocado yang pekat, sedap & berkhasiat untuk mummy & baby. Tidak ketinggalan ais krim makkah, air laban perisa strawberry & mango! Confirm mummy bertenaga je rasa. Sambil tu try lah juga nasi arab kambing & unta! Tapau makanan jenis kekacang dan dry fruits banyak-banyak buat stock. Harga lebih murah di sini.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.