Hukum buat akikah guna duit kepunyaan anak. Bolehkah seorang bapa melaksanakan akikah dengan menggunakan wang kepunyaan bayinya itu? Pihak yang dituntut untuk melaksanakan akikah adalah ayah ataupun orang yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak (bayi) yang dilahirkan.
Hukum Buat Akikah Guna Duit Kepunyaan Anak
Pihak yang dituntut untuk melaksanakan akikah adalah ayah ataupun orang yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak (bayi) yang dilahirkan. Akikah sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut di samping memberikan nama yang baik dan mencukur rambut bayi tersebut.
Ini berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah RA:
Maksudnya: “Bayi itu tertebus dengan akikahnya. Binatang akikah disembelih pada hari ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya”.
Riwayat al-Tarmizi (1522)
Hukum akikah adalah sunat muakkad (dituntut)[1]. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan sebuah hadith daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Akikah itu bersama-sama dengan bayi yang dilahirkan. Oleh itu, tumpahkanlah darah(sembelih binatang) bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.
Riwayat al-Bukhari (5471)
Akikah dituntut ke atas penjaga bayi kerana dia bertanggungjawab terhadap nafkah bayi itu. Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami berkata:
والمخاطب بها: مَن عليه نفقة الولد، فليس للولي فعلها من مال ولده؛ لأنها تبرع
Maksudnya: “Perintah tuntutan akikah ditujukan kepada orang yang bertanggungjawab dengan nafkah anak. Maka penjaganya tidak berhak melaksanakan akikah tersebut menggunakan harta anaknya kerana akikah merupakan sedekah”.
Ads
(Rujuk: Al-Minhaj al-Qowim, 310)
Oleh itu, Akikah hendaklah dilaksanakan dengan tidak menggunakan harta anaknya bahkan menggunakan hartanya sendiri. Imam Khatib al-Syarbini menyatakan:
أما من مال المولود فلا يجوز للولي أن يعق عنه من ذلك؛ لأن العقيقة تبرع وهو ممنوع منه من مال المولود، فإن فعل ضمن
Bermaksud: “(Manakala) daripada harta anak maka penjaga tidak boleh melakukan akikah menggunakan hartanya kerana akikah adalah tabarru’ dan ia ditegah dilaksanakan daripada harta anak. Sekiranya dia menggunakannya maka dia perlu membayar ganti rugi”.
(Rujuk: Mughni al-Muhtaj, 6/139)
Penjaga kepada anak yang diharuskan untuk melaksanakan akikah adalah ayah, datuk, ibu dan nenek kepada bayi tersebut. Menurut Imam al-Mawardi:
Bermaksud: Pihak yang menanggungnya dan dikhaskan untuk menyembelihnya (haiwan untuk akikah) adalah orang yang bertanggung jawab untuk memberi nafkah kepada anak itu yang terdiri daripada bapa atau atuk atau ibu atau nenek kerana akikah merupakan salah satu kos tanggungan (bekalan makanan).
Ads
(Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 15/296)
Meskipun begitu, sekiranya anak (bayi) itu dalam kalangan orang yang kaya dan berkemampuan, akikah tetap tidak boleh dilaksanakan daripada hartanya. Hal ini dinyatakan oleh Imam al-Mawardi:
وإن كانت نفقته من ماله كأن يكون غنيًّا بميراثٍ وعطيةٍ، لم يجز أن يخرج من مالهِ؛ لأنَّها ليست بواجبة، كما لا يخرج منه الأضحية
Bermaksud: Meskipun nafkah (bayi itu) bersumberkan dari hartanya seperti dia seorang yang kaya disebabkan harta pusaka dan pemberian, maka hartanya tidak boleh(haram) dikeluarkan (untuk perlaksanaan akikah) kerana ia tidak wajib (dilaksanakan) seperti mana tidak boleh(haram) menggunakan hartanya untuk dilaksanakan korban.
(Rujuk: Al-Hawi al-Kabir, 15/296)
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan ulama di atas, maka dapat disimpulkan bahawa pihak yang dituntut untuk melaksanakan akikah adalah ayah ataupun orang yang bertanggungjawab terhadap nafkah anak (bayi) yang dilahirkan.
Oleh itu, akikah tidak boleh dilaksanakan dengan menggunakan harta anak tersebut. Malah ia perlu dilaksanakan dengan menggunakan harta penjaganya. Bahkan, sekiranya anak itu dalam kalangan kaya dengan mewarisi harta yang banyak, akikah tetap tidak boleh dilaksanakan daripada hartanya.
Tahniah diucapkan buat selebriti Raja Farah yang mengumumkan dirinya kini hamil anak keempat.
Raja Farah yang menyepi lama dari dunia lakonan bagi memberi tumpuan pada keluarganya mengakui dia rindu untuk kembali berlakon.
Namun kehamilan anak keempatnya ini membataskan dirinya untuk kembali lagi.
“Sekarang usia kandungan saya sudah masuk lima bulan.
“Kalau nak berlakon pun bukan dalam masa terdekat. Tunggulah anak besar sedikit.
“Saya juga tidak mahu susahkan produksi kerana perlu ikut jadual saya. Jadi apabila sudah bersedia nanti saya akan kembali aktif,” jelasnya.
15 tahun tidak berlakon
Akui Raja Farah lagi, boleh dikatakan hampir 15 tahun dirinya tidak menerima apa-apa tawaran malah kini memfokuskan kepada anak-anak dan perniagaan yang dijalankannya.
“Saya memamg tidak aktif berlakon dan sekarang hanya aktif tugas sebagai ibu selain perniagaan. Rasanya hampir 15 tahun saya tidak menerima sebarang tawaran berlakon.
“Sejak mula penghijrahan saya memang sudah tidak banyak tawaran yang diterima. Mungkin ketika itu tidak banyak skrip untuk wanita bertudung. Jadi tiada istilah merajuk dengan industri seni.
“Kemudian ditambah pula dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, sebab itu saya semakin tidak aktif berlakon.
“Dalam masa sama ada juga rasa lega kerana anak-anak tidak terkena tempias dunia glamor dan mereka boleh menikmati kehidupan kanak-kanak seperti biasa,” ujarnya.
Raja Ilya kongsi gelagat comel Talita angkat kain jemuran, comel betul! Dalam membesarkan anak-anak, adalah penting untuk ibu bapa memberikan didikan yang seimbang antara akademik dan kemahiran hidup. Salah satu aspek penting dalam kemahiran hidup ialah mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah.
Kerja rumah bukan sahaja membantu meringankan beban ibu bapa, malah ia juga merupakan salah satu cara terbaik untuk membentuk sikap bertanggungjawab, berdikari, dan disiplin dalam diri anak-anak sejak kecil.
Melalui satu hantaran yang dkongsikan oleh Raja Ilya, dia berkongsi gelagat anaknya, Talita yang sibuk mengangkat kain daripada jemuran.
Memang betul! Ibu-ibu tidak mungkin dapat melakukan semua perkara seorang diri. Kami bukannya robot yang boleh menyelesaikan semua kerja dalam satu masa. Sebab itu, dari awal lagi, kita perlu mengajar anak-anak untuk membantu di rumah.
Kita tidak mahu mereka menjadi terlalu manja, di mana setiap perkara perlu disuap. Jika mereka sudah pandai kemas mainan yang mereka sepahkan, angkat kain, lap meja selepas makan, cuci tangan sendiri, makan sendiri, dan mula pergi ke tandas sendiri – walaupun agak mencabar – itu sudah satu permulaan yang baik.
Jadi, apabila adik mereka lahir nanti, ibu tidak perlu buat semua perkara seorang diri. Setidaknya, ada yang boleh membantu menguruskan kerja-kerja kecil di rumah.
Begitulah kisah hari Selasa saya!- tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian Raja Ilya mendapat respon di kalangan warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat comel Talita.
Berikut antara komen-komen warga maya:
Untuk rekod Raja Ilya berkahwin dengan Trent Garret pada 2018 dan menetap di Australia Pasangan memiliki seorang anak perempuan iaitu Talita Love yang kini berusia 2 tahun. Raja Ilya kini sedang sarat hamil anak kedua.
Anak-anak walaupun sudah semakin membesar dan punya adik-adik namun jauh disudut hatinya, dia pasti rindukan belaian dari ibu dan ayah.
Terkadang mak ayah tak perasan akan hal yang semacam ini. Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mak ayah jangan terlepas beberapa tanda ini. Anak rindukan belaian dari kedua orang tuanya.
7 tanda-tanda anak sedang nak bagitahu yang dia rindu & mahukan perhatian kita
1. Dia kerap panggil kita dan minta kita tengok dia buat apa.
2. Dia ajak kita teman dia bermain.
3. Dia tiba-tiba boleh datang peluk kita.
4. Dia minta kita suap dia makan walaupun dah besar.
5. Dia nak bercerita sesuatu pada kita. Kadang kisah kawan dia, kadang kisah dia masa kecil.
6. Dia kemas mainan sendiri tanpa di suruh lepas tu tanya kita “bangga tak?”
7. Dia bawa sikat datang minta kita sikatkan rambut dia.. setiap anak ada bahasa rindu masing masing.
Jadi mak ayah jangan buat tak kisah bahasa badan yang ditunjukkan anak ini. Kadang mereka tidak pandai meluahkan rasa hati namun perhatikan tanda-tanda ini.
Biar kasih sayang tetap sama biarpun anak sudah besar!
Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah. Bagi Zul Hakim Zulhaimi, cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susah dan akhirnya, lebih bermakna.Kalau...