Ads

Mangsa Tarik Kerusi Derita Menanggung Sakit, Ibu Tuntut Keadilan

Hati ibu mana yang tidak sebak melihay anak derita menanggung sakit akibat perbuatan orang lain. Anaknya yang merupakan mangsa tarik kerusi memberi impak kepada kehidupan anaknya kini.

Perkongsian yang dimuat naik di akaun Threads milik Azera Yazid  itu menyentuh hati ramai apabila ibu tersebut berkongsi keadaan anaknya yang dikatakan berubah sepenuhnya selepas insiden dipercayai berlaku ketika waktu pembelajaran di sekolah.

Seorang ibu meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila anak perempuannya yang dikenali sebagai Kakak Iqa didakwa masih menanggung kesakitan berpanjangan selepas terlibat dalam satu kejadian di sekolah pada tahun 2023.

Mangsa Tarik Kerusi Berlaku Ketika Di Sekolah

Menurut luahan itu, Kakak Iqa dikatakan menjadi mangsa apabila kerusi yang didudukinya ditarik oleh rakan sekolah sehingga menyebabkan dia terjatuh dan mengalami kecederaan serius.

“Doakan Kakak Iqa mendapat pembelaan… sehingga kini masih menanggung kesakitan yang tiada lagi penghujung,” tulis ibunya.

Lebih memilukan, ibu tersebut berkata sebelum kejadian itu, anaknya seorang yang ceria, aktif dan gemar menyanyi. Namun kini, kehidupannya berubah apabila terpaksa berdepan kesakitan fizikal dan emosi yang berpanjangan.

Antara kecederaan yang dikongsikan termasuk masalah slip disc L5S1, keretakan pada tulang ekor serta gangguan emosi seperti anxiety dan depression akibat trauma yang dialami.

“Mangsa kawan tarik kerusi berlaku di sekolah… sakit sehingga kini. Sampai hari ini masih trauma,” kongsi ibunya lagi.

Keadaan Kesihatan Kakak Iqa Semakin Membimbangkan

Mangsa Tarik Kerusi Derita Menanggung Sakit, Ibu Tuntut Keadilan

Ads

Menerusi beberapa gambar yang dimuat naik, kelihatan seorang remaja lelaki dipercayai ahli keluarga cuba menenangkan Kakak Iqa yang sedang bersedih, selain paparan tulisan menyentuh hati seorang ibu yang mengakui dirinya kini “terduduk dan kecewa”.

“Selama ini ibu struggle sangat untuk besarkan kakak… walaupun kakak cerebral palsy ibu ajar kakak untuk berdikari seperti anak-anak lain. Tapi kali ini ibu sendiri terduduk & kecewa kak…”

Menerusi perkongsian lain, keadaan anaknya kembali lemah dengan sakit pada kaki, kekejangan serta sakit pinggang yang semakin teruk. Malah, berat badannya juga menurun kerana hilang selera makan akibat terlalu menanggung kesakitan.

“2 minggu ni asyik menangis sebab sakit sangat…” luah si ibu penuh hiba.

Ibunya turut mendakwa kesan daripada insiden kerusi ditarik di sekolah itu menyebabkan Kakak Iqa mengalami patah tulang coccyx, prolapsed disc serta kelemahan pada kaki sehingga kini.

Ads

Trauma Mangsa Tarik Kerusi Masih Berpanjangan

Mangsa Tarik Kerusi Derita Menanggung Sakit, Ibu Tuntut Keadilan

Luahan tersebut turut mengundang simpati warga maya yang rata-ratanya mendoakan agar urusan keluarga itu dipermudahkan dan Kakak Iqa diberikan kesembuhan.

Ramai juga berharap agar isu melibatkan keselamatan murid di sekolah dipandang serius supaya kejadian seperti ini tidak lagi berlaku kepada anak-anak lain.

“Doakan Kakak Iqa dapat pembelaan yang sepatutnya sedih sangat melihat dia asyik mengadu sakit pinggang, kaki kebas, tiada rasa,” tulis ibunya lagi.

Apa yang lebih menyedihkan, trauma akibat kejadian tersebut dikatakan masih menghantui dirinya sehingga kini. Kesakitan berpanjangan itu turut memberi kesan kepada emosi dan kehidupan harian remaja tersebut.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa mangsa tarik kerusi itu. Ada yang menyifatkan gurauan seperti menarik kerusi ketika seseorang mahu duduk bukan perkara kecil kerana boleh menyebabkan kecederaan serius.

Ads

Malah, ramai menyeru agar pihak sekolah dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik pelajar tentang bahaya buli fizikal dan gurauan melampau di sekolah.

Mangsa Tarik Kerusi Derita Menanggung Sakit, Ibu Tuntut Keadilan

Keselamatan Murid Wajar Diberi Perhatian

Kesimpulannya, apa yang berlaku kepada Kakak Iqa bukan sekadar kisah kemalangan biasa di sekolah, tetapi luka panjang yang memberi kesan besar terhadap fizikal, emosi dan kehidupan seorang anak serta keluarganya.

Dalam sekelip mata, seorang anak yang dahulunya ceria dan aktif terpaksa menjalani kehidupan dengan kesakitan yang berpanjangan dan trauma yang masih belum sembuh.

Sebagai masyarakat, kisah mangsa tarik kerusi ini seharusnya membuka mata ramai tentang pentingnya keselamatan di sekolah, kepekaan terhadap gurauan melampau serta sokongan emosi kepada mangsa dan keluarga.

Semoga Kakak Iqa terus diberi kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan memperoleh pembelaan yang sewajarnya.

Sumber: Threads Azera Yazid

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

ini cara guna saline nasal spray

Ini Cara Betul Guna Saline Nasal Spray Dengan Selamat, Anak Lega!

Ramai mak ayah yang keliru dan tidak tahu cara untuk menggunakan nasal spray ketika anak mengalami selesema dan hidung tersumbat.