Usahawan yang juga personaliti media sosial, Datin Vivy Yusof berkongsi di instagram mengenai anak perempuannya yang berusia enam tahun telah memahami kesusahan yang dialami mangsa banjir.
Sebagai ibu, Vivy rasa sangat berbangga dan tak sangka Mariam sanggup memberikan duit simpanan yang dikumpul selama ini untuk membeli permainan kepada mereka yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini.
Menurut Vivy, dia sebelum ini banyak berkongsi mengenai pelbagai perkara kepada anak-anaknya termasuklah kejadian menyayat hati yang telah melanda negara.
“Saya sangat rapat dengan anak-anak dan berkongsi banyak perkara dengan mereka. Selepas bencana banjir baru-baru ini, saya menunjukkan video kejadian tersebut. Anak-anak berlinangan air mata, terdiam melihat paras air dan sampah sarap terapung di merata tempat.
“Tiba-tiba, Mariam keluar dari bilik dan kembali dengan membawa dompetnya. Dia menyerahkan semua yang ada dalam dompetnya kepada saya, wang yang dia simpan untuk membeli mainan untuk dirinya sendiri.
Ads
Setelah menyaksikan video tersebut, Mariam telah menyerahkan kesemua wang simpanannya yang berjumlah RM220 kepada saya untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
Malah Mariam turut memberitahu bahawa mangsa-mangsa banjir lebih memerlukan sumbangan tersebut berbanding kemahuan dirinya.
Berikutan itu, Vivy mengakui berasa bangga dengan tindakan anakanya itu kerana telah meletakkan nilai kemanusiaan lebih tinggi berbanding kehendak sendiri.
Ads
Di ruangan komen, ramai memuji tindakan Mariam yang seolah memahami kesusahan orang lain walaupun diusianya yang masih kecil dan belum memahami sepenuhnya lagi.
Harapnya sikap sebegitu menjadi contoh buat anak-anak yang lain dan Mariam membesar menjadi seorang yang sentiasa prihatin sehebat namanya!
Ads
Kredit: IG Vivy Yusof
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!! Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Siapa sangka anak kecil yang berusia 3 tahun ini berjaya mendapat seekor ikan Haruan kira-kira (anggaran) 30cm hanya dengan menggunakan joran mainan yang dibeli oleh Ayahnya, En. Faizal Adha Sa’aet dua hari yang lalu.
Teruja dengan situasi tersebut, En.Faizal telah memuatnaik gambar Mohd Fayyad (3 tahun) dan hasil tangkapan ke dalam Facebook miliknya. Posting tersebut telah mendapat 8.2 ribu perkongsian dan 4.5 ribu tanda suka.
Rata-rata teruja dan kagum dengan kebolehan anak kecil ini mendapat ikan sebesar itu dengan hanya menggunakan joran mainanya.
Menurut En.Faizal yang dihubungi oleh pihak Pa&Ma, Fayyad sememangnya minat memancing dan meminta untuk dibelikan joran mainan. En.Faizal yang juga pemancing menunaikan hasrat anaknya. Melihat pada rasa teruja Fayyad mendapat joran, dia bersetuju untuk membawa Fayad memancing sekitar parit di hadapan kedainya yang terletak di Kampung Batu Putih, Batu Pahat Johor.
“Mula-mula sampai di tepi parit, Fayyad terus baling umpan ke dalam parit dan ikan tersebut terus makan umpan tersebut. Tapi sebaik sahaja ikan makan umpan, joran Fayyad terjatuh ke dalam air. Dalam masa beberapa saat saya cuba membantu Fayyad. Fayyad masa tu nampak macam nak menangis. Tak lama joran tersebut timbul dan saya bantu Fayyad untuk ambil joran dan terkejut tengok ikan mengena pada umpan.
“Ini adalah joran pertama Fayyad dan ikan ini juga ikan pertama hasil tangkapan Fayyad. Bila Fayyad meminta untuk dibawa memancing diluar, saya menggubah bahagian mata kail asal supaya dia dapat memancing ikan. Dia memang tekun memancing dan sangat minat memancing.
“Niat mulanya beli untuk main dalam rumah, rezeki dia. Saya pun ada peralatan memancing jadi boleh ubah suai bahagian mata kail. Bila dia dapat ikan ni dia sangat teruja. Sampai ke malam dia teruja dan abang-abangnya minta untuk bela ikan Haruan ni sebagai kenangan buat Fayyad.” Tambah En.Faizal
Ayah kepada 3 cahaya mata lelaki ini sentiasa meluangkan masa bersama anak-anak untuk pergi memancing dan menjala setiap 2 minggu di sekitar Batu Pahat. Baginya, minat anak harus diraikan dalam masa yang sama sebagai orang dewasa, kita perlu memantau keselamatan anak-anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita baik untuk semua ibu bapa atau waris terdekat yang ingin berurusan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk tujuan daftar kelahiran, anda kini boleh membuat urusan tersebut secara atas talian, terutamanya dalam tempoh PKP ini.
Dikongsikan cara daftar kelahiran online (secara atas talian) melalui Portal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) https://www.jpn.gov.my
Cara Permohonan Pendaftaran Kelahiran Online JPN
Cara Isi Borang Daftaran Kelahiran Online JPN
*Rujuk manual oleh Jabatan Pendafataran Negara (JPN) di SINI.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Haiwan berbisa seperti ular sangat berbahaya kerana kehadiranya tidak disedari oleh sesiapa pun. Baru-baru ini seorang pengguna facebook, Enzik Zul berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan seekor ular tedung yang berada di kawasan rumah dan hampir memasuki rumah tersebut.
Apa yang lebih membimbangkan, kehadiran ular tedung yang besar ini boleh mencederakan sesiapa sahaja terutama sekali anak-anak kecil yang sedang bermain.
“Allahuakbar…Dia suka sungguh duk tempat sejuk..”
“Tak tau nak habaq la kalu buka-buka pintu dia dok sila panggung tepi kita,duk ketuk pintu rumah,ingatkan tetamu..”
“Allahuakbar..Mintak jauh la benda-benda macam ni..”
“Hati-hati noh ampa semua,Tempat-tempat sejuk ni dia cukup suka..”
Menurut MyHealth Portal, Secara umumnya ada yang beranggapan bahawa sengatan haiwan seperti kala jengking, lipan dan ikan sebagai kecederaan yang mudah dirawat dan tidak memerlukan perhatian segera. Hakikatnya, selain daripada kesan kesakitan ia juga boleh berakhir dengan kecacatan. Sengatan haiwan berbisa boleh menyebabkan kematian akibat kejutan anafilaksis.
Jenis haiwan berbisa
Antara haiwan berbisa yang sering menyengat dan menggigit manusia ialah :
Haiwan kecil jenis merayap : Kalajengking dan lipan.
Ular: Jenis tedung, ular kapak (viperidae), ular laut (hydropida)
Haiwan laut : Ikan bersengat, obor-obor dan batu karang
Gejala dan tanda
-Kesakitan pada tempat gigitan bagi semua gigitan haiwan berbisa.
-Bagi gigitan ular berbisa terdapat tanda gigi taring.
-Tempat sengatan kelihatan biru dan hitam.
-Bagi sengatan kala jengking terasa gatal dan bengkak pada bahagian sengatan.
-Rasa gelisah, keluar air mata dan air liur yang berlebihan bagi sengatan kala jengking.
-Berpeluh banyak, mual dan muntah.
-Sengat ikan berbisa juga biasanya melekat pada tisu yang disengat.
-Gangrene pada anggota
-Amputasi dan kecacatan anggota
-Penyakit anjing gila (rabies) akibat gigitan anjing
-Penyakit plague disebabkan oleh gigitan tikus
-Koma
-Kematian
Gambar di atas kesan terkenan patukkan ular
Rawatan.
Di tempat kejadian
-Yakinkan mangsa agar bertenang dan sengatan tersebut dapat disembuhkan.
-Letakkan mangsa pada posisi yang selesa dan mendatar
-Kurangkan pergerakan anggota yang terkena sengatan atau gigitan.
-Bagi sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah, letakkan turniquet pada bahagian atas anggota yang disengat. Longgarkan semula turniquet tersebut selama 20 minit dan berselang dalam 5 minit bagi menggelakkan gangrene.
-Letakkan ais pada bahagian yang terkena sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah bagi mengalakkan penyempitan salur darah.
-Buat cucian pada luka dan hentikan pendarahan jika ada.
-Hantar mangsa segera ke hospital.
-Rawatan di hospital
Pengawasan keadaan mangsa
-Denyutan nadi.
-Kadar penafasan.
-Tahap kesedaran.
-Air kencing.
-Suntikan Anti-Tetanus Toxoid untuk mengawal penyakit tetanus
-Suntikan anti-histamin untuk mengawal kesan alahan
-Suntikan anti-venom yang bersesuaian bagi gigitan ular.
-Pemberian oksigen mengikut keperluan.
-Infusi cecair secara intravena
-Rawat tanda dan simtom kejutan anafilaksis.
Pencegahan
-Elakkan diri dan anak-kanak daripada memasuki kawasan yang gelap, semak-samun dan bangunan lama yang terbiar.
-Sekiranya berjalan malam di tempat yang gelap hendaklah membawa lampu suluh.
-Memakai kasut tebal, sarung tangan, berbaju lengan panjang dan berseluar panjang yang sesuai bila memasuki semak atau belukar.
-Elakkan mengganggu dan menangkap haiwan berbisa.
-Bersihkan rumah dan kawasan sekeliling daripada sampah-sarap dan semak-samun.
Rehabilitasi
Bagi mangsa yang terkoyak tisu anggota dan cacat anggota, rawatan fisioterapi diperlukan.
Rujuk mangsa kepada pegawai psikologi sekiranya mereka mengalami masalah tekanan mental akibat gigitan haiwan berbisa.
Nasihatkan mangsa agar mendapatkan rawatan susulan bagi memulihkan kecacatan fizikal dan gangguan emosi akibat gigitan haiwan berbisa.
Rujuk ke hospital
-Semua kejadian sengatan atau gigitan haiwan berbisa hendaklah dirujuk ke hospital dengan segera.
-Lakukan rawatan kepada mangsa bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk sebelum dirujuk seperti hentikan pendarahan dengan memakaikan balutan.
-Kurangkan pergerakan mangsa dan anggota yang terkena sengatan.
-Letakkan mangsa dalam posisi yang selesa semasa dalam perjalanan.
-Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, letakkan mangsa dalam posisi mengiring.
-Bawa bersama ular, sekiranya berjaya dibunuh bagi memudahkan pengecaman jenis ular dan penentuan anti venom yang serasi untuk rawatan.
-Temani mangsa hingga sampai ke hospital berdekatan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!